> SUKIPT > Politeknik Mersing Johor berjaya raih pingat di Kejohanan Sukan Antarabangsa
Politeknik Mersing Johor berjaya raih pingat di Kejohanan Sukan Antarabangsa
SURAYA HANI, PMJ 27 December 2018

BANGKOK - Politeknik Mersing Johor (PMJ) berjaya membuktikan kemampuan menyumbang 3 pingat kepada kontinjen Malaysia bagi kategori Terbuka yang bertanding di Asean Jump Rope Championship Bangkok 2018 di Bangkok, Thailand. Kejohanan antarabangsa ini berlangsung di Gymnasium Rangsit University, Bangkok Thailand.

PMJ yang menubuhkan pasukan atlet lompat tali PMJumpers telah berjaya merangkul dua pingat perak dan satu pingat gangsa buat negara daripada 7 pertandingan yang disertai. Kategori yang dimenangi ialah Freestyle Asean, Freestyle Open dan Double Douch Open.

Sebelum bermulanya pertandingan lompat tali.

PMJumpers PMJ bersaing sengit dengan 10 buah negara yang bertanding iaitu Thailand, China, Korea, Hong Kong, Singapore, Iran, Kazakhstan, Indonesia dan India.

Kejohanan yang berlangsung di Gymnasium Rangsit University, Bangkok Thailand bermula 29 November hingga 2 Disember 2018. Kontinjen atlet Malaysia diwakili oleh Politeknik Mersing Johor, SK Sri Tebrau, SMK Dato’ Pengawa Barat, SMK Dato Lokman Kuala Lumpur, SMK Tunku Lailatul Shahreen, Perlis dan Terbuka. Kontinjen atlet Malaysia berjaya membawa pulang hampir 73 pingat untuk Malaysia bagi semua kategori yang dipertandingkan.

Kemenangan yang sekali gus membawa nama Malaysia.

Sukan lompat tali ini mula mendapat perhatian di Malaysia sejak 1999 dan diperkenalkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia sempena kempen ‘Lompat Tali untuk Jantung’. Bermulanya di sini sukan lompat tali mula dibangunkan oleh Persatuan Persekutuan Lompat Tali Malaysia dan Persatuan Sukan Lompat Tali Negeri Johor bagi mengangkat nama Malaysia sebaris dengan atlet lompat tali antarabangsa.

Asean Jump Rope Championship Bangkok 2018

Pengarah PMJ, Hassan Siraj berkata, Politeknik Mersing Johor mengambil peluang ini sebagai salah satu persediaan untuk menjadikan Politeknik Mersing Johor sebagai hub latihan dan pemerkasaan sukan Lompat Tali di Malaysia khususnya di Johor.

“Pengurus pasukan PMJumpers, Suraya Hani Kamarolzaman dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar PMJ, Mohd Fairullah Muhammadon telah berada di Bangkok bagi membantu persediaan 4 wakil pelajar kita yang terpilih di sana iaitu Luqman Hanif Lajakarek, Muhamad Syazahin Mohd Salleh, Amsyar Ridhwan Roslan dan Amirul Faiq Harun," katanya.

Pengurus pasukan, Suraya Hani Kamarolzaman menyatakan PMJumpers dengan penglibatan ke Kejohanan kali ini memberi pengalaman untuk bertanding di platform antarabangsa dan persediaan bagi PMJ ke Asia Pacific Jump Rope Korea 2019 pada tahun hadapan.

Bersama pingat-pingat yang berjaya dikutip.

"Menerusi kemenangan ini, kita menyasarkan akan melahirkan lebih ramai atlet di Politeknik dan Kolej Komuniti khususnya Politeknik Mersing Johor. Melalui sukan lompat tali ini dapat membina pelajar yang holistik serta membina karier pelajar PMJ sebagai atlet lompat tali Malaysia,” katanya.

“PMJumpers amat berterima kasih mendapat sokongan penuh daripada pengarah dan pihak pengurusan Politeknik Mersing Johor bagi memastikan atlet PMJ dapat mencapai kejayaan seperti hari ini dan kami amat berharap usaha atlet PMJ ini mendapat perhatian daripada Majlis Sukan Politeknik, Kementerian Belia, Sukan dan Kebudayaan serta Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membantu atlet kita mendapatkan latihan intensif dan peluang untuk mengikuti Kejohanan di Korea tahun hadapan,” katanya lagi.

Kemenangan!

Kejohanan antarabangsa ini dirasmikan Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Weerasak Kowsurat di Gymnasium Rangsit University, Bangkok Thailand.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
BANGKOK - Politeknik Mersing Johor (PMJ) berjaya membuktikan kemampuan menyumbang tiga pingat kepada kontingen Malaysia bagi kategori terbuka yang bertanding di Asean Jump Rope...
BATAM - Politeknik Mersing Johor amat berbangga dapat mewakili Malaysia sebagai delegasi Kebudayaan di persembahan peringkat antarabangsa Malam Kenduri Seni Melayu Batam,...
Gugusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dinobatkan sebagai Johan Kejohanan Sukan Staf Antara Gugusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2018 selepas memenangi 10 pingat...
MERSING – Politeknik Mersing, Johor (PMJ) melancarkan Majlis pelancaran Minggu Orientasi Siswa (MOS) 2018 bagi pengambilan sesi Disember 2018 yang telah mula mendaftar pada 2...
PUTRAJAYA - Focus Group Dialog bagi menghasilkan resolusi pendidikan cybersecurity diadakan di antara Industri dan Projek Keselamatan Aplikasi Web Terbuka (OWASP) dengan Jabatan...
MERSING - Penggunaan digital merupakan keperluan dalam bidang perniagaan hari ini dengan kewujudan kemudahan seperti media sosial dan laman Web merubah corak pembelian para...