> AKTIVITY MPP > Ikrar 24 pelajar barisan MPP UMT Sesi 2018/2019
Ikrar 24 pelajar barisan MPP UMT Sesi 2018/2019
AMIRUL SALAM, UMT Ahad | 9 Disember 2018

KUALA NERUS - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selaku organisasi organisasi tertinggi mahasiswa menjadi jambatan penghubung antara warga pelajar dengan pihak pengurusan universiti.

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, jalinan kerjasama itu perlu bagi membantu dalam mencapai misi dan visi universiti.

"Manfaatkanlah peluang dan kepercayaan yang diberikan ini untuk memantapkan barisan kepimpinan mahasiswa di samping membantu ke arah pembangunan universiti.

"Sebagai pemimpin, bertindaklah dengan matang, seorang mahasiswa yang terpelajar dan profesional serta jangan terlalu mengikut kata hati yang emosional kerana boleh merosakkan ukhuwah sesama mahasiswa," tegasnya.

Dr Nor Aieni menyampaikan watikah pelantikan kepada YDP MPP baharu.
Dr Nor Aieni menyampaikan watikah pelantikan kepada YDP MPP baharu.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan MPP Sesi 2018/2019 yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan UMT, semalam.

Majlis tersebut turut mendapat perhatian daripada Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir yang turut menyaksikan sesi penyerahan watikah pelantikan tersebut.

Warga UMT mengambil peluang merakam gambar bersama-sama Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, KPM.
Warga UMT mengambil peluang merakam gambar bersama-sama Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, KPM.

Dalam majlis tersebut, seramai 24 pelajar dilantik secara rasmi sebagai MPP UMT menggantikan barisan perwakilan pelajar terdahulu yang tamat lantikan pada Oktober lalu.

Sementara itu, Muhammad Hasyimi Hasyim Mohd Suddin, pelajar Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Sekitaran) juga selaku Yang Dipertua MPP baharu berkata, semangat berpasukan yang tinggi adalah kunci kepada kejayaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.

Muhammad Hasyimi menyamapaikan ucapan sulung sebagai YDP MPP baharu.
Muhammad Hasyimi menyamapaikan ucapan sulung sebagai YDP MPP baharu.
“Alhamdulillah, semua barisan perwakilan pelajar baharu telah bersedia untuk menggalas amanah yang diberikan oleh pelajar warga pelajar UMT.

"Kami akan senantiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam membantu UMT dan membawa suara-suara warga pelajar untuk didengari oleh pihak pengurusan serta menjayakan program yang direncanakan bagi pembentukan graduan holistik serta berdaya saing tinggi," katanya.

MPP UMT 2018-2019 (1)
MPP UMT 2018-2019 (2)
MPP UMT 2018-2019 (3)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
MENJADI barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di sebuah Kolej Vokasional pasti akan merasa kelainan disebabkan perbezaan situasi dan persekitaran berbanding di Institut Pengajian...
UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka menerusi Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah menjalankan Pilihan Raya Kampus (PRK) sesi 2018/2019 bagi tujuan melantik barisan ahli Majlis...
PEJABAT Hal Ehwal Pelajar (PHEP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melaksanakan proses penamaan calon bagi memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM sesi...
KOTA KINABALU - Semua pihak khususnya generasi muda diminta untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dengan betul. Ketua Pengarah...
JOHOR - Suri Teladan 2018 merupakan program untuk politeknik-politeknik Zon Selatan (lapan buah politeknik). Program ini berlangsung di Politeknik Mersing Johor (PMJ) pada 29 Julai...
GONG BADAK - Pilihan Raya Kampus (PRK) bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2018/2019 merekodkan jumlah penamaan calon tertinggi...