> AKTIVITI SENI > Malam Antarabangsa UMP meriah dengan perkongsian budaya pelbagai negara
Malam Antarabangsa UMP meriah dengan perkongsian budaya pelbagai negara
MIMI RABITA, UMP Jumaat | 21 Disember 2018

MALAM Antarabangsa Universiti Malaysia Pahang (UMP) anjuran Pejabat Antarabangsa dan Kelab Pelajar Antarabangsa berjaya menghimpunkan seramai 900 pelajar antarabangsa daripada 30 buah negara yang sedang mengikuti pengajian di universiti ini dalam suasana meriah di Blok W UMP Gambang.

Majlis diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UMP, Profesor Dato Sri Dr. Daing Nasir Ibrahim dan pengurusan universiti.

Malam kebudayaan yang diraikan sejak 2009 ini mampu menyatukan komuniti antarabangsa dari pelbagai negara untuk berkongsi kebudayaan yang unik, tarian, nyanyian dan juga kepelbagaian juadah masakan yang dihidangkan buat tetamu.

Dr Daing Nasir bersama mahasiswa dari Indonesia yang menyediakan menu istimewa. (FOTO UMP)

Menurut Profesor Datuk Sri Dr. Daing Nasir, dalam usaha bagi merapatkan jurang antara pelajar tempatan dengan pelajar antarabangsa, Pejabat Antarabangsa UMP telah memperkenalkan program kesukarelawan yang dikenali International Office Buddies.

Katanya, program ini memberi ruang dan pengalaman kepada pelajar untuk terus konsisten bekerjasama dalam pelbagai aktiviti khususnya untuk mempromosikan pengantarabangsaan yang menjadi agenda utama UMP.

“Kepelbagaian budaya yang datang dari setiap negara mencorakkan lagi landskap kebudayaan dan kesenian di UMP. Ia sekali gus memupuk sikap persefahaman dan toleransi yang tinggi dalam kalangan pelajar,” ujarnya.

Manakala Presiden Pelajar Antarabangsa, Mustaf Mohamad dari Somalia berkata, penganjuran program ini mampu menjadi wadah untuk para pelajar antarabangsa dan tempatan menonjolkan bakat dan budaya negara masing-masing selain meningkatkan pengetahuan serta berkongsi etnik budaya sesebuah negara.

Mahasiswa antarabangsa mengambil peluang bergambar dengan Dr Daing Nasir (tengah). (FOTO UMP)

Dalam masa yang sama memberi peluang pelajar mengeratkan hubungan dalam kalangan rakan senegara serta mengubat rindu untuk menikmati juadah dari negara masing–masing seperti Mutton Masala, Punjabi Pulav, Bhojpuri Chicken, Libya Dessert, Chicken Biryani, Naija Jell of Rice dan banyak lagi.

Turut hadir memeriahkan majlis Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Ir. Dr Wan Azhar Wan Yusof dan Pengarah Pejabat Antarabangsa, Dr. Nik Aloesnita Nik Mohd Alwi.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUANTAN - Seramai 45 termasuk mahasiswa antarabangsa Universiti Malaysia Pahang (UMP) termasuk menanam 500 pokok bakau di pantai Chendor di sini, semalam. Pelajar dari Fakulti...
KEMAJUAN teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membawa banyak perubahan dalam bidang pendidikan. Perubahan paling ketara adalah peningkatan dalam aspek sumber ilmu...
KUANTAN - Seramai 150 peserta pengamal media dan kakitangan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai Program Boling Bersama Media anjuran UMP dengan kerjasama Kelab Media Pahang...
GAMBANG - Seramai 1,300 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai menyertai aktiviti Cabaran Amazing Race dalam memupuk kesedaran Keselamatan jalan raya bersempena...
UNIVERSITI Malaysia Pahang (UMP) jalin kerjasama dengan Asahitechno Co. Ltd Japan dalam perkongsian teknologi bagi mengaplikasikan kaedah menguatkan struktur tanah (ground...
KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjana RM3.6 juta setakat Oktober lalu menerusi projek perundingan dan khidmat teknikal kepada pihak luar, kata Naib Canselornya...