> UTARA > Penyelidikan perlu ada nilai dan integriti yang tinggi
Penyelidikan perlu ada nilai dan integriti yang tinggi

SINTOK - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad mahu penyelidikan yang dijalankan perlu mempunyai nilai dan integriti yang tinggi dalam menghasilkan output.

Katanya, plagiarism, free rider, conflict of interest, dishonesty merupakan kecurangan akademik yang perlu dielakkan dalam penyelidikan yang dijalankan.

“Kita mendapat maklum bahawa agenda ranking adalah penting, namun tidak menjadi keutamaan jadi, kita telah merancang lebih awal melalui Blueprint RICE (Research, Innovation, Commercialisation, & Enterprenuership) bahawa kita perlu berfikir di luar dari ranking.

“Dalam memperkasakan R&D UUM, peranan pelbagai jabatan sangat penting dalam memacu aktiviti kesarjanaan universiti. Impak dan visibility penyelidikan yang lebih baik akan menarik pihak luar untuk berkolaborasi bersama UUM dalam projek penyelidikan atau komuniti,”katanya.

Beliau berkata demikan dalam Majlis Penghargaan Penerima Skim Geran Dana Penyelidikan KPM di Dewan Seminar Pusat Islam, semalam.

Untuk tahun 2018, UUM telah berjaya memperoleh 67 geran dengan melibatkan jumlah sebanyak RM4,951,343.00.

Dr. Ayoib juga mahu ia menjadi satu budaya baharu kepada staf akademik supaya lebih relevan kepada masyarakat seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mendapatkan dana penyelidikan.

Menurutnya, pihaknya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak urus setia dan Research and Innovation Management Centre (RIMC) secara amnya kerana mengadakan majlis penghargaan walaupun kita di penghujung tahun 2018.

“Alhamdulillah kita berjaya mendapat dana yang kita tunggu-tunggu dan ini akan dapat meningkatkan moral penyelidik kita untuk terus menghasilkan penyelidikan yang berkualiti

“Dengan desakan pengukuran pencapaian KPI yang semakin bertambah, penawaran geran yang kompetitif, penguncupan dana, keperluan visibility serta pelbagai agenda antara cabaran baharu yang perlu diambilkira bagi kelestarian dan penambaikan ekosistem R&D,”katanya.

Sebahagian penyelidik merakam kenang-kenangan dalam Majlis Penghargaan Penerima Skim Geran Dana Penyelidikan KPM

Dr. Ayoib mahu melihat sinergi yang lebih berkesan diperlukan di kalangan PTJ dalam menambah baik sistem penyampaian dalam ekosistem R&D universiti.

Beliau juga mahu melihat para penyelidik perlu mengambil peluang di mana kekuatan yang bersandarkan kepada sains sosial selain perlu menjadi juara bagi memanusiawi pembentukan polisi dan teknologi ciptaan manusia.

Tambahnya, para penyelidik juga harus berpegang kepada kekuatan diri dengan meneruskan kecemerlangan dalam penyelidikan yang menyumbang secara langsung kepada komuniti/masyarakat, inovasi sosial dan perkhidmatan profesional yang berkaitan.

Jelasnya, penyelidik perlu mahir bukan sahaja dalam bidang kepakarannya tetapi juga dalam perkara lain yang berkaitan seperti pengurusan, komunikasi, kepimpinan dan hubungan dengan pihak lain.

“Penyelidik juga bertanggungjawab memikirkan bagaimana pengetahuan atau teknologi yang dihasilkan dapat dipindahkan melalui knowledge transfer atau technology transfer.

“Tahniah saya ucapkan tahniah kepada semua penerima geran penyelidikan KPM bagi tahun 2018 semoga dapat menyempurnakan tugasan dan menghasilkan penyelidikan bermutu yang menyumbang kepada negara,” katanya.

Sementara itu, penerima skim Geran Dana Penyelidikan KPM 2018, Dr. Azlizamani Zubir @ Salim berkata, kajian yang dijalankan mengenai indeks organisasi untuk mengukur tahap kecerdasan buatan (artificial intelligence) staf akademik universiti awam di seluruh negara dalam menghadapi cabaran revolusi industri 4.0.

“Kajian bertajuk Developing Executive Intelligence Index among Public Universities Academicians: Bridging the Gap in the Fourth Industrial Revolution as Fundamental Research memfokuskan 3 zon iaitu utara, tengah dan selatan,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SHAH ALAM - Kerajaan belum memutuskan sama ada akan meneruskan atau tidak, pemberian Baucer Buku 1Malaysia kepada pelajar universiti dan pra universiti yang layak pada tahun...
PENGKALAN CHEPA - Penuntut Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Ahmad Faizrie Abdul Rasip, 21, dinobatkan sebagai johan pada Pertandingan Pidato Piala Timbalan Naib Canselor...
KOTA BHARU – Universti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya menghimpunkan kira-kira 100 pemain industri bagi tujuan mengkomersialkan hasil penyelidikan dan inovasi universiti...
Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Yaakob telah melantik semula kedua-dua Pro-Canselor UTeM, Tan Sri Datuk...
Kerja pemasangan dan penurunan gegantung juga boleh mengundang masalah sampingan termasuklah kerosakan kepada tanaman sekitar tiang lampu.
KUALA LUMPUR - Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini telah mengukuhkan kerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Asia bagi Teknologi Pintar atau Asia Center of Excellence for...