> TERENGGANU > Penyelidik UMT pelopori ilmu asas genetik dan pembiakbakaan 'Betta splendens'
Penyelidik UMT pelopori ilmu asas genetik dan pembiakbakaan 'Betta splendens'
ROZITA ALIAS, UMT Isnin | 31 Disember 2018

KUALA NERUS - Menyedari kepentingan ilmu asas genetik dan pembiakbakaan ikan betta (Betta splendens) dalam kalangan penternak ikan hiasan di Terengganu dalam pengurusan ternakan, maka sekumpulan lapan orang penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengorak langkah untuk mencetuskan program yang julung kali diadakan ini.

Sesi taklimat yang sedang berlangsung. (FOTO UMT)

Program pemindahan ilmu ini merupakan program perintis ke arah kerjasama yang lebih erat di antara Penternak Ikan Betta Terengganu atau dikenali sebagai Terengganu Betta Group dan UMT bagi melonjakkan daya saing penternak dengan pasaran luar Terengganu.

Bengkel pertama bagi Projek pemindahan ilmu yang mendapat pembiayaan dana dari Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri, UMT ini telah dijalankan pada 29 Disember 2018 di UMT.

Peserta tekun semasa program dijalankan. (FOTO UMT)

Program ini telah dihadiri oleh 35 orang penternak ikan hiasan daripada daerah Besut, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Dungun dan Kemaman.

Melalui program ini, peserta telah diterapkan dengan 4 modul yang terdiri daripada modul asas genetik ikan, pembiakbakaan ikan, pengurusan ternakan betta dan keusahawanan Betta.

Sebahagian peserta bersama sijil penyertaan masing-masing. (FOTO UMT)

Presiden Terengganu Betta Group, Mohammad Hazazi Mohamad berkata, program ini amat relevan kepada para penternak ikan Betta Terengganu.

“Persatuan dan para penternak akan mengaplikasikan ilmu-ilmu baru yang sangat relevan ini bagi meningkatkan inovasi dan produktiviti penternak. Persatuan juga mengharapkan agar program pemindahan ilmu kepada penternak ikan Betta Terengganu dapat diperbanyakkan lagi,” katanya.

Sementara Dr. Nur Asma Ariffin, pensyarah daripada Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur, merangkap ketua projek berkata, program seumpama ini akan dijalankan lagi pada masa akan datang kerana terdapat permintaan daripada masyarakat dan pelajar yang ingin menceburi bidang keusahawanan ikan hiasan terutamanya ikan Betta.

Para peserta bergambar kenangan bersama Dr. Nur Asma. (FOTO UMT)

“Selain program pemindahan ilmu ini, pihak UMT dan Persatuan Penternak Betta Terengganu telah mengadakan perbincangan ke arah halatuju strategik untuk menjadikan Terengganu sebagai pusat pembangunan dan pengeluaran ikan Betta bukan sahaja di Terengganu malahan di Malaysia,” ujarnya.

Adalah menjadi hasrat UMT menerusi Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri untuk memindahkan ilmu dan kepakaran daripada para ahli akademik UMT kepada masyarakat dan Industri bukan sahaja di Terengganu malahan seluruh negara untuk kesejahteraan sejagat.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA NERUS - Berbekalkan semangat juang yang tinggi, Leftenan Madya Ahmad Irfan Afif Azman yang menganggotai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) bagi...
UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) merupakan sebuah universiti ‘junior’ di Malaysia yang sedang pesat membangun dengan merintis pelbagai inisiatif seperti menyertai...
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan USIAMAS Malaysia akan menganjurkan Walkaton...
Sekumpulan mahasiswa dari Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah ke Terengganu bagi menjayakan sebuah program kemasyarakatan yang dinamakan “Kembara Sukarelawan 2018”...
KUALA NERUS - Buat julung kalinya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) diberi penghargaan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dalam...
KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima kemasukan 2,451 pelajar baharu bagi sesi kemasukan 2018/2019 hari ini, makin memperlihatkan ia sebagai salah sebuah...