> > Tak sangka menang, ini reaksi Hafizi
Tak sangka menang, ini reaksi Hafizi
MUHAMMAD IQBAL RAMLAN 4 December 2018

Baru-baru ini, majlis pelancaran kempen [email protected] telah diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Satu Pertandingan Poster [email protected] telah disertai pelajar-pelajar Institut Pengajian Awam dan Swasta.

Daripada enam orang finalis, Wan Muhammad Hafizi Wan Mansor, pelajar Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini telah berjaya dipilih sebagai pemenang hadiah utama.

Menurut Hafizi, dia tidak menyangka akan memenangi pertandingan tersebut kerana rata-rata peserta lain mempunyai latar belakang dan kemahiran dalam bidang rekaan dan komputer.

Hafizi tak sangka terpilih sebagai sebagai pemenang utama.
Hafizi tak sangka terpilih sebagai sebagai pemenang utama.

“Pada mulanya saya dapat tahu poster saya telah disenarai pendek sebagai finalis sahaja. Bila saya datang pada majlis tersebut, saya tidak menjangkakan apa-apa sebab poster peserta lain memang cantik-cantik belaka.

“Bila nama saya diumumkan, baru saya tahu yang saya menang. Dan semestinya saya terkejut dan nervous untuk naik ke pentas, tapi dalam masa yang sama saya rasa bersyukur,” katanya.

Dalam rekaan poster tersebut, Hafizi telah memfokuskan tentang pentingnya membaca dengan menggabungkan medium pembacaan seperti buku dan alatan elektronik yang lain.

Poster [email protected]: With Knowledge We Lead rekaan Hafizi.
Poster [email protected] rekaan Hafizi.

“Tidak kira apa pun medium pembacaan yang digunakan, matlamatnya hanya satu iaitu untuk memperoleh dan memperkembang ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

“Poster ini juga melambangkan 'tanpa pembacaan, tiadalah kejayaan' kerana pembacaan ataupun buku adalah tangga kepada kejayaan,” ujarnya lagi.

Kemenangan tersebut telah membolehkan Hafizi membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500 beserta sijil dan trofi.

Projek untuk Pertandingan PRIMA Township anjuran Malaysian Institute of Planners.
Projek untuk Pertandingan PRIMA Township anjuran Malaysian Institute of Planners.
Penerimaan anugerah dekan bagi semester 1 & 2 sempena KaedFest 2018.
Penerimaan anugerah dekan bagi semester 1 & 2 sempena KaedFest 2018.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Usaha membudayakan kembali masyarakat membaca ini kini, bermula di peringkat IPT.
KUALA NERUS - Bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berlangsung Sayembara Pantun Piala Nusantara 2018 (SAPPNA 2018). Pada pertandingan akhir berkenaan,...
UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat UTeM sempena bulan kemerdekaan Malaysia ke-61...
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat UTeM sempena bulan kemerdekaan Malaysia ke-61...
Musim Hari Konvokesyen. Sana-sini kelihatan ramai graduan dan ahli keluarga yang meraikan hari kejayaan mereka. Tidak ketinggalan, 10 individu yang terdiri daripada selebriti,...
JAWATAN Kuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Kediaman Delima Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini telah bekerjasama dengan Sinar Harian dan portal Kampus Uols...