> TERENGGANU > Penyelidik UMT diiktiraf, terima Anugerah Khas, 2 emas, 1 perak di SIIF’18 Korea
Penyelidik UMT diiktiraf, terima Anugerah Khas, 2 emas, 1 perak di SIIF’18 Korea
AMIRUL SALAM, UMT Selasa | 11 Disember 2018

KUALA NERUS – Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berjaya menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperoleh Anugerah Khas, dua pingat Emas dan satu pingat Perak dalam pertandingan Penyelidikan dan Inovasi di Seoul International Invention Fair 2018 (SIIF’18) yang berlangsung lima hari berakhir 9 Disember lalu di Coex, Seoul Korea.

Anugerah khas yang dimenangi Dr. Md. Uwaisulqarni Osman, pensyarah Pusat Pengajian Sains Asas melalui produk Sintetik Konduktif Polimer mencuri perhatian Gulf Cooperation Council Patent Office (GCCPO) dan seterusnya mendapat pengiktirafan pingat emas SIIF’18.

Dr. Uwaisulqarni menerima Anugerah Khas. (FOTO UMT)
“Saya mengetengahkan produk Sintetik Konduktif Polimer yang mana campuran bahan kitosan filem nipis yang terbiodegradasi yang mana ia ringan, mudah dan murah untuk dihasilkan dimakmal serta berupaya mengkonduksi elektrik. Campuran ini berpotensi sebagai bahan elektrolit dalam bentuk pepejal bagi menggantikan cecair elektrolit yang biasa digunakan dalam bateri komersil.

“Terima kasih juga kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMIC) dan pengurusan tertinggi UMT atas sokongan yang diberikan terutamanya dalam bentuk kewangan. Semoga dengan pengiktirafan ini membuka lebih banyak peluang R&D seperti tawaran geran penyelidikan bagi meningkatkan lagi kecekapan produk yang dihasilkan agar dapat dikomersilkan,” katanya.

Manakala pingat emas diperoleh melalui penyelidik Dr. Lee Oon Jew dan pingat perak dimenangi Dr. Wan Rafizah Wan Abdullah masing-masing dari Pusat Pengajian Sains Asas dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan, UMT.

Penyelidik UMT, Dr. Uwaisulqarni (kiri), Dr. Lee Oon Jew (tengah) dan Dr. Wan Rafizah (kanan) menunjukkan pingat dan sijil yang dimenangi di SIIF'18. (FOTO UMT)
SIIF’18 menghimpunkan lebih 700 produk hasil penyelidikan dan inovasi melibatkan peserta-peserta daripada 32 negara seluruh dunia yang diadili panel-panel hakim daripada negara luar selain agensi yang menilai melalui beberapa aspek seperti keaslian idea, pembaharuan dan inovasi yang dilakukan serta potensi untuk dikomersilkan.

Pameran ini merupakan medium bagi membantu para penyelidik untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan dengan pihak luar bagi membantu mengkomersilkan l produk dan inovasi yang dihasilkan.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penyelidik yang telah berjaya mengharumkan nama UMT ke peringkat global.

Tahniah para pemenang.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA NERUS - Akademi Sains Malaysia (ASM) mengiktiraf kepakaran Profesor Dr Mazlan Abd Ghaffar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) Universiti Malaysia Terengganu...
KUALA TERENGGANU - Jam menunjukkan 8.40 malam, suasana Pantai Chagar Hutang di Pulau Redang, Terengganu gelap gelita. Kelihatan dua ekor penyu Agar timbul di permukaan Laut China...
KOTA BHARU – Universti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya menghimpunkan kira-kira 100 pemain industri bagi tujuan mengkomersialkan hasil penyelidikan dan inovasi universiti...
KUALA NERUS - Buat julung kalinya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) diberi penghargaan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dalam...
PENGALAMAN lebih sepuluh tahun bergelar jurufoto rasmi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bukan sahaja memberinya peluang menimba ilmu berkaitan fotografi, malah turut melalui...
KUALA TERENGGANU - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama First Institute of Oceonography (FIO), China sedang membangunkan projek 'Sistem Ramalan Lautan'...