> AKTIVITI KAMPUS > Kor Sispa UiTM persiapkan diri dengan ilmu kebakaran
Kor Sispa UiTM persiapkan diri dengan ilmu kebakaran

PUNCAK ALAM - Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Selangor telah mengadakan program Melawan Kebakaran (PMK) dengan jayanya di kampus berkenaan baru-baru ini.

Disertai seramai 44 orang peserta terdiri daripada Pegawai Kadet Sispa (PKS) Pertengahan, dua orang jurulatih termasuk seorang pembantu jurulatih, dua orang jurulatih jemputan dari APM Kuala Selangor serta 11 orang Pegawai Dalam Latihan (PDL) telah menjadi tulang belakang bagi menjayakan program sehari yang merupakan salah satu latihan teras dalam mata pelajaran Kokurikulum Pertahanan Awam.

Jurulatih sedang menunjukkan teknik memadamkan api dengan betul. (FOTO KOR SISPA)
Jurulatih sedang menunjukkan teknik memadamkan api dengan betul. (FOTO KOR SISPA)

Slot pertama yang disampaikan Lt. Muda (PA) Norsazlinda Shamsudin bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta tentang peranan, tanggungjawab serta tindakan yang harus dilakukan sebagai anggota pertahanan awam sekiranya terdapat bencana kebakaran yang berlaku.

Di dalam ceramah ini Norsazlinda telah menekankan mengenai kepentingan ilmu melawan kebakaran bukan sahaja sebagai anggota kesukarelawanan malahan sebagai ilmu menyelamatkan diri.

Antara teknik mengendalikan mangsa yang diajarkan semasa program. (FOTO KOR SISPA)
Antara teknik mengendalikan mangsa yang diajarkan semasa program. (FOTO KOR SISPA)

Sementara dalam pengisian slot pertolongan cemas, Pbt. (PA) Suzaini Sulaiman iaitu jurulatih jemputan dari APM Kuala Selangor telah memperkenalkan peralatan-peralatan di dalam ‘medical bag’ serta fungsinya selain turut menerangkan tentang pelbagai cara untuk memindahkan mangsa ke dalam ambulans menggunakan alat alih ganti.

Slot seterusnya dikendalikan jurulatih jemputan juga dari APM Kuala Selangor, Sjn (PA) Shazwani Shahidan bagi menerangkan tentang penggunaan mesin gergaji berantai ketika menyelamat kebakaran di samping mendedahkan peserta dengan teknik menggunakan mesin gergaji berantai yang betul sewaktu menyelamatkan mangsa kebakaran.

Pelatih diajarkan teknik mengendalikan peralatan dan mangsa. (FOTO KOR SISPA)
Pelatih diajarkan teknik mengendalikan peralatan dan mangsa. (FOTO KOR SISPA)

Antara aktiviti paling dinantikan bagi program ini adalah simulasi memadam kebakaran yang diketuai oleh Sjn (PA) Ropfi Ahmad. Dengan adanya simulasi ini, ia dapat menyiapkan peserta dengan teknik-teknik memadam kebakaran yang betul dan efektif serta meningkatkan keyakinan mereka sekiranya berada dalam situasi sebenar.

Para peserta didedahkan dengan cara mengawal kebakaran menggunakan Teknik 3M iaitu Melaparkan, Menyejukkan dan Melemaskan dan mereka juga diberi peluang untuk mencuba sendiri cara menggunakan pili bomba bagi simulasi memadam kebakaran.

Peserta juga diajarkan untuk menggunakan mesin pemotong kayu dengan betul. (FOTO KOR SISPA)
Peserta juga diajarkan untuk menggunakan mesin pemotong kayu dengan betul. (FOTO KOR SISPA)

Menurut ketua program Lt. Muda (PA) Nurul Nabilah Azman, dengan adanya program seperti ini, ia dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang langkah-langkah perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran yang mungkin dapat menyelamatkan nyawa mangsa.

Barisan jurulatih dan peserta yang terlibat dalam program ini. (FOTO KOR SISPA)
Barisan jurulatih dan peserta yang terlibat dalam program ini. (FOTO KOR SISPA)

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
ASALNYA, penglibatan sejak sekolah di dalam aktiviti kesukarelawan persatuan pembimbing rakan sebaya hanya sekadar aktiviti untuk mengisi masa lapang di samping mengasah bakat...
COLLOQUIUM on Environmental Health and Safety 2018 (CoEHS 2018) anjuran Pusat Pengajian Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara...
UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam telah menganjurkan satu program seminar berkaitan kepentingan HALAL kepada para pelajar bagi memberi pendedahan mengenai Amalan...
NILAI – Sempena Hari Raya Aidiladha yang disambut, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menghantar para siswanya ke empat buah negara di bawah program Global Islamic...
BERBEKALKAN semangat dan dorongan untuk memberikan bantuan apabila berpeluang telah mencetuskan idea kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Universiti Teknologi Mara...
BERBEKALKAN semangat dan dorongan untuk memberikan bantuan apabila berpeluang telah mencetuskan idea kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Universiti Teknologi Mara...