> AKTIVITY MPP > Majlis angkat sumpah dan penyampaian watikah pelantikan MPP UNIMAS Sesi 2018/2019
Majlis angkat sumpah dan penyampaian watikah pelantikan MPP UNIMAS Sesi 2018/2019
UNIMAS Jumaat | 7 Disember 2018

KOTA SAMARAHAN - Majlis Angkat Sumpah dan Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMAS Sesi 2018/2019 telah diadakan pada 3 Disember 2018 bertempat di Staff Lounge, Rumah Universiti, UNIMAS.

Majlis tersebut menyaksikan seramai 15 orang pelajar telah menerima Watikah Pelantikan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS bagi menggantikan barisan perwakilan pelajar terdahulu yang telah tamat lantikan.

Seramai enam (6) orang calon telah bertanding untuk menduduki empat (4) Kerusi Umum dan dua puluh satu (21) orang calon bagi menduduki tujuh (7) Kerusi Fakulti pada Hari Pengundian Pemilihan MPP UNIMAS yang telah berlangsung pada 26 November 2018 yang lalu, manakala empat (4) Kerusi Fakulti/Pusat telah dimenangi tanpa bertanding.

Bacaan ikrar oleh barisan MPP UNIMAS 2018/2019. (FOTO UNIMAS)
Bacaan ikrar oleh barisan MPP UNIMAS 2018/2019. (FOTO UNIMAS)

Seramai 8,794 orang pelajar yang layak telah turun mengundi pada tarikh tersebut bersamaan 68.74 peratus daripada jumlah keseluruhan yang layak mengundi termasuk pelajar-pelajar UNIMAS yang berada di Sibu, berbanding 60.72 peratus jumlah keseluruhan keluar mengundi pada pemilihan tahun 2017.

Fakulti Alam Bina, UNIMAS pula telah mencatat peratusan pelajar tertinggi turun mengundi iaitu sebanyak 95.24 peratus. Peratusan pelajar yang turun mengundi juga telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan justeru menunjukkan sifat peka dan ambil berat pelajar terhadap perkembangan dan pembangunan dalam kampus.

Penyampaian Watikah Pelantikan tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Hj. Suaidi disaksikan Pengurusan Tertinggi, Dekan-Dekan dan Pegawai Utama UNIMAS.

Dr Mohamad Kadim menyampaikan watikah pelantikan kepada Muhammad Izzat. (FOTO UNIMAS)
Dr Mohamad Kadim menyampaikan watikah pelantikan kepada Muhammad Izzat. (FOTO UNIMAS)

Majlis tersebut juga menyaksikan barisan MPP Sesi 2018/2019 yang telah dilantik mengangkat sumpah untuk menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin dan dedikasi demi meningkatkan taraf mahasiswa mahasiswi UNIMAS di persada negara.

Dr Mohamad Kadim (duduk, empat, kanan) bergambar bersama barisan MPP UNIMAS Sesi 2018/2019. (FOTO UNIMAS)
Dr Mohamad Kadim (duduk, empat, kanan) bergambar bersama barisan MPP UNIMAS Sesi 2018/2019. (FOTO UNIMAS)

BARISAN MPP UNIMAS SESI 2018/2019

Yang Dipertua: Muhammad Izzat Bin Zulkifli

Naib Yang Dipertua: Nurul Zafirah Binti Ahmad

Setiausaha Agong: Eswaran A/L Madiahlagan

Bendahari Kehormat: Amira Shafiqah Binti Mohd Norijan

Exco Akademik & Kesarjanaan: Fatin Izzati Binti Mohd Izam

Exco Sukan & Rekreasi: Amirul Azizi Bin Kamarul Bahrin

Exco Kesenian & Kebudayaan: Leandro Mcrae Anak Mackinon

Exco Perhubungan & Antarabangsa: Aiza Shima Allisya Binti Rozani

Exco Kemudahan & Pengangkutan: Theophilus Oliver Gary

Exco Kerohanian, Sahsiah & Modal Insan: Muhamad Azwin Bin Muhamad

Exco Keusahawanan, Kerjaya & Inovasi: Nurul Izzaty Binti Hambalan

Exco Kebajikan & Keselamatan: Siti Syamim Nurfatihah Binti Abd Rahman

Exco Kesukarelawanan & Komuniti: Muhammad Syamil Bin Zolpakar

Exco Multimedia, Publisiti & Informasi: Faybians Abit Anak Nichelas Lumut

Exco Disiplin & Protokol: Mohd Farhan Iskandar Bin Mahamanuwawee Karee


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
PEJABAT Hal Ehwal Pelajar (PHEP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melaksanakan proses penamaan calon bagi memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM sesi...
NILAI – Pesta Konvokesyen (CFEST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2018 dibuka secara rasmi pada Sabtu malam oleh Pro-Canselor USIM, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali...
KUALA NERUS - Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Harun Osman berjanji untuk menjadi perantara bagi mahasiswa dan pengurusan...
SUBANG – Bahagian Hal Ehwal pelajar dan Alumni (JHEPA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UpsiI) menganjurkan Anugerah Keterampilan Pelajar (AKP) 2017/2018 kali Ke -13...
Setiap tahun, kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) silih berganti. Melalui pemilihan demokrasi, mahasiswa memilih perwakilan mereka melalui sebuah pilihan raya kampus. Tetapi...
MENJADI barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di sebuah Kolej Vokasional pasti akan merasa kelainan disebabkan perbezaan situasi dan persekitaran berbanding di Institut Pengajian...