> PERAK > GTN harap Nurul Izzah kekal perkasa TVET
GTN harap Nurul Izzah kekal perkasa TVET
SAIFULLAH AHMAD Jumaat | 21 Disember 2018

IPOH - Gerakan TVET Nasional (GTN) melahirkan kebimbangan terhadap tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang melepaskan beberapa jawatan di dalam parti dan kerajaan.

Setiausaha Agungnya, Nordin Abdul Malek berkata, tindakan itu mencemaskan warga sektor pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET) yang melihat keadaan itu sebagai merugikan.

Menurutnya, jika Nurul Izzah turut melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET Nasional, ia akan menyebabkan masa depan TVET terjejas.

“Ini merupakan satu kerugian buat TVET dan negara khususnya kerana perancangan sudah dilakukan untuk memperkasa TVET. Kita juga bimbang terhadap masa depan TVET yang secara tidak langsung menambahkan kekeliruan dan kecelaruan dalam TVET,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Nurul Izzah melepaskan jawatan Naib Presidan PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Nordin berkata, sekiranya perkara itu berlaku beberapa pelaksanaan dan perancangan program TVET yang dirancang juga tertangguh.

Menurutnya, proses untuk memulakan semula perancangan akan mengambil masa jika individu lain mengambil alih jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Nordin menjelaskan pihaknya bimbang keadaan itu akan turut mengakibatkan krisis keyakinan terhadap pemain industri, ibu bapa dan pelajar.

“Pasukan khas berperanan memperkasa TVET yang dipengerusikan beliau memberi harapan yang tinggi untuk memperkasa TVET. Kami berharap Nurul Izzah akan menimbang semula keputusannya berhubung keengganannya meneruskan khidmat dalam apa juga kapasiti di bawah kerajaan persekutuan,” katanya.

Nordin berkata, TVET merupakan isu serius yang perlu ditangani segera oleh kerajaan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
PUTRAJAYA - Jemaah Menteri meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) Peringkat Nasional bagi menyelaraskan kesemua aspek...
KUALA LUMPUR - Dalam memperkasa sistem pendidikan pondok dan tahfiz, kerajaan telah memperkenalkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) [email protected] bagi...
PERMINTAAN terhadap tenaga mahir di negara ini sangat tinggi memandangkan dunia kini berhadapan Revolusi Industri 4.0. Oleh sebab itu, Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET)...
Salam rakyat Malaysia, Terima kasih kerana berminat untuk mengetahui mengenai Persidangan Perubatan Kebangsaan yang akan datang (MEDxUSM) 2018 Impak pepijat super mencabar...
KUALA LUMPUR - Mimos Bhd dijangka menerajui pembangunan kurikulum Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi meningkatkan kualiti program dan kebolehpasaran lepasan...
PERMATANG PAUH - Politeknik Seberang Perai (PSP) buat julung kalinya menandatangani perjanjian kolaborasi (COC) bersama sembilan agensi dan industri di sekitar Pulau Pinang sebagai...