> EVENT > Unimas terima sumbangan RM1 juta Bantuan Kewangan Pendidikan daripada BPMB
Unimas terima sumbangan RM1 juta Bantuan Kewangan Pendidikan daripada BPMB
Wartawan Kampus Uols 6 December 2018

KOTA SAMARAHAN - Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Pendidikan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) 2018 telah berlangsung baru-baru ini.

Penyerahan cek cura (mock cheque) sebagai simbolik penyerahan disempurnakan oleh Ketua Kumpulan Pengurusan Syariah BPMB, Mohamad Salihin Deris kepada Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Turut hadir bersama di majlis tersebut ialah Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pegawai Pengurusan Tertinggi dan beberapa orang Pegawai Kanan Unimas.

"Sumbangan bantuan kewangan pendidikan yang berjumlah RM1 juta diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu pelajar-pelajar Unimas yang kurang berkemampuan dan terdiri daripada golongan asnaf agar dapat meneruskan pengajian di Unimas dengan jayanya,"katanya dalam satu kenyataan kepada Kampus Uols.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
MERLIMAU – Kontinjen pegawai & pelajar Briged RELASIS Politeknik Merlimau telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi Pertandingan Kawad Kategori IPTA/IPTS bersempena...
Putrajaya – Sekumpulan penuntut Politeknik Merlimau yang diselia oleh pensyarah Jabatan Matematik, Sains & Komputer, Rizman Ezani Razali dinobatkan sebagai pemenang tempat...
NAIB Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah diberi penghormatan oleh Republik Rakyat China apabila dijemput hadir bagi mewakili Malaysia ke The 11th China-Asean...
BANGI – Hasil inovasi sendi buku lali yang dibangunkan oleh Pakar Ortopedik Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Yazid...
Menduduki dalam peperiksaan akhir (CE Exam) 20 hari selepas melahirkan anak kedua tatkala penumpuan fikiran juga terarah kepada anak yang dijaga oleh ahli keluarga di luar dewan...
Keluarga merupakan keutamaan Mohd Aliff Al-Hafiz Abdul Karim, atlet kebangsaan ragbi, sejak ayahnya lumpuh separuh badan kerana angin ahmar empat bulan lalu. Mohd Aliff Al-Hafiz...