> AKTIVITI SENI > Kumpulan zapin mahasiswa kejuruteraan UMP raih 3 anugerah di Festival Zapin MAKUM 2018
Kumpulan zapin mahasiswa kejuruteraan UMP raih 3 anugerah di Festival Zapin MAKUM 2018
MIMI RABITA, UMP 6 December 2018

SIAPA kata mahasiswa kejuruteraan tak hebat di pentas seni. Ini terbukti apabila kumpulan Kencana Pawana Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menggondol tiga anugerah utama dalam Festival Zapin Majlis Kebudayaan Universiti–Universiti Malaysia (MAKUM) 2018 yang berlangsung di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.

Menurut mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi Industri merangkap Ketua Tarian Zapin, Mohamad Firdaus Ab Hadi, 21, dalam pertandingan itu Kumpulan Kencana Pawana telah memenangi Anugerah Tatarias Terbaik, Anugerah Kumpulan Harapan dan Anugerah Perdana yang membawa pulang wang tunai RM250 dan trofi bagi setiap anugerah yang dimenangi.

Ketua Tarian Zapin, Mohamad Firdaus Ab Hadi bersama Kumpulan Kencana Pawana UMP. (FOTO UMP)
Ketua Tarian Zapin, Mohamad Firdaus Ab Hadi bersama Kumpulan Kencana Pawana UMP. (FOTO UMP)

Tambahnya, mereka sungguh teruja dan tidak menyangka dengan kejayaan ini apabila buat julung kalinya meraih sebanyak tiga anugerah sekali gus memandangkan persaingan yang hebat antara universiti.

“Dalam pertandingan ini kami telah memilih tarian Zapin Padang Sari serta memakai pakaian dan aksesori Tradisional Johor. Tarian ini melibatkan 12 orang penari dan kami berpuas hati berjaya membuat persembahan dengan baik,” katanya.

Menurutnya lagi, kejayaan ini adalah hadiah teristimewa buat kumpulan yang berusaha keras berlatih hanya dalam tempoh dua minggu sebelum pertandingan ini. Selain itu menghargai sokongan semua pihak terutamanya kepercayaan pihak universiti dalam memberi mereka peluang untuk tampil membuat persembahan sehingga berjaya sampai ke peringkat ini.

Sementara itu, Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Sri Dr. Daing Nasir Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Kencana Pawana UMP di atas kejayaan ini dan mengharapkan semoga dengan kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada kumpulan kebudayaan UMP untuk terus cemerlang mencipta kejayaan.

Kumpulan Kencana Pawana UMP bersama hadiah kemenangan sempena Festival Zapin MAKUM 2018. (FOTO UMP)
Kumpulan Kencana Pawana UMP bersama hadiah kemenangan sempena Festival Zapin MAKUM 2018. (FOTO UMP)
"Biarpun UMP sebagai sebuah universiti yang berfokuskan kepada teknikal dan kejuruteraan, namun pihak universiti sentiasa menyediakan peluang serta fasiliti kepada mahasiswa mengembangkan minat dalam bidang seni kebudayaan," katanya.

Juara bagi Festival Zapin MAKUM 2018 telah dimenangi UPM, tempat kedua milik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tempat ketiga. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM, Prof. Mohd Roslan Sulaiman.

Festival MAKUM merupakan salah satu festival tahunan yang dianjurkan bagi melahirkan penggiat generasi baru yang mampu menjadi penggerak kepada perkembangan seni.

Pegawai Kebudayaan UMP, Noor Afiza Mohd. Asmi (tengah) bersama Kumpulan Kencana Pawana UMP yang berjaya memikat juri dengan Anugerah Tatarias Terbaik. (FOTO UMP)
Pegawai Kebudayaan UMP, Noor Afiza Mohd. Asmi (tengah) bersama Kumpulan Kencana Pawana UMP yang berjaya memikat juri dengan Anugerah Tatarias Terbaik. (FOTO UMP)

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KEMAJUAN teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membawa banyak perubahan dalam bidang pendidikan. Perubahan paling ketara adalah peningkatan dalam aspek sumber ilmu...
Dalam usaha menghargai karya seniman agung Tan Sri P. Ramlee, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan Kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) telah...
BATU PAHAT - Lima Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih penarafan bintang di Annual Productivity & Innovation Conference...
KUANTAN – Proses pendaftaran mahasiswa baharu Universiti Malaysia Pahang (UMP) dipermudahkan menjadi kurang satu minit setiap orang pada kali ini bagi meringankan urusan keluarga...
KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjadi universiti awam pertama di Malaysia menggunakan Teknologi Blockchain bagi Pengesahan Perakuan Sijil UMP Valid8 yang bakal...
Seringkali kita dengar orang berkata, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah satu pencapaian yang menentukan masa depan seseorang sama ada berjaya atau tidak. Ada benarnya...