> Pelajar UniSZA cipta inovasi Veggie Floss tanpa bahan tiruan
Pelajar UniSZA cipta inovasi Veggie Floss tanpa bahan tiruan
BERNAMA 20 December 2018

BESUT – Pelajar Jurusan Teknologi Makanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya mencipta snek sayuran campur atau ‘Veggie Floss’ diinovasikan menjadi sayuran kering yang mengekalkan kandungan khasiat serta vitaminnya.

Muhamad Arif Mohd Said, 22, berkata produk yang dihasilkan beliau bersama empat lagi pelajar iaitu Wong Shi Yun, 23, Nor Fatin Faizah Abd Rashid, 25, Nur Amilah Fadhlin Abdul Malik, 22 dan Nur Ain Syahnani Radzuan, 22, menggunakan 100 peratus bahan organik dan tanpa bahan tiruan.

“Untuk menghasilkan Veggie Floss ini kami menggunakan tiga jenis sayuran iaitu lobak merah, kubis ungu dan kailan. Lobak digunakan sebagai bahan utama manakala kubis ungu dan kailan digunakan sebagai penambah perisa dan pewarna yang menjadikan ianya kelihatan lebih menarik.

“Penghasilan produk ini bukanlah mudah kerana kami perlu bijak dan pandai memilih bahan-bahan yang ingin digunakan mengikut kriteria-kriteria tertentu... contohnya pemilihan lobak merah, kami perlu memilih lobak yang bersaiz kecil dan panjang kerana ianya mempunyai kandungan air dan proses pengeringan lobak tersebut amat singkat apabila dikisar berbanding lobak bersaiz besar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui pada Program Pelancaran Produk Makanan Baharu di Kampus UniSZA, Tembila di sini semalam.

Menurut Arif, pasukannya mengambil masa enam bulan menjalankan kajian dalam mencipta produk tersebut dan yakin Veggie Floss yang dihasilkan itu mampu menjadi makanan yang digemari ramai.

“Kalau kita lihat masyarakat gemar makan serunding daging atau ayam dan daripada situ kami cuba mencipta snek sayuran yang mempunyai fungsi yang sama dengan serunding dan ianya boleh dimakan bersama bubur mahupun begitu sahaja.

"Keistimewaan Veggie Floss kami ini adalah tidak menggunakan gula dan menggunakan sayur sebagai pewarna asas. Selain itu juga produk yang kami hasilkan ini mampu bertahan selama lapan bulan pada suhu bilik,” katanya.​​​​​

Sementara itu, Dekan Fakulti Bio Sumber dan Industri Makanan UniSZA, Prof Madya Dr. Khamsah Suryati Mohd berkata program tersebut dianjurkan bagi membantu mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar UniSZA dalam menghadapi pembangunan teknologi makanan pada masa kini.

“Pada pertandingan ini pelajar akan mempersembahkan produk makanan yang dicipta mereka kepada juri-juri yang telah dijemput khas daripada agensi luar dan dalaman, antaranya daripada Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

“Sebelum ini, melalui program yang sama kita telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru dan juga produk makanan kesihatan yang baru. Kini produk yang dihasilkan pelajar kita berjaya dibawa masuk ke pasaran,” katanya. – Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Upacara penutupan peringkat akhir cabaran PROTON-DRB-HICOM University Creative Car Challenge (PD3C) telah menyaksikan penyertaan bakat-bakat muda daripada lebih 20 institusi...
PADA 11 Julai lalu, saya, Siti Norakasah Azli, 22, dan Ewe Pengyan, 21, pelajar tahun dua Jurusan Undang-Undang di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berangkat ke...
BESUT - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) giat mempromosi sistem ‘pawah’ bagi menarik minat penternak menghasilkan susu kambing berkualiti tinggi. Timbalan Pengarah,...
PIHAK Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) telah bekerjasama dengan Kelab Sains Politik, Universiti Sains Malaysia (USM) bagi mengadakan sesi perbincangan bersama wakil...
Kebiasaannya penduduk Terengganu akan mengehadkan aktiviti luar rumah sepanjang musim tengkujuh atas faktor keselamatan dan kesihatan
KUALA NERUS - Bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sepakat menandatangani Note of Understanding (NOU) Kebolehpasaran Graduan bersama...