> AKTIVITI SENI > 2,000 penonton banjiri Konsert Ekspresi Muzika
2,000 penonton banjiri Konsert Ekspresi Muzika
FAIZUL AWANG, UUM 6 December 2018

SINTOK - Seramai 2,000 penonton hadir membanjiri Konsert Ekspresi Muzika anjuran Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 4 Disember baru-baru ini bertempat di Dewan Mu’adzam Shah.

Penganjuran konsert ini bertujuan melahirkan mahasiswa UUM yang bukan sahaja berilmu dan profesional tetapi juga menjadi seorang pemimpin dan penggerak yang berkesan dalam usaha membangunkan industri kesenian negara.

Konsert yang bertemakan Randisi Irama Berzaman ini telah mempersembahkan dua segmen iaitu 'Tribute Sepanjang Zaman' dan 'Dominasi BBNU'.

Konsert ini juga menggabungkan beberapa elemen artistik seperti muzik, tarian, lakonan dan montaj serta diiringi Kombo Utama Band bersama artis tari Bidasari telah menghasilkan satu momen yang luar biasa dalam kalangan pelajar UUM.

Antara artis yang menjayakan Konsert Ekspresi Muzika

Persembahan dimulakan dengan imbasan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Tribute Sudirman Haji Arshad, Belasungkawa Saleem, Dominasi BBNU dan artis jemputan, Ismail Izzani.

Menurut Pengarah PBS Huzaidy Hussain, konsert ini merupakan medium usaha ke arah melahirkan mahasiswa yang berbudaya luhur berasaskan kepada prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

“Lebih 20 tahun PBS berfungsi menanam semangat kesenian dan kebudayaan dalam kalangan mahasiswa UUM, kini menampilkan Konsert Ekspresi Muzika: Randisi Irama Berzaman yang menepati manifestasi era muzik tempatan.

Kebudayaan dan kesenian adalah satu komponen yang dapat membentuk kesepakatan masyarakat Malaysia melalui sikap saling hormat-menghormati budaya masing-masing,” katanya.

“Melalui penglibatan dalam aktiviti budaya dan seni, mahasiswa didedahkan dengan teknik dan cara menganjurkan majlis dengan baik. Mahasiswa mempunyai kelebihan dan kemahiran yang menjadi nilai tambah dan peluang yang lebih cerah kepada mereka di pasaran pekerjaan nanti,” tambahnya.

Gandingan yang mantap

“Mahasiswa juga dapat memanfaatkan peluang yang ada untuk terus melakar kejayaan melalui pengisian masa di universiti dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti budaya dan seni memberi peluang untuk mendalami budaya, adat resam dan sekali gus dapat menimba pengalaman berharga,” katanya lagi.

Selain itu, melalui program seperti konsert ini dapat meningkatkan semangat berdaya maju dalam kalangan mahasiswa untuk bergiat lebih aktif. Malah, ia dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat dan berkesan antara mahasiswa yang sekali gus dapat menjalinkan persefahaman dan kerjasama dengan pelbagai organisasi di dalam dan di luar kampus.

Menurut Pengarah Program, Muhammad Idhill Hashim, konsert yang berdurasi selama dua jam ini berjaya memupuk satu eko-sistem yang kondusif berbentuk kebudayaan kebangsaan di dalam kampus serta memberi peluang kepada mahasiswa untuk membangunkan kreativiti mereka di samping mengembangkan bakat yang dimiliki.

uum1

“Muzik memainkan peranan penting dalam kehidupan remaja. Bagi sesetengah individu, muzik memberikan keselesaan dan menjadi teman sokongan pada masa kesepian. Ia juga memberikan impak yang mendalam kepada remaja. Ia dapat memberikan kesan positif dan mengalihkan perhatian daripada permasalahan hidup.

"Penganjuran konsert kali ini berjaya mendapat maklum balas yang baik daripada semua pihak dan ia sememangnya memberikan kepuasan penuh dan kebanggaan kepada kami.

"Ia dibuktikan melalui sokongan dan kehadiran ramai penonton dari dalam mahupun dari luar kampus dan rakan strategik yang turut menjayakan konsert ini seperti Tune Talk, Kampus Uols, NZ Proactive Solution, MyCar dan Yayasan Peneraju,” katanya.

Tetamu yang hadir

Hadir memeriahkan konsert tersebut ialah Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani, Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah, Mohd Rizal Mohd Hamdan dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dr. Mohd Dino Kharri Shariffuddin.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
UUM Cultural Festival (UCF) 2018 anjuran Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 21 hingga 26 September ini dilihat menjadi landasan terbaik bagi...
UUM Cultural Festival (UCF) 2018 anjuran Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung selama tujuh hari berakhir dengan meriah semalam. UCF adalah...
ALOR SETAR - Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) menyediakan platform untuk menyerlahkan bakat mahasiswa melalui Malam Refleksi Kontemporari Seni. Pengarah...
Dalam usaha melahirkan mahasiswa yang kreatif, berintergriti, berkebolehan serta berpengatahuan tinggi, Kelab Penyiaran Uniutama.FM dan Kelab Fotografi Pusat Budaya dan Seni (PBS)...
Ramaditya Desvanzialdy pelajar Ijazah Sarjana Muda Multimedia mewakili Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia yang berjaya mengungguli gelaran Johan Bintang...
SINTOK - UUM Youth Got Talent anjuran Pusat Budaya dan Seni (PBS) yang berlangsung pada 11 November baru-baru ini bertempat di Pentas Utama tapak Pesta Konvokesyen UUM kali ke-31...