> SEL KL > Pelajar 16 tahun jadi pembentang kertas kerja termuda di YOURS
Pelajar 16 tahun jadi pembentang kertas kerja termuda di YOURS
NOORUMAINA MOHAMED YUNUS Rabu | 5 Disember 2018

KUALA LUMPUR - Pembentangan kertas kerja penyelidikan oleh dua orang pelajar Kolej PERMATA Insan, USIM dalam Seminar Penyelidikan Belia Kebangsaan (YOURS) 2018 telah membuktikan keunikan serta kecemerlangan budaya PERMATA Insan dalam pemupukan elemen penyelidikan dan inovasi di peringkat pelajar. Kertas kajian pelajar yang bertajuk ‘Correlation Study of Intelligence with Mental Health Issues among Gifted and Talented Students’ telah berjaya dipilih antara 45 kajian yang dibentangkan pada 12 November 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

YOURS 2018 merupakan persidangan kali ketiga anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES). Bertepatan dengan tema ‘Mendepani Cabaran Agenda Sosial ke arah Kesejahteraan Belia’, enam sub tema penyelidikan telah ditampilkan seperti kesihatan mental, ketagihan skrin, gaya hidup sedentari, gejala sosial tradisional, kurang belas ihsan dan lain-lain isu pembangunan belia.

Antara objektif seminar kebangsaan ini adalah untuk mengetengahkan cetusan ilham baharu daripada ramai pihak dalam bidang pembangunan belia masa hadapan. Skop program ini juga bukan sahaja terhad kepada pembentangan proposal kajian dan memperluas pemikiran peserta, malah turut menyediakan ruang untuk para peserta dari seluruh negara berkongsi idea dalam perbincangan dan penerokaan ilmu baharu.

Pelajar 16 tahun jadi pembentang kertas kerja termuda di YOURS

Ahmad Faiz Yazid, 16 dan Abdul Razzak Khan Rustum Ali Khan, 16 telah melakar nama sebagai pembentang termuda apabila disenarai pendek sebagai pembentang yang majoritinya terdiri daripada pensyarah, penyelidik dan kakitangan akademik. Kertas kajian yang ditulis adalah berkenaan hubungan kolerasi antara kecerdasan dan isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat.

Menurut Ahmad Faiz, kajian yang dilaksanakan adalah sebahagian daripada kurikulum PERMATA Insan yang memberdaya potensi pintar dan berbakat pelajar serta bertindak sebagai satu titik tolak dalam menunjukkan kemampuan anak muda untuk terlibat dalam bidang penyelidikan tanah air.

“Saya yakin dan percaya bahawa kerajaan Malaysia cukup komited dalam menaik taraf isu kesihatan mental dalam golongan belia. Oleh itu, kajian ini diharapkan sebagai satu wadah pencetus semangat untuk rakyat awam peka berkenaan isu kesihatan mental dan kecerdasan dalam kalangan belia yang diiktiraf sebagai pintar dan berbakat.”

Sesi bergambar

Artikel yang telah dibentangkan akan diterbitkan dalam Malaysian Journal of Youth Studies Edisi Khas Agenda Sosial 2019.

YOURS 2018 telah dirasmikan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Medium dakwah sebenarnya sangat terbuka luas. Islam tidak pernah sesekali menghadkan cara dan teknik untuk umatnya menyampaikan dakwah. Tidak kiralah walau di mana jua keberadaan...
KUALA LUMPUR - Penuntut Politeknik Melaka (PMO), Muhammad Ashraf [email protected], telah memenangi pingat Perak dalam kategori Bricklaying WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2018 di...
KUALA LUMPUR - Lebih 350 produk penyelidikan universiti awam (UA) tempatan berjaya dipasarkan dengan nilai pengkomersialan kira-kira RM200 juta dari 2013 hingga 2017, persidangan...
KUANTAN - Seramai 9 orang kakitangan dan 30 orang pelajar Kolej Komuniti Kuantan berjaya menyahut cabaran mendaki Bukit Pelindung sempena Program Cabaran Pendakian Pelindung 2.0...
BANGI - Pada 28 Oktober 2018, kumpulan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Volunteerism dengan kerjasama Youth of Happiness (YOSH) cawangan Selangor telah mengadakan satu...
BUAT julung kali Persatuan Pelajar Pengimejan Perubatan (MISA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam mengadakan program Khidmat Komuniti 2018 yang melibatkan pelajar...