> Alumni UMS usahakan industri ternakan ayam besar-besaran
Alumni UMS usahakan industri ternakan ayam besar-besaran
SALBINOUS SARIBUN Isnin | 24 Disember 2018

HULU LANGAT -Hulu Langat Free Range Chicken’ hasil kudrat ikon Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Toong Foo Weng mampu menghasilkan lebih 27,000 ekor ayam bagi satu sesi di kawasan ladang seluas 20 ekar.

Menurut beliau, ladang yang mula diusahakan sejak 2014 itu mempunyai 18 reban, dengan sejumlah 1,500 ekor ayam mampu dimuatkan dalam satu reban.

“Ayam yang diternak di ladang ini adalah 100 peratus organik tanpa menggunakan suntikan antibiotik dan hormon, dan permintaan terhadap bekalan ayam organik adalah sangat tinggi.

“Justeru, ini menguatkan lagi keazaman saya untuk menggandakan usaha menghasilkan bekalan ayam organik yang berkualiti dan bermutu tinggi dalam jumlah yang besar bagi memenuhi permintaan pasaran, dan ini sekali gus mampu menghasilkan pulangan pendapatan yang lumayan,” katanya ketika menerima kunjungan daripada Pengarah Pusat Alumni UMS, Darwis Awang di ladang beliau, di sini, baru-baru ini.

Dr. Toong berkata, melihat kepada perniagaan ternakan ayamnya yang semakin berkembang, beliau kemudiannya mengambil peluang untuk memasarkan pula telur ayam organik dan makanan ayam organik.

“Penghasilan telur ayam ini dilakukan di kawasan ladang seluas setengah ekar, manakala makanan ayam organik pula dihasilkan di sebuah kilang pemprosesan berkeluasan 1,500 kaki persegi, dan kedua-dua operasi ini baru bermula pada bulan Oktober tahun ini.

“Setakat ini, kami mempunyai dua buah kandang bagi menempatkan 3,000 ekor ayam penelur, dan keunikan telur yang dihasilkan tersebut adalah 100 peratus organik serta kaya dengan kandungan vitamin E,” katanya lagi.

2.Dr. Toong (kanan) sedang menerangkan sistem pemprosesan makanan ayam organik kepada Darwis (kiri)

Dr. Toong menambah, dengan harga jualan runcit bagi telur ayam adalah sekitar RM18 sekilo, beliau yakin mampu meraih pendapatan mencecah RM900,000 setahun.

“Bagi makanan ayam organik pula, pengeluaran sebulan mampu mencecah 40 tan sebulan, dan untuk itu kami juga merancang untuk pembesaran kilang pada masa hadapan bagi menampung sekiranya berlaku peningkatan pengeluaran tersebut,” ujar beliau.

Beliau turut mempelawa mana-mana Alumni UMS yang berminat untuk berkongsi ilmu atau menjalinkan hubungan perniagaan, serta sentiasa membuka pintu buat pelajar UMS yang berminat untuk melakukan latihan industri di tempat beliau.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUNDASANG - Seramai 15 peserta terdiri daripada pelajar baharu, kakitangan, alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan rakan strategik universiti itu menyemarakkan sambutan Hari...
KOTA KINABALU - Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Seminar Keusahawanan, di sini, baru-baru ini sebagai pendedahan awal terhadap...
KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengalu-alukan pelantikan Datuk Dr. Mohd Sofi Osman sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UMS yang baharu berkuat kuasa pada 1 Oktober...
KOTA KINABALU - Tamu Gadang adalah manifestasi kepada kejayaan pelajar serta seluruh warga Universiti Malaysia Sabah (UMS). Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin...
KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat tempatan Hoyu Recycling Retreading Sdn Bhd bagi tujuan...
KOTA KINABALU: Kejohanan Boling Piala Dekan Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS) berlangsung meriah dengan penyertaan tujuh pasukan boling lelaki dan lima pasukan wanita,...