> Wujudkan jaringan perniagaan antara Alumni UiTM
Wujudkan jaringan perniagaan antara Alumni UiTM
BERNAMA Jumaat | 28 Disember 2018

SHAH ALAM - Jaringan Perniagaan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyeru alumni UiTM yang memiliki perniagaan, supaya berdaftar dengan pertubuhan itu sebagai usaha untuk mewujudkan jaringan perniagaan dalam kalangan alumni universiti berkenaan.

Pengerusi pertubuhan itu, Jamil Bakri berkata, langkah itu perlu supaya setiap alumni UiTM yang mengusahakan perniagaan masing-masing dapat mengembangkan perniagaan mereka menerusi ilmu keusahawanan yang dikongsi bersama rakan alumni lain.

"Kita mempunyai lebih 800,000 alumni UiTM seluruh negara dan kita yakin sebahagian daripada mereka ini bekerja sendiri atau mengusahakan perniagaan.

“Jadi kita mahu mereka ini berdaftar supaya kita dapat mengenalpasti jumlah sebenar mereka yang bergelar businessman supaya perniagaan mereka ini dapat dibantu dan diberi sokongan oleh rakan alumni universiti ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian pertubuhan itu, semalam.

Turut hadir, Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Arshad Ayub. Jamil berkata alumni berkenaan yang berminat untuk mendaftar boleh berbuat demikian di laman web www.biznet-auitm.com.

"Susulan dengan kewujudan pertubuhan ini yang dilancarkan hari ini, kita juga telah membuka laman web tersebut bagi memudahkan alumni untuk mendaftar.

"Menerusi directory ini juga, setiap alumni yang ingin mengetahui bisnes rakan alumni yang lain boleh berbuat demikian dengan melayari laman web ini...contohnya mereka yang mahu menggunakan khidmat katering boleh melihat list alumni yang mengusahakan perniagaan tersebut," katanya.

Jamil berkata pihaknya berharap dengan adanya kerjasama itu, secara tidak langsung ia juga mampu mewujudkan hubungan baik dalam kalangan alumni UiTM itu sendiri. - Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SHAH ALAM - Pasukan Bola Sepak Universiti Teknologi Mara (UiTM) memulakan aksi pertama Kelme 2018 Piala Bola Sepak Persekutuan Sukan Universiti Asia (AUSF) menewaskan Macau...
ARAU - Sebanyak 72 peserta dari universiti tempatan dan luar negara akan menyertai Pertandingan Kompetitif Pengaturcaraan dan Multimedia Antarabangsa, di Universiti Teknologi Mara...
KUALA LUMPUR - Keluarga pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan, Norashikin Shariffuddin yang dilapor hilang sejak beberapa hari lalu berharap gadis itu dalam keadaan...
MERBOK –Tiada yang membanggakan seorang ibu melainkan melihat kesungguhan anak berjuang menuntut ilmu, biarpun dalam masa sama terpaksa menentang kanser yang dihidapi. Hasniza...
DENGKIL - Terkesan dengan penderitaan yang dilalui oleh masyarakat Rohingya, sekumpulan pelajar program Asasi TESL Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dengkil menganjurkan...
KUANTAN - Polis meminta kerjasama orang ramai agar menyalurkan maklumat sekiranya mempunyai maklumat atau mengenali seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Raub...