> KELANTAN > "Saya tak sangka akan konvo macam majlis sebenar" - Amirah diraikan penuh istiadat dalam HUSM
"Saya tak sangka akan konvo macam majlis sebenar" - Amirah diraikan penuh istiadat dalam HUSM
AZLIDA ALIMIN Khamis | 13 Disember 2018

KOTA BHARU - Seorang penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) diraikan dalam Majlis Mini Konvokesyennya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dengan penuh adat istiadat, hari ini.

Amirah Che Zahari, 24, mengalami masalah saraf akibat jangkitan kuman di otak, kelihatan teruja ketika mengenakan jubah konvokesyen dan menerima ijazah daripada Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Husaini Omar.

"Saya tak sangka akan konvo, dirai pula di hospital bersama keluarga, jururawat dan doktor yang merawat saya, lebih enam minggu lalu.

"Walaupun tak dapat rai dengan rakan-rakan sekelas, tapi saya puas hati sebab dapat pakai jubah macam majlis konvokesyen sebenar," katanya.

Hadir sama Pemangku Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr Adam Husein; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMK, Profesor Dr. Mohd Rafi Yaacob dan Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FKTW), Profesor Madya Ahamad Tarmizi Azizan.

Sementara itu, ibunya, Noriah Mamat, 54, berkata, dia terharu dengan sokongan UMK malah dihadiri oleh Naib Canselor dan pengurusan tertinggi UMK.

Noriah berkata, anak ke tujuh dari lapan beradik ini mengalami masalah saraf dan penglihatan sejak Jun lalu kemudian terlantar dengan keadaan badannya yang sentiasa menggeletar.

Berdasarkan pemeriksaan menggunakan peralatan Magnetic Resonance Imaging (MRI) katanya, terdapat ketumbuhan kecil dalam badan beliau yang mana pakar perubatan masih mengenal pasti jenis ketumbuhan tersebut.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Demi mewujudkan modal insan bagi memenuhi keperluan industri 4.0, inisiatif #mydigitalmaker yang diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bersama Kementerian Pendidikan...
Siapa yang tak kenal dengan pasukan Kompang 5 Beradik yang tular dengan aksi persembahan mereka yang kreatif. Mereka bukan sahaja dijemput untuk membuat persembahan di...
KOTA BHARU - Dua graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) iaitu Darwisy Shahidy Baharudin dari Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan dan Dr Ng Kian Yiing, jurusan Perubatan...
PENGKALAN CHEPA - Program [email protected] dengan rasminya telah disempurnakan pelancarannya oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Datuk Dr. Husaini Omar, di Dewan...
PENGKALAN CHEPA - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof, Dr. Mohd Rafi Yaacob, mengetuai bacaan lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama 13...
GENDANG gendut tali kecapi, kenyang perut senanglah hati. Pantun dua kerat ini mungkin biasa kita dengar, tetapi berapa ramai pula yang mengenali alat muzik bernama kecapi? Di...