> PERAK > Kembara kesukarelawan dan intervensi alam sekitar ke Sumatera Barat
Kembara kesukarelawan dan intervensi alam sekitar ke Sumatera Barat
UMMI BATRISYIA ABDUL MANAF, UPSI Rabu | 26 Disember 2018

PADANG, INDONESIA – Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki , Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) mengambil inisiatif untuk melaksanakan program Misi Kesukarelawanan dan Intervensi Alam Sekitar Antarabangsa, di sini, baru-baru ini.

Program yang dijalankan itu juga mendapat kerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak, Majlis Belia Malaysia dan Pusat Bahasa dan Pengajian Umum Upsi serta 130 orang pelajar dari Pondok Pesantren Pondok Pesantren Thawalib Tanjung Limau, Padang, Indonesia.

Pengarah Program 1, Muhammad Zafir Mohd Saman berkata, program ini merupakan program serampang dua mata yang melibatkan misi kesukarelawanan serta intervensi alam sekitar.

Mohd Zafir menunjukkan cara penanaman pokok kepada pelajar

Katanya, program kesukarelawan kali ini telah menampilkan empat kluster sukarelawan yang berbeza iaitu sukarelawan kluster pendidikan, komuniti, kesihatan dan alam sekitar.

“Misi kesukarelawanan ini bertujuan membina sifat kognitif mahasiswa dalam aspek kesukarelawan dan menyuntik semangat mahasiswa untuk menyumbang khidmat bakti kepada komuniti.

“Pengisian bagi Misi Kesukarelawanan ini adalah slot Educare (sukarelawan kluster pendidikan) iaitu slot bagi membina kemahiran komunikasi dalam bahasa Inggeris melalui modul yang dibina di UPSI untuk pelajar-pelajar di Pondok Pesantren tersebut,” katanya.

Hasil tanaman pokok oleh pelajar pesantren Thawalib Tanjung Limau

Muhammad Zafir berkata, selain itu, turut dijalankan slot Waqaf Antarabangsa (sukarelawan kluster komuniti) iaitu mengagihkan sumbangan waqaf dan sumbangan infaq dari pihak qariah masjid, individu dan pihak agensi di Malaysia dalam bentuk barangan seperti telekung, baju, buku dan alat tulis serta wang tunai kepada komuniti Thawalib Tanjung Limau.

Dalam pada itu, Pengarah Program 2, Elvia Joseph berkata, antara objektif program Intervensi Alam Sekitar adalah untuk menyemai semangat menghargai alam sekitar serta memupuk sikap prihatin dan inovasi dalam diri mahasiswa serta pelajar di Pondok Pesantren tersebut.

Pengagihan barangan waqaf untuk para pelajar

Katanya, slot walkabout (sukarelawan kluster kesihatan) yang merupakan kempen kesedaran mengenai kepentingan kebersihan telah dilaksanakan di Pondok Pesantren dan kawasan berhampirannya.

Menurutnya, Mahasiswa Upsi mengadakan rondaan bersama pelajar Pondok Pesantren dan mengutip sampah-sampah di sepanjang perjalanan semasa rondaan tersebut.

Jelasnya, program itu turut dihadiri penduduk kampung yang berdekatan untuk sama-sama membersihkan kampung mereka.

Pegagihan barangan alat tulis kepada pelajar pesantren

“Di samping itu, slot penanaman pokok (sukarelawan kluster alam sekitar) merupakan pengisian bagi program Intervensi Alam Sekitar ini. Mahasiswa UPSI membantu pelajar-pelajar di Pondok Pesantren tersebut membuat penanaman pokok hasil inovasi dengan menanam pokok dalam botol plastik terbuang,” katanya.

Program ini turut dihadiri oleh Penasihat Program, Muhammad Fawiz Bakri yang merupakan pensyarah di Upsi dan Felo di Kolej Aminuddin Baki serta Ketua Felo Kolej Aminuddin Baki, Upsi Datin Wan Nurul Hidayu Wan Abdul Razak

Majlis Penutupan program ini telah dirasmikan oleh wakil Bupati (Pegawai Daerah) iaitu Mulkhairi, M.Pd.

Beliau yang turut mengucapkan terima kasih kepada mahasiswa Kolej Aminuddin Baki, Upsi kerana memilih Pondok Pesantren Tanjung Limau bagi mengadakan program Misi Kesukarelawanan dan Intervensi Alam Sekitar ini.

“Saya juga berharap agar pihak Upsi akan hadir ke sini dan bekerjasama lagi pada masa akan datang,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
TANJUNG MALIM — Arus pemodenan yang semakin pantas berkembang telah memperlihatkan minat belia negara dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) semakin...
BANGI - Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dinobatkan sebagai Universiti Terbaik Program Pitching Syarikat Perunding Muda Simposium [email protected] anjuran Kementerian...
KUALA LUMPUR - Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) mengambil langkah berbeza dalam mempromosikan institusi pengajian tinggi (IPT) itu kepada orang awam. Upsi mengambil...
ARAU - Buat julung kalinya dalam sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya merangkul lima anugerah utama dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2017 yang...
BUKIT MERTAJAM - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menghasilkan empat mural 3D yang menggunakan penutup botol...
TANJUNG MALIM - Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) mencipta rekod apabila tujuh pelajarnya di bawah penyelian seorang profesor dianugerahkan...