> Inovasi Biomas jana tenaga: Produk inovasi UTeM rangkul kejuaraan IIC 2018
Inovasi Biomas jana tenaga: Produk inovasi UTeM rangkul kejuaraan IIC 2018
HAFFIZE RAMLI, UTeM 28 December 2018

Produk berkonsepkan inovasi biomas jana tenaga oleh kumpulan siswa dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah dinobatkan sebagai juara dalam Cabaran Inovasi Inklusif (IIC 2018) Zon Selatan.

Kemenangan mereka dalam IIC 2018 yang berlangsung di Dewan Millenia, Perbadanan Usahawan Johor Berhad baru-baru ini dengan membawa pulang trofi, sijil penghargaan bersama wang tunai RM5,000.00.

Kemenangan mereka dalam IIC 2018 yang berlangsung di Dewan Millenia, Perbadanan Usahawan Johor Berhad baru-baru ini dengan membawa pulang trofi, sijil penghargaan bersama wang tunai RM5,000.00.

Pertandingan ini merupakan medan inovasi antara universiti awam, swasta serta agensi-agensi dari sektor awam serta swasta dalam mempamerkan pembangunan idea-idea baharu dan seterusnya menambahbaik kualiti kehidupan pada masa hadapan.

Kumpulan pelajar tersebut bersama dengan Penyelia mereka Rahaini Mohd Saad (2 dari kiri) dan Shamsul Fakhar Abd Gani (kiri sekali) sewaktu meneliti operasi produk inovasi mereka di makmal UTeM Ayer Keroh Melaka.

Kumpulan ini terdiri daripada Nagen Krishnan dan Singh Dhillon Gurdir Singh merupakan pelajar Tahun 4 dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) bersama dengan Penyelia mereka Rahaini Mohd Saad dan Shamsul Fakhar Abd Gani yang juga merupakan pensyarah dari fakulti berkenaan.

Rahaini Mohd Saad berkata, projek inovasi pelajar FTKEE ini telah dipilih untuk mewakili FTKEE UTeM selepas dilihat berpotensi dan mampu diketengahkan setelah melalui penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Tambahnya, produk tersebut dikenali sebagai 'Development of Energy Harvesting Mechanism from Burning Process via IoT Based System' ini dapat membantu komuniti sewaktu kecemasan seperti banjir dan beberapa keadaan lain yang memerlukan.

Sementara itu Nagen Krishnan pula menambah, produk ini dihasilkan dengan mengunakkan sumber biomas sepenuhnya dan dibakar untuk menghasilkan tenaga elektrik di samping itu dilengkapkan dengan sistem IoT bagi memantau penghasilan tenaga yang dijanakan.

Nagen Krishnan (2 dari kiri) dan Singh Dhillon Gurdir Singh bersama dengan penyelia mereka Rahaini Mohd Saad sewaktu dinobatkan sebagai juara dalam Cabaran Inovasi Inklusif (IIC 2018) Zon Selatan.

Jelasnya, produk ini dilengkapi dengan sistem IoT kerana ianya adalah selari dengan perkembangan momentum kecanggihan teknologi terkini beraliran Revoulusi Industri 4.0.

“Produk ini juga jelas berbeza dengan produk-produk lain yang menjana sumber tenaga menerusi sistem panel solar yang mana memerlukan kos yang tinggi untuk penghasilan di samping terbabit dengan kos penyelengaraan berkaitan,” ujarnya lagi.

Dekan FTKEE UTeM, Prof. Madya Ts. Mohd Rahimi Yusoff gembira dengan kejayaan ini dan menyatakan bahawa penyertaan FTKEE ke pertandingan inovasi seperti ini merupakan salah satu inisiatif untuk memperkenalkan FTKEE dan UTeM khususnya ke peringkat nasional dan global.

Ujarnya, penyertaan daripada para pelajar juga mampu memberikan satu pendedahan yang sangat berharga kepada mereka dan ianya mampu meningkatkan keyakinan dan potensi pelajar-pelajar.

Beliau juga mengharapkan lebih ramai lagi pelajar-pelajar FTKEE mengambil peluang penyertaan seumpama ini sekali gus menyokong aspirasi kerajaan dalam merancakkan bidang penyelidikan dan inovasi di negara ini.

Lebih daripada 50 produk inovasi dan penyelidikan telah menyertai IIC 2018, antaranya dari Universiti Teknologi Malaysia, UNIKL, ADTEC, RISDA dan banyak lagi.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
TIGA orang atlet tekwando Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mempamerkan aksi cemerlang dalam Pertandingan Tekwando Peringkat Antarabangsa Terbuka di Korea Selatan...
Idea menghasilkan alat ini adalah bagi membantu meringankan permasalahan dihadapi seorang kurang keupayaan terutama sekali pesakit strok dan pesakit yang sentiasa terbaring dan...
TIGA orang pelajar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila...
HASIL inovasi para pelajar tahun akhir Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FTKMP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya meraih kemenangan besar...
KUMPULAN Inovatif dan Kreatif (KIK) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mendapat penarafan emas dan perak pada Majlis Konvokesyen KIK Universiti Awam Ke-14...
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama dengan syarikat multinasional terkemuka dari Jepun Konica Minolta Business...