> AKTIVITI KAMPUS > Tragedi tak halang semangat penuntut UTHM berbakti bantu anak yatim di negara seberang
Tragedi tak halang semangat penuntut UTHM berbakti bantu anak yatim di negara seberang
WARTAWAN SINAR HARIAN Rabu | 5 Disember 2018

TRAGEDI ramai penumpang terbunuh berikutan nahas pesawat dari negara seberang baru-baru ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia.

Namun, apa berlaku langsung tidak memutuskan semangat penuntut program Engineering Technology International Mobility (ETIMP) anjuran kelab pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan (ETeC), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang berangkat ke Jakarta menaiki pesawat sama, baru-baru ini.

Peserta-peserta ETIMP berada di Jakarta selama empat hari untuk program kerjasama dengan Universitas Mercu Buana (UMB), seterusnya berangkat ke Bandung bagi khidmat masyarakat di Panti Asuhan Anak Wisma Putra dengan kerjasama bersama Skhole Institut Teknologi Bandung (ITB).

Skhole ITB merupakan kegiatan bergerak di bawah naungan Keluarga Mahasiswa ITB Divisi Pengabdian Masyarakat, di mana mahasiswa-mahasiswa ITB aktif dalam mengajar penghuni rumah anak yatim (panti asuhan).

Sukarelawan bersama peserta program.
Sukarelawan bersama peserta program.

Penasihat Kelab ETEC dan pensyarah pengiring, Dr Faiz Asraf Saparudin berkata, usaha dan semangat luar biasa dipamerkan penuntut FTK UTHM menjayakan aktiviti khidmat masyarakat ini akan meningkatkan lagi daya saing antara penuntut di peringkat lebih tinggi.

“Aktiviti amal ini dapat memberi impak baik pada jati diri siswa universiti untuk diaplikasikan pada masa hadapan,” katanya.

Peserta ETIMP dibahagikan kepada dua iaitu seramai 15 orang terlibat dalam program memasak untuk anak-anak di panti asuhan manakala 15 orang lagi terlibat program.

Anak-anak panti asuhan diberi set alat tulis setiap seorang bagi memudahkan mereka melaksanakan aktiviti ‘Mari mengajar’, ‘paperplane’ dan program motivasi.

Juadah pula diagihkan kepada 150 orang termasuk penuntut ITB dan UTHM dengan menu kombinasi dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia yang diperkenalkan kepada anak anak panti asuhan.

Bekerjasama menyediakan juadah untuk diagihkan.
Bekerjasama menyediakan juadah untuk diagihkan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SUNGAI PETANI – Jalinan kerjasama antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah dengan Universiti Istanbul Sehir, Turki termaktub melalui persefahaman yang ditandatangani di...
Pembentangan Bajet 2019 pada 2 November ini amat mendebarkan dan pastinya para penjawat awam juga turut tidak senang duduk tertanya tanya ada atau tidak buah tangan buat mereka....
Realiti lawan maya Adakah individu yang sedang tersenyum di dalam gambar di laman sosial adalah individu yang sama dengan individu yang sedang menatap gambarnya sendiri itu?...
SEMBILAN mahasiswa dari tiga universiti luar negara menyertai program International Inbound Mobility di Universiti Putra Malaysia (UPM) anjuran Jabatan Kejuruteraan Biologi dan...
SINTOK - Orang ramai berpeluang melihat bongkah kapal perang milik British iaitu HMS Repulse yang dipamerkan di Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM), di...
SEIRING dengan komitmen Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk memperkaya dan membentuk modal insan negara melalui teras pendidikannya, PNB baru-baru ini meraikan para penerima...