> EVENT > 16 pasukan berentap
16 pasukan berentap
SARINAH MAT KASIM Isnin | 10 Disember 2018

SEREMBAN - Sebanyak 16 pasukan menyertai Karnival Endeavour Kejohanan Bola Jaring Campuran UiTM Seremban, yang diadakan di UiTM Seremban 3, baru-baru ini.

Kejohanan anjuran Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi itu mendapat sambutan meriah apabila lapan pasukan daripada luar menyertai kejohanan tersebut.

Menurut Pengurus Pasukan Tigress Netball & Sports Club, Zaq Abdul Rahman, kejohanan yang diadakan ini mampu memberi pendedahan kepada peserta untuk mencari pengalaman terutama kepada pemain baharu.

Katanya, bagi kejohanan bola jaring campuran ini, seramai empat perempuan dan tiga lelaki menyertai pertandingan tersebut.

Aksi semasa perlawanan.
Aksi semasa perlawanan.

"Biasanya bola jaring didominasi wanita, tetapi permainan campuran seperti ini di mana kita libatkan pemain lelaki dalam satu pasukan kini semakin popular.

"Kejohanan bola jaring campuran ini bukan sesuatu yang baru kerana sebelum ini juga kita ada menyertai pertandingan bola jaring campuran dan pasukan kita adalah antara pesaing yang digeruni," katanya kepada Sinar Harian.

Antara peserta yang menyertai kejohanan bola jaring campuran di UITM Seremban, baru-baru ini.
Antara peserta yang menyertai kejohanan bola jaring campuran di UITM Seremban, baru-baru ini.

Tambahnya, sehingga kini kelab sukan yang ditubuhkan ini mempunyai lebih 300 ahli, terdiri daripada pelbagai jenis sukan seperti boling, bola baling, badminton, futsal, sukan ekstrem dan pelbagai lagi.

Bagaimanapun katanya, sukan bola jaring antara yang popular dalam kalangan pasukan di negeri ini.

Kepada peminat aktiviti sukan, mereka boleh layari Facebook Tigress Netball & Sports Club untuk mengetahui pelbagai aktiviti sukan yang disertai seluruh negeri.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
JAWATAN Kuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Kediaman Delima Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini telah bekerjasama dengan Sinar Harian dan portal Kampus Uols...
KOTA BHARU - Penghormatan yang besar buat Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) apabila menjadi tuan rumah buat pertama kalinya bagi Kejohanan Sukan IPTS (Masiswa)...
IPOH - Raja pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2018, Muhammad Aqil Yasmin memperbaharui rekod temasya dalam acara 200m lelaki selepas mengungguli acara itu hari ini dengan catatan masa...
Sebuah larian amal bagi mengumpul dana untuk Majlis AIDS Malaysia telah diadakan di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini dan berjaya mengumpulkan lebih RM100,000 hasil sumbangan...
DENGKIL - Terkesan dengan penderitaan yang dilalui oleh masyarakat Rohingya, sekumpulan pelajar program Asasi TESL Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dengkil menganjurkan...
SHAH ALAM - Bertempat di Dewan Mawar Qaseh, Kolej Mawar, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini telah berlangsung peringkat akhir pertandingan University...