> ISU > Tak sangka apa yang dilakukan mahasiswa Malaysia United Kingdom ini buatkan masyarakat di sana rasa takjub!
Tak sangka apa yang dilakukan mahasiswa Malaysia United Kingdom ini buatkan masyarakat di sana rasa takjub!
KAMPUS UOLS Rabu | 5 Disember 2018

Usaha murni 40 peserta terdiri dari mahasiswa Malaysia United Kingdom yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk memulakan ekspedisi menjejaki golongan kurang bernasib baik di sekitar bandar Cardiff, wajar dipuji.

Tanpa mempunyai apa-apa hubungan saudara, mereka membantu atas dasar peduli masyarakat yang terpinggir bagi meringankan sedikit beban komuniti gelandangan ini.

Walaupun berbeza agama dan bangsa, alhamdulillah, ‘kelompok’ ini berasa teruja dan takjub dengan sumbangan yang diberikan.

Ikuti kisah selanjutnya...

“Feeding the Homeless” merupakan satu aktiviti, di bawah naungan jawatankuasa Warming The Soul ISMA Cardiff. Program ini berunsurkan kerja amal yang dilaksanakan untuk memberi bantuan serta ‘outreach’ kepada golongan yang kurang bernasib baik di sekitar Cardiff. Alhamdulillah, aktiviti ini telah berjaya dilaksanakan.

Sebelum sesi bermula, para peserta berkerah tenaga untuk menyediakan makanan berupa ‘sandwich’ dan juga minuman panas untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan. Peserta turut mengedarkan sebuah kad panduan yang disediakan oleh Cardiff City Council di mana kad tersebut mempunyai butiran-butiran bantuan yang diberikan oleh bandar Cardiff kepada penduduk-penduduknya yang tidak memiliki tempat tinggal. Selain itu, peserta turut menyediakan sepasang stokin baru bagi membantu mereka menghangatkan badan pada musim sejuk di bumi Eropah ini.

Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka mula mengedarkan makanan, serta perkara-perkara yang disebut di atas kepada golongan ‘homeless’ ini mengikut peta dan laluan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli jawatankuasa. Para peserta sanggup berkorban masa serta tenaga bagi menjejaki serta membantu 30 gelandangan di sekitar bandar Cardiff.

Aiman Arif, salah seorang peserta program, ketika ditemubual oleh Media ISMA Eropah berkata, “program ini dapat memberi peluang kepadanya serta peserta-peserta lain untuk merasa keadaan bagaimana hidup dalam serba kekurangan, tambahan pula dengan cuaca musim sejuk di bumi Eropah ini yang ‘unforgiving’ dengan hujannya yang berterusan, mendungnya yang berpanjangan, dan sejuknya yang naik ke tulang”.

Antara mahasiswa wanita yang terlibat dalam program Feeding the Homeless

Beliau juga menambah, “aktiviti-aktiviti sebegini turut melatih diri peserta-peserta untuk sentiasa beramal serta diharapkan dapat memupuk semangat suka memberi dalam kalangan pelajar kepada masyarakat, ke arah kebaikan.”

Peserta juga mendapat reaksi yang positif dari pejalan-pejalan kaki berhampiran, di mana beberapa orang daripada pejalan-pejalan kaki tersebut turut memberikan peserta, makanan serta pakaian lebihan mereka sendiri untuk diberi kepada golongan yang memerlukan ini.

Peserta turut berkesempatan untuk beramah-mesra dengan golongan-golongan ‘homeless’ ini di mana salah seorang daripada mereka, bernama Dell, telah berkongsi kisah hidupnya serta bagaimana dia telah menjadi mangsa keadaan sehingga terpaksa hanya berteduhkan awan pada waktu malam. Dia turut menghargai jasa serta semangat yang ditonjolkan oleh peserta-peserta dan AJK yang terlibat dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik ini.

Salah seorang gelandangan yang ditemui diberikan sumbangan berupa makanan.

Lebih meriah lagi apabila salah seorang pejalan kaki berhampiran, Scott, sempat ditemubual meluahkan rasa takjub akan semangat yang ditonjolkan oleh semua peserta dan AJK yang terlibat. Beliau kagum terhadap pelajar Malaysia yang sudi berbakti dan menghulurkan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik walaupun di negara asing.

Dengan berpegang teguh kepada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari: “Nabi S.A.W bersabda; Manusia yang baik di antara kamu, ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain”.

Sehubungan dengan itu, adalah menjadi harapan bahawa program sebegini menjadi salah satu platform terbaik bagi mahasiswa Malaysia di United Kingdom untuk menyumbang kembali kepada komuniti serta masyarakat setempat.

Mahasiswa Malaysia United Kingdom yang terlibat dalam program Feeding the Homeless

Pihak ISMA UK-Eire amat bersyukur atas kelancaran perjalanan program ini dan diharapkan bahawa program ini dapat terus dilaksanakan, dengan lebih efektif dan bermakna, pada tahun-tahun akan datang.

kredit: http://Ikatan Muslimin Malaysia - ISMA Eropah


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Usaha murni 40 peserta terdiri dari mahasiswa Malaysia United Kingdom yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk memulakan ekspedisi menjejaki golongan kurang bernasib baik di...
Hanya kerana tidak dapat menghadiri majlis graduasinya, seorang mahasiswa lepasan Diploma Komunkasi dan Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, meraikannya dengan cara...
MELAKA - Mungkin bagi sesetengah orang ikan laga atau pelaga hanyalah ikan picisan tetapi bagi Muhamad Arif Harithah Hariul Nizam, 22, ia memberi makna yang besar dalam...
NILAI – Program khas pengantarabangsaan Global Islamic Student Outreach (GISO) Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) membuka ruang kepada 13 orang siswanya menjalankan misi...
NILAI – Hadiah wang tunai yang ditawarkan berjumlah RM50 menjadi sumber inspirasi buat seorang mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nur Afrina Aida, 21, dari Fakulti...
ASALNYA, penglibatan sejak sekolah di dalam aktiviti kesukarelawan persatuan pembimbing rakan sebaya hanya sekadar aktiviti untuk mengisi masa lapang di samping mengasah bakat...