> ISU > Ketua Menteri puji dan hargai usaha Universiti UCSI dan QS yang mengadakan sidang kemuncak Subject Focus QS
Ketua Menteri puji dan hargai usaha Universiti UCSI dan QS yang mengadakan sidang kemuncak Subject Focus QS
BERNAMA 6 December 2018

KUCHING - Cabaran terbesar Sarawak dalam industri pelancongannya ialah penyambungan udara dan kerajaan negeri kini meningkatkan usaha mencari jalan untuk mendapatkan sambungan langsung ke negara lain, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

"Air Asia menghubungkan kita ke pelbagai bandar dan kita juga bekerjasama dengan Brunei Royal Airline untuk mengadakan penerbangan terus ke sini (Kuching) bagi menarik lebih banyak pelancong ke negeri ini," kata beliau ketika melancarkan Pusat Kepakaran Serantau (RCE) Kuching dan Sidang Kemuncak Subject Focus QS mengenai Hospitaliti dan Pelancongan di Universiti UCSI di sini malam tadi.

Abang Johari berkata hospitaliti dan pelancongan merupakan sektor penting bagi negeri itu dan pada 2017, Sarawak menerima 4.86 juta pelawat yang membelanjakan RM8.59 bilion, menyumbang 7.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasarnya.

"Kita berharap menjelang akhir tahun ini dapat mencapai 5.25 juta pelawat ke negeri ini," katanya.

Ketua Menteri berkata Sarawak mempunyai alam semula jadi yang hebat dan budaya yang menarik, manakala rakyatnya hidup bersama dalam harmoni.

Beliau berkata kerajaan negeri akan menambah taman negara kerana persekitaran hijau jadi antara daya tarikan Sarawak kepada pelancong, selain budaya, pengembaraan dan alam semula jadi telah dapat menarik ketibaan pelancong ke Sarawak.

"Pelancong yang suka berbelanja boleh ke Singapura dan bagi mereka yang ingin melihat hutan, budaya, alam semula jadi dan Orang Utan kita, mereka boleh datang ke Sarawak," kata ketua menteri itu.

Abang Johari berkata kini lebih banyak pelancong muda China datang ke Sarawak untuk mendaki Gunung Santubong dan memancing ke Santubong, yang menjadi produk pelancongan baharu yang perlu dimajukan lagi.

Bagi meningkatkan lagi industri itu, Abang Johari berkata kerajaan negeri akan merangka beberapa inisiatif termasuk untuk menggalakkan kerjasama antara sektor korporat dan agensi kerajaan meneroka peluang baru.

Beliau berkata, Sarawak memperuntukkan sejumlah besar belanjawannya untuk membangunkan rangkaian jalan dalam tempoh dua tahun akan datang selain daripada Lebuh raya Pan Borneo, yang sedang dibina. Peruntukan sebanyak RM1 bilion juga disediakan bagi pembangunan infrastruktur digital di kawasan bandar dan luar bandar.

Beliau menghargai usaha Universiti UCSI dan QS yang mengadakan sidang kemuncak itu bagi membincang dan meneroka cara baru memacu industri secara mampan.

Ketua menteri itu juga memuji Kampus UCSI di sini di atas pengiktirafan sebagai Pusat Kepakaran Serantau (RCE) untuk penyelidikan pembangunan lestari (SDG) oleh Universiti Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Universiti UCSI diktiraf sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia dan 10 universiti terbaik di Malaysia dalam ranking QS World University Ranking 2019. -- Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Dr. Aidi Ahmi dari UUM dinobatkan sebagai pemenang 9th Anak Sarawak Appreciation Awards di atas sumbangan dan kecemerlangannya sempena Tribal Meet (TriBE) 2018 di Kuching,...
PUTRAJAYA - Program Felo Perdana memberi peluang kepada generasi muda mempelajari cara-cara pentadbiran negara dan pengalaman menjadi pemimpin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir...
PAUH - Raja Muda Perlis merangkap Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan Projek Antarabangsa:...
Penganjuran Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) dilihat terus menyatu dan menjulang semangat erat hubungan baik dalam kalangan warga staf Universiti Awam (UA)...
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa universiti swasta tempatan dan antarabangsa membuka kampus cawangan mereka di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP). Menteri...
Penganjuran Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) dilihat terus menyatu dan menjulang semangat erat hubungan baik dalam kalangan warga staf Universiti Awam (UA)...