> > RUU pinda tiga akta beri kebebasan pelajar IPT terlibat politik dibentang
RUU pinda tiga akta beri kebebasan pelajar IPT terlibat politik dibentang
BERNAMA 5 December 2018

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang (RUU) mencadangkan pindaan terhadap tiga akta yang akan memberikan pelajar institusi pendidikan tinggi lebih kebebasan dalam penglibatan politik, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. Akta tersebut ialah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

Ketiga-tiga rang undang-undang itu bertujuan meniadakan larangan ke atas pelajar institusi pengajian tinggi untuk terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus. Ini bermakna, jika ia diluluskan, hak mereka untuk menyertai aktiviti parti politik di dalam kampus tidak lagi akan disekat.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang membentangkan kesemua rang undang-undang berkenaan untuk bacaan kali pertama berkata bacaan kali kedua untuk kesemuanya akan diadakan pada mesyuarat Dewan Rakyat yang sama.

Sementara itu, Maszlee dalam satu kenyataan berkata, pemansuhan seksyen 15 (2)(c) adalah selari dengan transformasi politik yang dibawa oleh kerajaan dalam mengukuhkan institusi demokrasi, terutamanya dalam memberi lebih ruang kepada pelajar universiti untuk bersuara dan terlibat dengan aktiviti politik mengikut sistem demokrasi.

Katanya, pelajar juga berupaya dalam menyuarakan pendapat mengenai isu semasa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Kita berada dalam satu tahap pencapaian sejarah. Pengalaman hari ini akan dirakamkan dalam lipatan sejarah kerana pindaan ini sudah lama diharapkan oleh banyak pihak, khususnya mahasiswa,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited untuk menghapuskan auku demi mengangkat martabat universiti dan juga mahasiswa sebagai mana dalam manisfesto PH. --Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Program ‘No Child left behind’ merupakan program khidmat komuniti yang dianjurkan oleh pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Universiti Kebangsaan...
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai tuan rumah Majlis...
KUALA LUMPUR - Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) baru-baru ini menerima pendaftaran pelajar sebanyak 478 orang pelajar bagi sesi kemasukan akademik 2018/ 2019...
KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima kemasukan 2,451 pelajar baharu bagi sesi kemasukan 2018/2019 hari ini, makin memperlihatkan ia sebagai salah sebuah...
PENGERUSI Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Datuk Sri Ibrahim Ahmad yang juga mantan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerima Ijazah Kehormat Pengurusan...
KESATUAN pelajar atau Students' Union, adalah sebahagian daripada aspirasi Kementerian Pendidikan terhadap perjalanan reformasi institusi pendidikan tinggi. Selain pemansuhan...