> TIP SIHAT > Joging bantu penghidap insomnia kekal sihat dan cergas
Joging bantu penghidap insomnia kekal sihat dan cergas
SALBINOUS SARIBUN, UMS Isnin | 17 Disember 2018

KOTA KINABALU - Senaman joging sangat baik bagi membantu seseorang penghidap penyakit insomnia.

Pensyarah Kanan Sains Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Mohamad Nizam Nazarudin berkata, ini kerana aktiviti berjoging membantu untuk tidur awal dan lebih lena pada waktu malam.

“Joging juga mampu merangsang otak untuk merembeskan hormon endorfin, iaitu sejenis hormon yang turut dikenali dengan nama jolokan hormon kebahagiaan.

“Ia akan meningkatkan keupayaan kita untuk menangani tekanan dengan lebih teratur termasuk mengurangkan tekanan kerja atau belajar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini berhubung kebaikan senaman joging sebagai senaman asas yang perlu dibudayakan untuk kekal sihat dan cergas.

Mohammad Nizam berkata, mereka yang kerap berjoging mempunyai tahap kerunsingan yang lebih rendah.

“Satu kajian menunjukkan joging yang kerap boleh mengurangkan aktiviti reseptor serotonin yang yang berfungsi untuk mengawal emosi agar sentiasa stabil.

“Dalam masa sama, senaman ini juga membolehkan seseorang jarang mendapat penyakit seperti selesema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan gangguan sistem pencernaan,” jelasnya lagi.

Nizam yang juga mempunyai kepakaran dalam bidang Sains Kesihatan dan Perubatan (Sains Sukan) berkata, ketika seseorang itu sedang berjoging, darah akan membawa oksigen ke otak membolehkan otak menerima bekalan oksigen dan nutrien lain yang mencukupi.

“Dengan itu segala kerja yang memerlukan kita banyak berfikir akan menjadi lebih produktif.

“Bukan hanya pada otak, tetapi aliran darah di dalam badan akan menjadi lebih baik dan secara tidak langsung akan merendahkan risiko penyakit kronik seperti serangan jantung dan strok,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA NERUS - Pengalaman ditahan lebih 36 jam oleh tentera Israel tidak sesekali membuatkan semangat wakil tunggal sukarelawan Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh gentar dan...
Program Sarjana Sains Senaman Klinikal merupakan program pertama yang ditawarkan di Malaysia bertujuan melahirkan tenaga profesional yang terlatih dalam melaksanakan program...
NILAI – Budaya dan amalan hidup cergas dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia, ujar Yang Berhormat Tuan Arul Jambunathan, Exco Kerajaan...
SUNGAI PETANI - Sejak kebelakangan ini, penyakit gaya hidup atau dikenali sebagai lifestyle diseases merupakan masalah kesihatan awam yang serius di Malaysia dan juga di seluruh...
Penyelidik UUM beraksi cemerlang apabila merangkul pingat emas sempena International Research Innovation, Invention & Solution Exposition (IRIISE 2018) di Universiti Malaya (UM),...
PETALING JAYA - Prihatin pentingnya penjagaan gigi dalam kalangan masyarakat, satu majlis pelancaran kempen Save Your Gums, Save Your Teeth yang dipelopori Systema dengan kerjasama...