> SUKIPT > Politeknik Merlimau gah selaku Juara Keseluruhan SIPTMA 2018
Politeknik Merlimau gah selaku Juara Keseluruhan SIPTMA 2018
ROZER MASUDIN, PMM Khamis | 20 Disember 2018

ALOR GAJAH – Karnival Sukan Institusi Pengajian Tinggi Negeri Melaka Piala Ketua Menteri 2018 atau singkatannya SIPTMA 2018 telah berlangsung pada 9 Disember 2018 lalu. Kejohanan peringkat Negeri Melaka ini telah berlangsung dengan cukup meriah seperti tahun-tahun sebelumnya di mana Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) sekali lagi menggondol kedudukan juara keseluruhan bagi edisi tahun ini.

Kejohanan yang berlangsung di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), Alor telah mempertandingkan 5 kategori sukan di mana Pasukan Politeknik Merlimau telah meraih juara bagi 3 kategori iaitu Ragbi, Bola Sepak dan Bola Jaring.

Pasukan Ragbi PMM buat kali ketiga menjuarai SIPTMA 2018

Menurut Sharifuddin bin Mohd Yusof, Ketua Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PMM merangkap Ketua Kontinjen, kemenangan tersebut berkat semangat juang yang tinggi oleh para atlet PMM serta kesungguhan untuk menghadiahkan kemenangan kepada semua warga.

“Mereka ini amat komited kerana sanggup menjalani latihan intensif di kala para pelajar lain sedang bercuti semester dan menghabiskan masa bersama keluarga. Ini sesuatu yang positif dan membanggakan kerana semangat seumpama ini bukan sahaja telah menghadiahkan kemenangan pada setiap kategori, malah turut diumumkan juara keseluruhan edisi kali ini,” katanya ketika ditemui.

Beliau juga menambah, bagi sukan ragbi, Politeknik Merlimau tanpa gagal bagi 3 tahun berturut-turut mengekalkan penguasaan. Diikuti dengan Pasukan Bola Jaring yang menunjukkan peningkatan drastik daripada pingat perak tahun lalu dan kini memperoleh emas pada tahun ini.

Sharifuddin (tengah) bergambar bersama pasukan Bola Jaring PMM

“Antara situasi yang paling memberi kejutan pada kali ini, pasukan Bola Sepak kami yang sebelum ini tidak pun tersenarai sebagai pasukan 4 terbaik tetapi edisi 2018 telah muncul sebagai juara. Ini cukup membanggakan barisan kejurulatihan dan pemain. Saya ucapkan tahniah kepada semua pegawai dan atlet yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam mengharumkan nama PMM,” ujarnya.

Pasukan Bola Sepak PMM yang menjuarai SIPTMA 2018

Pasukan PMM muncul juara keseluruhan buat kali kedua selepas meraih kemenangan yang sama bagi tahun 2017.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan mewakili Ketua Menteri Melaka.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Gandingan hebat para pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dari dua Fakulti iaitu Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi (Jabatan Bahasa Melayu) dan Fakulti Pengajian Pendidikan...
MERLIMAU - Kejohanan Poly 10's 2018 yang diadakan buat kali ketiga di Politeknik Merlimau telah berakhir dengan mencatatkan pasukan Ragbi Politeknik Merlimau meraih kedudukan...
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) , Shah Alam dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah menganjurkan Festival Kebudayaan dan Semarak...
KUCHING - Pasukan Unimas Teguh Bersama dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) telah muncul sebagai juara dalam Kategori Perahu Kenyalang 20 Pengkayuh Lelaki IPTA/IPTS dan...
KOTA SAMARAHAN - Majlis Angkat Sumpah dan Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMAS Sesi 2018/2019 telah diadakan pada 3 Disember 2018 bertempat di...
KUALA KANGSAR - Mana-mana pelajar cemerlang dalam bidang sukan di Perak akan diberi kelonggaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di Universiti Pendidikan...