> UMP TRIZ 3.0 babitkan 866 mahasiswa, hasilkan 150 projek inovasi
UMP TRIZ 3.0 babitkan 866 mahasiswa, hasilkan 150 projek inovasi
MIMI RABITA, UMP Isnin | 31 Disember 2018

SEBANYAK 150 projek inovasi berjaya dihasilkan dalam program UMP TRIZ Innovation Exposition 3.0 yang membabitkan seramai 866 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam pertandingan ciptaan inovasi yang berlangsung di Kompleks Sukan, UMP Gambang baru-baru ini.

Program ini merupakan penganjuran kali ke-3 ini merupakan platform terhadap penilaian dalam meningkatkan aspek kemahiran insaniah (soft skills) bagi menangani setiap permasalahan berkaitan kejuruteraan dan teknologi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Sebahagian peserta memberi penerangan berkaitan inovasi dihasilkan. (FOTO UMP)

Banyak teknik dan metodologi dalam penyelesaian masalah dan salah satunya ialah dengan cara TRIZ.

TRIZ adalah singkatan dalam bahasa Rusia yang merujuk kepada Teorija Resenija Isobretatelskih Zadac ataupun boleh diterjemahkan kepada Teori Penyelesaian Masalah Inventif. Teori TRIZ ini telah dibangunkan di antara tahun 1960 hingga 1980 oleh Saintis Rusia iaitu Genrich Altshutler.
Sebanyak 150 projek inovasi berjaya dihasilkan dalam program UMP TRIZ Innovation Exposition 3.0. (FOTO UMP).

Pengarah program, Imadduddin Abidin yang juga pensyarah Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) berkata, pertandingan inovasi ini adalah kemuncak kepada sesi pengajaran dan pembelajaran Subjek UHS2021 Soft Skill II, iaitu yang berasaskan inovasi menyelesaikan masalah secara inventif.

“Inovasi teknologi TRIZ mempunyai banyak kebaikan antaranya meningkatkan pemasaran dalam menghasilkan produk yang kreatif, meningkatkan dengan cepat dalam pencarian penyelesaian yang inventif dan inovatif. TRIZ juga secara saintifiknya merupakan satu pendekatan yang diasaskan kepada ramalan revolusi sistem teknologi, produk dan proses,” katanya.
Antara inovasi yang dipersembahkan mahasiswa dalam UMP TRIZ. (FOTO UMP)

Selain itu, sistem konvensional dan moden terhadap kajian pasaran lebih berkesan dibantu dengan TRIZ dalam analisis keperluan pasaran untuk masa hadapan. Ianya adalah kaedah penyelesaian masalah secara inventif terkini yang menitikberatkan penyelesaian masalah secara sistematik, berstruktur dengan menekankan aspek lebih baik (better), murah (cheaper) dan lebih cepat (faster).

Dalam pertandingan ini setiap kumpulan kecil mahasiswa menggunakan kaedah Teori Penyelesaian Masalah Inventif TRIZ (TRIZ) dalam mendapatkan penyelesaian masalah berkaitan dengan isu keselamatan. Program ini juga dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui Sijil Profesional TRIZ level 1 for Practitioner.

Projek inovasi melalui proses penjurian. (FOTO UMP)

Menurut Imanuddin, kesemua aspek kemahiran ini amat penting dan merupakan kunci utama dalam memperoleh pekerjaan apabila tamat pengajian kelak. Ianya juga dapat mengasah kemahiran insaniah mahasiswa dalam berfikir secara kritikal dalam penyelesaian masalah yang dihadapi.

Projek yang dipamerkan ini juga merupakan projek akhir mahasiswa yang dinilai pihak panel dalaman dan industri luar.
Imadduddin bersama sebahagian peserta pertandingan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran Subjek UHS2021 Soft Skill II. (FOTO UMP)

Pertandingan menyaksikan Anugerah Khas Industri (ICON) dimenangi Projek Multifunctional Dustbin hasil ciptaan kumpulan yang terdiri daripada Kum Yong Fang, Allen Lee Wei Kiat, Sean Senn A/L Pow Chiok,Yong Yan Li dan Teong Chi Qi.

Bagi Anugerah Khas Kreativiti My TRIZ pula telah dimenangi menerusi produk Plastic Waste Collector hasil ciptaan Muhammad Syamil Sulaiman, Radfan Abdul Malek Mohammed Abdo AlQadhi,Teng Kar Hooi, Nur Syahirah Mohd Razi,Tan Choo Chien, Muhammad Hanif Kamarudin dan Muhammad Asyraf Hasan.

Manakala Anugerah Khas Jabatan Jaringan industri & Masyarakat (JJIM) menerusi projek Waterproof Umbrella Holder menerusi penyelidikan daripada Muhammad Syamil Sulaiman,Radfan Abdulmalek Mohammed Abdo AlQadhi,Teng Kar Hooi, Nur Syahirah Mohd Razi, Tan Choo Chien, Muhammad Hanif Kamarudin dan Muhammad Asyraf Hasan.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SERAMAI 300 pelajar sekolah rendah dan menengah yang terdiri daripada anak-anak golongan berpendapatan rendah (B40) sekitar Kuantan dan Pekan seronok menerima pakaian dan...
IPOH - Sebanyak 41 pemain industri telah menyertai dialog untuk tahun kedua diadakan di Dewan Bankuet FAMA, RTC Gopeng, Ipoh Perak. Dialog yang bertemakan Kolej Komuniti Pembekal...
BERTERASKAN perkongsian kepakaran kejuruteraan antara penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah (SMKIS) Jasin di bawah...
KONSEP Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara...
Seramai 300 pelajar sekolah rendah dan menengah yang terdiri daripada anak-anak golongan berpendapatan rendah (B40) sekitar Kuantan dan Pekan seronok menerima pakaian dan...
Bermatlamatkan menggalakkan pembudayaan dan perkongsian idea