> PAHANG > My little pony dan aiskrim tip top percuma jadi tarikan murid Sk Kampong Padang
My little pony dan aiskrim tip top percuma jadi tarikan murid Sk Kampong Padang

KUANTAN – 'My Little Pony' melayani murid menikmati aiskrim percuma menjadi tarikan kepada para pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Padang, Kuantan dalam satu Program Khas Kesukarelawanan –'boleh kami bantu' yang disertai oleh Briged Sukarelawan (BriSK) Kolej Komuniti Kuantan yang terdiri daripada 20 orang pelajar Sijil Teknologi Senibina.

Program Khas Kesukarelawanan-"boleh kami bantu" sempena Hari Pendaftaran Pelajar Sekolah Rendah 2019 di SK Kampong Padang, Kuantan ini merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Politkenik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan diselaraskan oleh Unit Pembangunan Pelajar, Kolej Komuniti Kuantan.

Pegawai Pembangunan Pelajar, Kolej Komuniti Kuantan, Nur Fatihah Che Ruzlan berkata, para sukarelawan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditempatkan di kelas-kelas Pra-Sekolah dan Tahun Satu bagi membantu para guru dan para pelajar.

Bergambar bersama Guru Besar SK Kampong Padang, Nawawi Sarupin (tengah, depan)

“ Fokus pada hari ini adalah untuk membantu para guru, ibu bapa dan juga pelajar. Antara bantuan yang diberikan adalah membantu para guru menyediakan keperluan mengajar, membantu pelajar ke tandas dan membantu pelajar membeli makanan di kantin.

“Program yang dirancang berjalan lancar apabila mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pihak pengurusan SK Kampong Padang, Kuantan,” katanya.

Penuntut Kolej Komuniti Kuantan memberi informasi berkenaan kolej itu kepada orang awam

Katanya, pihak amat berterima kasih kepada Guru Besar SK Kampong Padang, Nawawi Sarupin, semua guru serta kakitangan yang telah membantu Kolej Komuniti Kuantan dalam menjayakan program ini dari awal hingga akhir.

Sementara itu, Pegawai Keusahawanan, Kolej Komuniti Kuantan, Suriati Ahmad berkata, Unit Keusahawanan menyediakan 150 kon aiskrim percuma dan pemilihan kostum “My Little Pony” yang dipakai oleh salah seorang sukarelawan adalah untuk menghiburkan para pelajar.

Penuntut Kolej Komuniti Kuantan membantu murid ketika sesi pembelajaran

“ Pelbagai ragam boleh dilihat pada hari pendaftaran lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang baharu pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan rendah. Jadi dengan kemunculan watak kartun tersebut diharapkan dapat memberikan keceriaan dan menaikkan sedikit semangat buat para pelajar tersebut.

“Selain itu, para sukarelawan juga turut mengagihkan risalah program pembelajaran sepenuh masa yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Kuantan kepada para ibu bapa yang turut hadir pada hari ini dalam usaha untuk memperkasakan lagi kewujudan dan peranan Kolej Komuniti Kuantan kepada masyarakat setempat,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUCHING - Lodge National Secondary School mencatat sejarah apabila berjaya menganjurkan STEM Expo and Seminar bertajuk A Day In Science 2018. Program dijayakan dengan kerjasama...
NILAI - Program kemasyarakatan anjuran pelajar fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi MARA Puncak Alam menjadi tarikan kepada penduduk kaum orang asli di Tadom Hill Nilai di...
Penyelidik UUM beraksi cemerlang apabila merangkul pingat emas sempena International Research Innovation, Invention & Solution Exposition (IRIISE 2018) di Universiti Malaya (UM),...
KUALA NERUS - Menerusi tema Memartabatkan Seni Budaya Tradisional, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) buat julung kalinya diberi kepercayaan sebagai tuan rumah sempena Program...
Penggalakkan minat para pelajar sekolah terhadap subjek-subjek berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) merupakan salah satu usaha yang dijalankan oleh...
KUALA TERENGGANU – University College Bestari (UCB) akan menyediakan makanan percuma selama setahun kepada 200 pelajar terpilih terdiri dalam kalangan keluarga miskin bermula...