> ISU > UMS, syarikat tempatan tandatangani MoU untuk kajian keluarkan tayar jenama tempatan.
UMS, syarikat tempatan tandatangani MoU untuk kajian keluarkan tayar jenama tempatan.
BERNAMA 6 December 2018

KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat tempatan Hoyu Recycling Retreading Sdn Bhd bagi tujuan membuat kajian untuk mengeluarkan tayar berjenama tempatan di negeri ini.

UMS diwakili oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan UMS Prof Dr Abdul Karim Mirasa dan syarikat berkenaan diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Simon Tu.

Upacara menandatangani MoU itu turut disaksikan Menteri Perdagangan dan Perindustrian negeri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Madius berkata ini MoU berkenaan merupakan satu perkembangan positif terhadap perkembangan industri berasaskan jenama tempatan di Sabah.

"Perjanjian ini adalah satu kerjasama yang akan dilaksanakan selama lima tahun...dan saya difahamkan kerjasama UMS dan syarikat berkenaan bermula pada Januari tahun depan dengan memulakan dengan membuat proses mencelup tayar terpakai.

"UMS akan membuat kajian terlebih dahulu dan kita jangkakan dalam suku ketiga tahun ini mereka akan mengeluarkan tayar baharu jenama tempatan yang akan dibuat di China," katanya.

Madius berkata apabila mencapai sasaran pengeluaran, kementeriannya akan bekerjasama untuk mewujudkan satu kilang membuat tayar di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

"Kita jangkakan kilang itu dapat diwujudkan pada 2020...dengan adanya kilang itu, syarikat berkenaan akan menggunakan getah yang dibeli daripada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) iaitu kira-kira 10 tan sebulan," katanya.

Sementara itu, Junz berkata berjanjian UMS dan syarikat berkenaan merupakan salah satu inisiatif yang mampu menyeimbangkan harga getah di negeri ini.

"Kita yakin usaha ini dapat memberi manfaat kepada penoreh getah di Sabah dan kita sangat alu-alukan usaha ini kerana kementerian saya kini juga sedang berusaha menyeimbangkan harga (getah) ini Sabah," katanya.- Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengalu-alukan pelantikan Datuk Dr. Mohd Sofi Osman sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UMS yang baharu berkuat kuasa pada 1 Oktober...
KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melangsungkan pemasyhuran dua Pro-Canselor baharu pada Majlis Konvokesyen UMS ke-20, di Dewan Canselor, di sini, hari...
KUNDASANG - Seramai 15 peserta terdiri daripada pelajar baharu, kakitangan, alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan rakan strategik universiti itu menyemarakkan sambutan Hari...
GUANGZHOU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan ‘Program Networking Merentas Sempadan Alumni UMS’ di Guangzhou, China bagi membina jambatan penghubung antara alumni UMS...
Seramai 45 pelajar dan 25 kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) memulakan ekspedisi Rentas Sempadan Borneo 2018 (RSB’18) semalam. Majlis pelancaran tersebut disempurnakan...
KOTA TINGGI - Bagi sesetengah orang sudah pasti tidak akan menolak apabila ditawarkan kerjaya bergaji lumayan, namun tidak bagi Ketua Polis Daerah Kota Tinggi yang memilih untuk...