> SUKAN > Pendayung UTHM ceriakan kem Mendayung Malaysia, tempa nama di bumi Myanmar
Pendayung UTHM ceriakan kem Mendayung Malaysia, tempa nama di bumi Myanmar
SURIAYATI BAHAROM, UTHM Rabu | 19 Disember 2018

NAYPYITAW - Hari terakhir acara mendayung (rowing) di Temasya Sukan Universiti Asean ke-19 (AUG) mencoret kenangan manis kepada tujuh pendayung Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) apabila berjaya merangkul pingat perak dan gangsa untuk Kem Mendayung Malaysia sebelum acara tersebut melabuhkan tirai pada 16 Disember lalu.

Pemain senior pasukan, Mohd Zulfadhli Rozali berkata pendayung UTHM yang terdiri daripada empat pelajar lelaki dan tiga perempuan telah terpilih menyertai pasukan universiti Malaysia sejak Februari lalu setelah melepasi beberapa saringan pemilihan yang dijalankan oleh Pusat Sukan Tumpuan (PST) - Mendayung yang berpusat di Universiti Teknologi Malaysia.

Tujuh pendayung UTHM yang mencipta kecemerlangan di AUG ke-19, Myanmar.

Menurut beliau, ini merupakan kali pertama seramai tujuh orang pendayung UTHM terpilih untuk mewakili negara.

“Latihan intensif dan berterusan yang dijalankan oleh mereka di Kem Latihan Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA) dan kem latihan Pasukan Mendayung UTHM Sungai Muar membuahkan hasil apabila tiga atlet perempuan daripada mereka memperoleh pingat perak menerusi acara Women Coxless Four (4-) dan empat atlet lelaki yang lain memperoleh gangsa di dalam acara Men Coxed Eight (8+) bersama rakan atlet dari Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Selangor (Unisel),” jelasnya.

Memperoleh pingat perak menerusi acara Women Coxless Four (4-). (FOTO UTHM)

“Kejayaan yang diperoleh mereka sekali gus dapat membantu menambah pungutan pingat dari kem Mendayung Malaysia di AUG ke-19 dengan satu emas, dua perak dan tiga gangsa,” tambah beliau lagi.

Pihak universiti berharap kejayaan yang diraih oleh pendayung UTHM ini dapat meningkatkan motivasi kepada para atlet di UTHM untuk menempa nama di kejohanan peringkat antarabangsa.

Memperoleh gangsa di dalam acara Men Coxed Eight (8 ). (FOTO UTHM)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
CYBERJAYA - Multimedia University (MMU) melahirkan rasa bangga apabila 19 pelajarnya bakal mewakili Malaysia dalam kejohanan bertaraf dunia sepanjang tahun 2018. Pemanah, Alang...
SHAH ALAM - Kontinjen Universiti Selangor (UNISEL) menutup hari terakhir Kejohanan Higher Education Sport Fest 2018 (HESF 2018) dengan membawa pulang tujuh pingat termasuk satu...
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dipilih menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Golf Antara Universiti Awam Malaysia ke-46 yang diadakan pada 25 dan 26 Julai 2018 bertempat...
BATU PAHAT – Teruja untuk merasakan pengalaman berkhidmat kepada masyarakat di luar negara adalah salah satu respons daripada salah seorang dari 20 peserta program Mobiliti...
SUDAH hampir sepuluh tahun sebagai Pegawai Belia dan Sukan, banyak pahit manis pengalaman yang telah dilalui Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan panggilan Yob...
Sukan Para Asia 2018 yang diadakan baru-baru ini di Jakarta, Indonesia, telah menyaksikan Malaysia menduduki tangga kelapan keseluruhan dari 43 negara yang mengambil bahagian....