> Penyerahan sampel pengesan sinaran 'Sofpads' oleh para penyelidik UPM kepada Japan Aerospace
Penyerahan sampel pengesan sinaran 'Sofpads' oleh para penyelidik UPM kepada Japan Aerospace
NORAMALIZA MOHD NOR, UPM 5 December 2018

PUSAT ANGKASA TSUKUBA – Pengesan sinaran yang menggunakan fiber optik pintar ciptaan tiga saintis Universiti Putra Malaysia (UPM) akan dihantar oleh Agensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA) bagi diuji di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tidak lama lagi.

Ketua penyelidik UPM terdiri daripada Dr. Noramaliza Mohd Noor dan Prof Madya Dr Fathinul Fikri Ahmad Saad, kedua-duanya dari Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear serta Dr. Nizam Tamchek dari Fakulti Sains. Penyelidik bersama adalah dari Fakulti Kejuruteraan UPM, Universiti Multimedia, Universiti Malaya, Universiti Sunway dan Agensi Angkasa Negara.

Sampel Pengesan fiber optik pintar tersebut yang dikenali sebagai Smart Optical Fibres for Passive Dosimetry in Space (SOFPADS) akan dihantar oleh JAXA ke Amerika Syarikat pada bulan hadapan untuk dilancarkan ke ISS pada Februari tahun 2019. Majlis penyerahan SOFPADS oleh para penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada pihak Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) telah berlangsung pada 2 November 2018 lalu di Tsukuba, Japan.

Penyelidik UPM bersama penyelidik JAXA menyerahkan pengesan sinaran Eva dan IVA SOFPADS pada 2 November 2018 di Pusat Angkasa Tsukaba. (Kredit Foto: JAXA)
Penyelidik UPM bersama penyelidik JAXA menyerahkan pengesan sinaran Eva dan IVA SOFPADS pada 2 November 2018 di Pusat Angkasa Tsukaba. (Kredit Foto: JAXA)
Persediaan Flight Sampel Pengesanan Sinaran SOFPADS (EVA dan IVA). (Foto Kredit: JAXA)
Persediaan Flight Sampel Pengesanan Sinaran SOFPADS (EVA dan IVA). (Foto Kredit: JAXA)
'Fit check of SOFPADS' dipasang kepada ExHAM mockup.
'Fit check of SOFPADS' dipasang kepada ExHAM mockup.

Pada majlis tersebut, Dr Noramaliza Mohd Noor yang mewakili pihak UPM telah menyerahkan SOFPADS yang akan dihantar ke ISS (International Space Station) kepada Pengarah Pusat Penggunaan JEM, Lembaga Pengarah Teknologi Penerbangan Angkasa Manusia, JAXA, Shiho Ogawa yang ditemani koordinator projek dari JAXA, Tanigaki Fumiaki.

Pihak JAXA juga telah menyerahkan sijil penerimaan SOFPADS kepada Dr. Noramaliza Mohd Noor menandakan kejayaan dalam pengendalian projek “Exposure Experiment Using Experiment Handrail Attachment Mechanism (ExHAM) and the Passive Dosimeter for Life Science Experiments in Space on the Japanese Experiment Module”.

Pengarah Pusat Penggunaan JEM, Lembaga Pengarah Teknologi Penerbangan Angkasa Manusia, JAXA, Shiho Ogawa telah menyerahkan sijil penerimaan SOFPADS kepada Dr. Noramaliza Mohd Noor. (Foto Kredit: JAXA)
Pengarah Pusat Penggunaan JEM, Lembaga Pengarah Teknologi Penerbangan Angkasa Manusia, JAXA, Shiho Ogawa telah menyerahkan sijil penerimaan SOFPADS kepada Dr. Noramaliza Mohd Noor. (Foto Kredit: JAXA)

Projek ini merupakan kerjasama penyelidikan yang dijalankan bersama pihak JAXA di bawah Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UPM dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) serta diselaraskan oleh pihak ANGKASA (Agensi Angkasa Negara). Projek yang ditaja oleh UPM di bawah Geran Berimpak Tinggi ini merupakan langkah pertama untuk memerhati tindak balas fiber optik terhadap radiasi di dalam persekitaran mikrograviti dan juga potensi sebagai pengesan sinaran pasif untuk digunakan di angkasa lepas.

Sijil penerimaan pengesan sinaran SOFPADS daripada pihak JAXA kepada penyelidik UPM. (Foto Kredit: JAXA)
Sijil penerimaan pengesan sinaran SOFPADS daripada pihak JAXA kepada penyelidik UPM. (Foto Kredit: JAXA)

Lazimnya, pengesan sinaran pasif ini digunakan untuk memantau tahap radiasi yang diterima oleh angkasawan yang bekerja di ISS. Terdapat dua jenis sampel yang diserahkan oleh pihak UPM iaitu E-SOFPADS dan I-SOFPADS. E-SOFPADS akan didedahkan kepada sinar radiasi di luar ISS sekitar modul KIBO milik Jepun menggunakan fasiliti Experiment Handrail Attachment Mechanism (ExHAM) manakala I-SOFPADS akan didedahkan kepada sinar radiasi yang berada di dalam modul KIBO, ISS.

Setelah setahun, kedua-dua sampel pengesan dihantar semula ke BUMI untuk dianalisis oleh UPM di Pusat Pengimejan Diagnostic Nuklear (PPDN), UPM dan Makmal Dosimetri, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.

Rentetan daripada penyerahan sampel di Tsukuba, Dr. Noramaliza Mohd Noor dan Prof Madya Dr. Fathinul Fikri juga telah membentangkan tentang pengalaman dan cabaran yang dihadapi bagi melaksanakan projek ini di Asia-Pacific Regional Space Agency Forum (APRSAF-25), pada 7 November 2018 lalu di Sheraton Hotel, Singapura.

Presiden JAXA, Yamakawa menyerahkan sijil penghargaan kepada pihak Angkasa sebagai penyelaras kepada projek penyelidikan tersebut.
Presiden JAXA, Yamakawa menyerahkan sijil penghargaan kepada pihak Angkasa sebagai penyelaras kepada projek penyelidikan tersebut.

Termeterainya kerjasama penyelidikan ini, diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak peluang dan ruang kepada penyelidik negara amnya dan khususnya dalam bidang explorasi di angkasa lepas pada masa depan.

Oleh: Dr Noramaliza Mohd Noor,

Ketua Penyelidik SOFPADS, Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, (UPM)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KEHIDUPAN kampus adalah suatu fasa baharu bagi siswa yang baru melangkah ke menara gading. Perjalanan sebagai penuntut universiti adalah sesuatu yang asing dan berbeza daripada...
Kerja pemasangan dan penurunan gegantung juga boleh mengundang masalah sampingan termasuklah kerosakan kepada tanaman sekitar tiang lampu.
SEMBILAN mahasiswa dari tiga universiti luar negara menyertai program International Inbound Mobility di Universiti Putra Malaysia (UPM) anjuran Jabatan Kejuruteraan Biologi dan...
SERDANG – Putra Motorsport Team (PMT), Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenalkan kereta terbaharu iaitu ‘Lekir’ untuk menyertai pertandingan...
AHAD 2 September, Selamat Datang menjadi ucapan popular bagi menyambut kedatangan para pelajar baharu pada hari pendaftaran di kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk...
BERJAYA! Kontinjen Perarakan Universiti Putra Malaysia (UPM) diumumkan sebagai Naib Johan Sepanduk Terbaik dan Naib Johan Perarakan Terbaik dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul...