> TEMPAT LEPAK > Kedai Makan RM1.90! Saji pelbagai menu sedap dengan harga tersangat murah
Kedai Makan RM1.90! Saji pelbagai menu sedap dengan harga tersangat murah
NIK AMIRULMU’MIN NIK MIN 24 December 2018

Bagi mereka yang mungkin ‘berkira’ dengan harga makanan namun tidak berkompromi dengan rasa dan kualitinya, Kedai Makan RM1.90 di Bandar Pusat Jengka menyediakan pakej bajet itu. Menariknya, kedai makan yang diusahakan usahawan muda, Nur Suelezda Abdul Aziz, 22, ini menyediakan lebih 10 menu pada harga RM1.90 antaranya nasi lemak dan aneka sup.

Itu antara menu bajet disediakan namun pelanggan yang datang ke kedai ini mempunyai pelbagai pilihan lain untuk menjamu selera dengan harga berpatutan dan mungkin lebih murah berbanding kedai lain.

Bagi Nur Suelezda, selain harga dan keenakan rasa, kepelbagaian menu disediakan antara faktor tarikan pelanggan ke kedainya kerana ada banyak pilihan untuk dinikmati.

“Sebab itu saya pelbagaikan masakan daripada menu bajet hingga masakan barat, masakan panas, asam pedas, nasi ayam appolo, char kue tiau dan pencuci mulut. Semua masakan di sini ada keistimewaan tersendiri yang perlu dicuba dan pelanggan tidak perlu bimbang pasal harga kerana ia masih ‘mampu bayar’" katanya.

Menu bajet yang disediakan pada harga RM1.90

Dia berkata, kedainya yang beroperasi sejak Mac lalu dibuka setiap hari bermula seawal jam 7.30 pagi hingga 7.30 petang kecuali Isnin.

“Alhamdulillah, sambutan pelbagai lapisan pelanggan amat menggalakkan dan rata-rata memberi respon positf terhadap makanan yang disajikan di sini. Walaupun kita berniaga untuk mencari keuntungan, pada masa sama saya tetap fikirkan nasib golongan kurang berkemampuan. Sebab itu saya sediakan menu bajet pada harga murah tetap ‘mahal’ dengan rasanya,” katanya.

Usahawan ini juga mengusahakan perniagaan katering melalui syarikatnya Warisan Gading Event & Catering yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu.

'Try and error'

Berkongsi rahsia keenakan makanan di kedainya itu, Nur Suelezda berkata, dia banyak belajar teknik masakan pelbagai resepi termasuk masakan barat ketika menuntut di Food Institute of Malaysia (FIM).

Nasi ayam appolo antara menu yang menjadi pilihan pelanggan

“Saya banyak belajar di situ tetapi ada juga masakan saya belajar daripada keluarga dan ada yang saya cuba sendiri ‘try and error’. Bila dah puas hati dengan aspek rasa dan kualiti masakannya, saya sajikan untuk pelanggan.

“Pasal rasa dan kualiti makanan saya tidak boleh berkompromi kerana pelanggan akan menilai sedap tidak sedapnya. Kalau sedap mereka datang lagi, tak sedap pelanggan akan lari, saya juga yang rugi,” katanya.

Nur Suelezda berkata, dia menaruh harapan tinggi kepada perniagaan kedai makannya itu selain perniagaan katering yang diusahakan. Menurutnya, dalam perniagaan sudah tentu ada jatuh bangunnya namun risiko itu dianggap cabaran.

“Kita kena ada strategi jadi sebagai ‘back up’ dalam perniagaan jadi saya buka kedai makan ini. ‘Jadi kalau misalnya katering kurang tempahan, saya dapat bergantung kepada kedai ini dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Menurutnya, melihat kepada sambutan pelanggan, dia bercadang menambah lebih banyak menu tahun depan selain membuka cawangan baharu pada masa depan.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
MELAKA - Mungkin bagi sesetengah orang ikan laga atau pelaga hanyalah ikan picisan tetapi bagi Muhamad Arif Harithah Hariul Nizam, 22, ia memberi makna yang besar dalam...
LONDON - BRITAIN. Seorang peserta pertandingan ratu cantik di England bakal menjadi yang pertama memakai hijab dalam sejarah Ratu England, ketika pusingan akhir pertandingan itu,...
KUCHING - Cabaran terbesar Sarawak dalam industri pelancongannya ialah penyambungan udara dan kerajaan negeri kini meningkatkan usaha mencari jalan untuk mendapatkan sambungan...
PUTRAJAYA - Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) telah berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan seramai 5,202 graduan...
KUALA NERUS - Sumber lokan yang banyak dan terbiar di kawasan pantai dan Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetland) telah mendorong sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia...
“Apa yang kita impikan jangan bertangguh dan hanya berangan-angan kerana kejayaan adalah mustahil tanpa langkah pertama. “Menuntut ilmu adalah jihad. Tiada had umur dalam...