> Produk inovasi siswa UTeM menang besar di JaMCSIIX 2018
Produk inovasi siswa UTeM menang besar di JaMCSIIX 2018
MOHD KHAIRULHUSAINI MOHD SAAD, UTEM Khamis | 20 Disember 2018

MAHASISWA dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya merangkul Anugerah Emas dan Gangsa di Jasin Multimedia & Computer Sciene Invention and Innovation Exhibition (JaMCSIIX) 2018 yang diadakan baru-baru ini.

Pertandingan anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Jasin tersebut turut telah disertai oleh 112 kumpulan yang mana 18 kategori profesional dan 94 kategori pelajar antaranya dari UTeM, UiTM Cawangan seluruh Malaysia, Melaka International College of Science and Technology (MICoST), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Menurut Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, pencapaian ini turut melonjakkan jenama UTeM sebagai sebuah universiti awam teknikal berprestij di negara ini yang terus menyerlahkan potensi kecemerlangan dalam konteks penyelidikan dan inovasi.

Tambah beliau lagi, pencapaian ini juga merupakan antara koleksi kejayaan dari kalangan siswa universiti yang mana telah mendapat pengiktirafan pencapaian serta praktis terbaik dalam inovasi dan reka cipta yang diiktiraf oleh barisan juri profesional.

Anugerah Emas telah diraih oleh kumpulan yang mana ahlinya terdiri daripada Emira Idayu Yahya, Tuan Nur Anisa Tuan AB Aziz dan Farah Syahirah Zolkifli dengan produk rekaan mereka yang diberi nama Smart Security System for Motorcycle Using RFID with Apps manakala anugerah gangsa pula dibawa pulang menerusi rekaan produk yang digelar sebagai Green Sumato Attendance, hasil rekaan Tan Kim Loong, Muhammad Hazeeq Roslee dan Nursaidatul Atikah Izyan.

Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutup telah disempurnakan Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri dan Alumni, UiTM Cawangan Melaka, Prof. Madya Dr. Shafinar Ismail.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
TIGA orang pelajar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila...
KUMPULAN Inovatif dan Kreatif (KIK) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mendapat penarafan emas dan perak pada Majlis Konvokesyen KIK Universiti Awam Ke-14...
Idea menghasilkan alat ini adalah bagi membantu meringankan permasalahan dihadapi seorang kurang keupayaan terutama sekali pesakit strok dan pesakit yang sentiasa terbaring dan...
UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya membawa pulang lima pingat emas, dua pingat perak dan lapan pingat gangsa menerusi Sukan Staf Antara Universiti Malaysia...
LIMA orang mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mengharumkan nama UTeM di peringkat kebangsaan apabila memenangi salah satu kategori utama dalam tiga...
FAKULTI Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) bersama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)...