> Alumni UMT rai jubli perak, diskaun 30 peratus penggunaan fasiliti
Alumni UMT rai jubli perak, diskaun 30 peratus penggunaan fasiliti
AMIRUL SALAM, UMT Khamis | 20 Disember 2018

NAIB CANSELOR UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar mengumumkan potongan sebanyak 30 peratus kepada alumni UMT berdaftar bagi penggunaan kemudahan fasiliti milik UMT.

Pengumuman itu dibuat ketika berucap sempena Majlis Sambutan Jubli Perak Alumni UMT 2018 yang diadakan baru-baru ini.

Menurutnya, keistimewaan itu ditawarkan kepada semua alumni yang bersetuju untuk membantu pihak UMT dalam usaha mewujudkan Skim Biasiswa Alumni UMT bagi membantu pelajar-pelajar baharu memerlukan dan mempunyai pencapaian akademik baik.

“Sumbangan alumni boleh diperluaskan lagi melalui endowmen, wakaf dan sebagainya. Penubuhan Pusat Alumni juga dapat melaksanakan program lanjutan kepada alumni UMT. Ini bermakna, kecaknaan UMT kepada alumni sentiasa menjadi keutamaan. Pelbagai program akan dilaksanakan bagi mengeratkan lagi hubungan dan rasa kecintaan kepada alma mater sebagaimana Pelan Strategik Alumni UMT 2018-2022.
Dr. Nor Aieni menyempurnakan gimik pelancaran sambil disaksikan oleh wakil e-Magineers.

“Alumni merupakan aset penting yang tidak ternilai harganya dan boleh menjamin kelestarian masa depan UMT. Alumni adalah sekelompok kecil 'bekas pelajar' yang telah pun bersama-sama kita suatu ketika dahulu, mendapat pendidikan dan pengetahuan di UMT dan kini telah menjadi warga negara berkedudukan. Pada prinsipnya, UMT memberikan perhatian yang serius dalam memperkasa jaringan alumni UMT untuk masa depan yang lebih cemerlang," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Alumni UMT, Lt. Kol. (PA) Profesor Madya Ts. Dr. Mohamad Rosni Othman berkata, program seumpama ini diadakan bagi tujuan merapatkan hubungan antara alumni dengan UMT.

“Pusat Alumni berperanan dalam mengukuhkan jalinan kerjasama dengan syarikat-syarikat alumni UMT serta syarikat-syarikat luar yang akan dijadikan sebagai Alumni Partners. Kerjasama strategik ini dalam bentuk penawaran tempat latihan industri kepada pelajar UMT, menawarkan peluang kerja kepada graduan serta sumbangan kewangan dan kepakaran kepada alma mater," ujarnya.

Pada majlis yang dihadiri lebih 150 alumni dan turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah serta pegawai-pegawai utama UMT itu turut dilancarkan Sistem e-Alumni serta prapelancaran program Terengganu Island Funcations (TIF) hasil usahasama dengan E-Magineers Sdn Bhd.

Alumni yang hadir bagi memberi sokongan kepada UMT.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berjaya menerima pengiktirafan
KUALA TERENGGANU - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama First Institute of Oceonography (FIO), China sedang membangunkan projek 'Sistem Ramalan Lautan'...
KUALA BERANG – Pakar Pertanian Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerapkan ilmu pertanian kepada dua puluh usahawan baja menerusi program perkongsian dan pemindahan ilmu...
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima pengiktirafan pensijilan ISO/IEC 27001:2013
Pensyarah Biodiversiti Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dinobatkan Johan bagi Anugerah Pengajaran Transformatif: Tanpa Syarahan dan seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai...
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi merapatkan jurang antara Universitas Teuku Umar (UTU) dan Universitas Malikussaleh (UNIMAL) apabila memeterai perjanjian...