> > test - ‘Perkasa pendidikan kenegaraan’
test - ‘Perkasa pendidikan kenegaraan’
ROSILAWATI ROSEDI 3 December 2018
Sistem pendidikan kenegaraan di sekolah dan institusi pengajian tinggi perlu diperkasakan supaya dapat membentuk semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan generasi muda di negara ini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, menerusi pendidikan dapat menyedarkan golongan terbabit akan kepentingan institusi beraja dalam mempertahankan warisan dan institusi negara supaya tidak terhakis.

“Raja-raja Melayu adalah kesinambungan sejarah dan warisan negara, kewujudan institusi raja menjadi asas jati diri bangsa dan identiti negara.

“Namun hari ini, anak muda membesar dengan perhiasan kecanggihan teknologi dan kelajuan arus pemodenan, kita lalai dan leka dengan pelbagai idea dan fahaman yang boleh memesongkan agama dan identiti negara,” titah baginda, semalam.

Baginda bertitah demikian dalam ucapan pada program Wacana Diraja Raja, Perlembagaan dan Patriotisme di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan sekali gus merasmikan wacana tersebut.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Pahang, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.

Tengku Abdullah bertitah, raja, perlembagaan dan patriotisme adalah elemen yang membentuk negara.



“Kesatuan elemen ini menjadi tunjang kekuatan negara. Memahami sejarah dan apa yang tersurat serta tersirat dalam perlembagaan sangat penting bagi membentuk semangat patriotisme dan cintakan negara,” titah baginda.

Sementara itu,Tengku Abdullah berharap wacana itu tidak menjadi pentas politik kerana pendirian baginda tidak memihak mana-mana parti.

“Janganlah pula wacana ini menjadi pentas menyalahkan atau meminggirkan pihak mana yang berkuasa dan yang mana pula tidak berkuasa.

“Jadikan program ini sebagai medan berkongsi pendapat, bertukar pandangan dan idea. Ini kerana tujuan utama penganjuran adalah untuk berbincang mengenai perkara berkaitan,” titah baginda.

Seramai 458 peserta melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dalam wacana itu yang juga lanjutan selepas kali pertama pada Februari lalu.

Wacana tersebut menampilkan lapan panel antaranya, pakar perlembagaan, Profesor Madya Dr Shamarahayu Aziz, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Mohd Shahar Abdullah dan Adun Ketari, Young Shefura Othman.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUANTAN - Ahli akademik Datuk Dr Ahmad Munawar Abdul Jalil menyifatkan anugerah Tokoh Maal Hijrah Pahang 2018 yang diterimanya hari ini, sebagai pendorong untuk beliau terus...
NILAI – Budaya kesukarelawan dalam kalangan generasi muda perlu diperhebatkan kerana ia mampu meningkatkan semangat cintakan negara, saling hormat menghormati dan toleransi...
KUALA LUMPUR - Bengkel kejurulatihan tenaga pengajar kursus berkredit Pendidikan Pencegahan Dadah di peringkat universiti awam kini dilaksanakan.Kursus yang ditawarkan secara...
ISU pinjaman pendidikan sentiasa mendapat tempat dalam negara kita berbanding pinjaman lain kerana ramai di antara rakyat kita khususnya dalam kalangan generasi muda yang mempunyai...
KUALA LUMPUR - Mandom Corporation, pengeluar dan pengedar produk penjagaan rambut, kulit, minyak wangi dan deodoran dari Jepun, mempelawa pelajar kreatif termasuk dari Malaysia...
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) , Shah Alam dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah menganjurkan Festival Kebudayaan dan Semarak...