> Sukarelawan alumni ILKBS digerakkan
Sukarelawan alumni ILKBS digerakkan
ROMISAH ABD RAHMAN Khamis | 20 Disember 2018

Persatuan Alumni Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Malaysia menggerakkan pasukan sukarelawan bagi membantu mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan yang dibuka.

Presidennya Samsudin Oli Mohamed berkata, memandangkan hujan dan perkembangan banjir di negara ini pasukan sukarelawan yang diketuai oleh Komandannya Basok Alwi Kalle Mangadji dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok, Romeli Hussin dari Alumni IKTBN Dusun Tua dan Zazaiar Amirudin dari Alumni IKBN Peretak akan menyelaraskan pasukan sukarelawan ini sambil dibantu oleh Ahli Majlis Eksekutif yang lain.

Katanya bantuan bukan sahaja khususnya kepada keluarga alumni persatuan ini malah akan membantu masyarakat atau keluarga yang memerlukan bantuan tenaga atau pun membantu bilik gerakan yang dibuka nanti.

Dalam pada itu keluarga alumni ILKBS atau pelajar diminta hubungi talian 0109333545 / 0126380600 / 0105401961 dan 0174729890 sekiranya ingin sertai pasukan ini ataupun terbabit dengan banjir.

‘’Memandangkan cuti semester baru bermula selepas pelajar ILKBS baru menduduki peperiksaan akhir dan sedang bercuti kami menggalakkan pelajar ILKBS juga yang mempunyai kelapangan dan berhasrat untuk membantu mangsa dan pusat pemindahan supaya menghubungi Basok Alwi atau ahli jawatankuasa yang lain,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu pasukan sukarelawan ini juga mengalu-alukan sumbangan orang ramai dan badan-badan bukan kerajaan untuk turut bersama pasukan ini untuk membuat persediaan bagi menghadapi seberang kemungkinan terutama musim tengkujuh ini.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Seramai 5,165 graduan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Malaysia akan dianugerahkan Diploma Lanjutan Teknologi (30), Diploma Teknologi (1115), Sijil Lanjutan...
PUTRAJAYA – Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan Malaysia (ILKBS) akan mengkaji semula program dan kursus yang kurang mendapat sambutan dan menaikkan taraf kemudahan...
Graduan daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong Muhammad Nur Hakimi Maiden 22, dari jurusan Kenderaan Perdagangan terkejut dipilih sebagai graduan bertuah...
Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan kali ke-14 bakal berlangsung pada September ini. Berikut merupakan butirannya: Tarikh: 4 - 5 September 2018 Lokasi: Pusat...
Medium dakwah sebenarnya sangat terbuka luas. Islam tidak pernah sesekali menghadkan cara dan teknik untuk umatnya menyampaikan dakwah. Tidak kiralah walau di mana jua keberadaan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Usahawan akan membawa isu penamatan kontrak pengusaha kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad...