> EVENT > Politeknik Kota Kinabalu dan Korea adakan program anak angkat bersama
Politeknik Kota Kinabalu dan Korea adakan program anak angkat bersama
BERNAMA Rabu | 26 Disember 2018

KOTA KINABALU - Program Anak Angkat dan Khidmat Masyarakat yang dijalankan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) bersama Politeknik Korea Selatan kampus Busan di Kampung Kobuni, Inanam dekat sini telah memberi ruang kepada pelajar terlibat mengenali budaya dan komuniti di Sabah.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam Kenny Chua berkata, program yang menempatkan pelajar politeknik bersama komuniti setempat itu bukan hanya dapat menjalin kerjasama tetapi mampu menjana pendapatan penduduk melalui perkhidmatan inap desa.

"Saya yakin program seumpama ini memberi peluang kepada pelajar dari Korea khususnya mengenali budaya dan adat resam penduduk negara ini dengan lebih dekat selain menggalakkan perkongsian ilmu dan pertukaran budaya antara dua negara,” katanya ketika berucap pada penutupan program itu di Dewan Masyarakat Kampung Kobuni di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Zainab Othman.

Sementara itu, Wooseok Jang, 41, pelajar Kejuruteraan Elektronik merasa amat bertuah kerana terpilih menyertai program berkenaan malah berpeluang mengenali budaya masyarakat di Sabah.

Wakil kepada pelajar Politeknik Korea kampus Busan itu berkata, aktiviti berkenaan dirancang sejak tiga bulan lepas bersama PKK sebelum membuat keputusan untuk mengadakan program di kampung berkenaan.

"Kami mengadakan tiga mesyuarat untuk membuat persediaan sebelum datang ke sini dan kami sangat gembira kerana kampung di sini sangat mesra. Ada beberapa pelajar yang pertama kali ke luar negara tetapi bagi saya, ini kali kedua saya ke Malaysia,” katanya.

Bagi Hyeonjin Choi, 26, yang pertama kali datang ke Sabah berkata, cabaran yang perlu dilalui di sini ialah keadaan cuaca yang sangat panas berbanding di Korea yang kini sedang mengalami musim sejuk.

Bagaimanapun, beliau yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan Mandarin tidak membataskan dirinya untuk bergaul dan mempelajari bahasa tempatan seperti bahasa Dusun selain bahasa Malaysia.

Bagi pelajar PKK Mohd Zulhilmi Taha, 20, pelajar Kejuruteraan Awam itu berkata kekangan bahasa tidak menghalang mereka untuk menjalankan aktiviti bersama sepanjang program itu berlangsung.

Pelajar berasal dari Lahad Datu itu berkata mereka juga turut mempelajari beberapa bahasa asas Korea.

Seramai 36 pelajar termasuk 10 pelajar PKK menyertai program yang melibatkan 11 buah keluarga sejak 11 Dis lalu yang berakhir hari ini. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu ialah membaiki bumbung rumah, membaiki laluan pejalan kaki ke surau dan membuat pendawaian baharu di salah sebuah rumah di kampung itu. - Bernama.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KOTA KINABALU - Koperasi Politeknik Kota Kinabalu Berhad (KPKKB) mempunyai peluang dan potensi besar dalam memperluaskan lagi bidang perniagaan sedia ada entiti tersebut. Pengarah...
JITRA - USIM Street Dakwah (USD) @ Jitra Kedah merupakan kesinambungan program yang diterajui Pusat Kebudayaan USIM sejak 2010. Kali ini dua Dun telah dipilih iaitu Dun Jitra dan...
“Sayangi Malaysiaku, sayangi Malaysia, satu suara laungkan Merdeka!” merupakan bait-bait lirik lagu Kita Punya Malaysia nyanyian kumpulan Bunkface yang dipilih sebagai lagu...
KEMAMAN - “Naluri saya kuat mengatakan Khairil Ikmal Danial masih hidup, mungkin terdampar di mana-mana. Kami sekeluarga berharap dia ditemui secepat mungkin dalam keadaan...
SERENDAH - Suntik semangat sukarelawan dalam tempoh sebulan. Itulah cabaran yang dihadapi sekumpulan penuntut yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman...
PROGRAM Musafir Hana merupakan program meraikan tetamu dan keluarga yang menghantar anak-anak mereka mendaftar sebagai pelajar baharu di Universiti Putra Malaysia (UPM), kini...