> PERAK > Mahasiswa Upsi santuni komuniti Orang Asli
Mahasiswa Upsi santuni komuniti Orang Asli
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 28 Disember 2018

GERIK – Program Permata Bakti 2.0 anjuran Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) menyantuni masyarakat Orang Asli Kampung Cuweh, di sini.

Program yang turut disertai oleh 30 mahasiswa dan tiga pegawai pengiring turut berkampung selama tiga hari

Pengarah program, Iffat Zaqwan berkata, pelbagai aktiviti telah dirancang menyentuh aspek kerohanian, kebudayaan, penjagaan kesihatan, gotong-royong serta sumbangan telah dijalankan sepanjang program ini.

Mahasiswa Upsi menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga Orang Asli

Katanya, mahasiswa Upsi juga tidak terlepas dalam membantu anak-anak masyarakat Orang Asli disana untuk membaca, menulis dan mewarna.

"Program berkonsepkan kesukarelawanan harus diterapkan kepada setiap mahasiswa dan remaja masa kini supaya nilai-nilai kemasyarakatan dan kebergantungan sesama insan tidak lenyap seiring perubahan zaman.

"Permata Bakti 2.0 yang dilaksanakan itu,telah memberikan impak yang positif bukan sahaja terhadap masyarakat orang asli disana malah turut terkesan adalah mahasiswa-mahasiswi yang hadir kerana dapat melihat sendiri jerih payah kehidupan orang asli di kampung tersebut," katanya.

Papan tanda kampung turut disumbangkan oleh Kolej Harun Aminurrashid, Upsi.

Dalam pada itu, seramai tujuh keluarga Orang Asli telah menerima sumbangan keperluan harian dan pakaian bagi membantu meringankan beban mereka.

Turut disampaikan kepada Tok Batin Kampung Cuweh tersebut adalah papan tanda kampung sumbangan Kolej Harun Aminurrashid, Upsi.

"Saya juga berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan agar masyarakat orang asli di negara ini amnya dan khususnya di negeri Perak tidak disisihkan dan dapat dimajukan seiiring dengan kemodenan dan dapat dirasai bersama seperti masyarakat bumiputera yang lain," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
IPOH - Kerajaan negeri akan mewujudkan dua program khas di peringkat negeri selaras dengan usaha untuk memastikan Perak berjaya menjadi juara pada Sukan Malaysia (Sukma) 2020 yang...
Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki , Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) mengambil inisiatif untuk melaksanakan program Misi Kesukarelawanan dan Intervensi Alam Sekitar...
TANJUNG MALIM - Masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat sememangnya cukup membimbangkan mutakhir ini disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya masalah peribadi, tekanan...
ARAU - Buat julung kalinya dalam sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya merangkul lima anugerah utama dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2017 yang...
TANJONG MALIM – Atas nama tanggungjawab dan keprihatinan, seramai 15 orang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak kesal berkorban cuti hujung minggu demi...
BANGI - Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dinobatkan sebagai Universiti Terbaik Program Pitching Syarikat Perunding Muda Simposium [email protected] anjuran Kementerian...