> PAHANG > UMP dan Perhebat bantu perkasa bakal pesara tentera
UMP dan Perhebat bantu perkasa bakal pesara tentera
MIMI RABITA, UMP Jumaat | 4 Januari 2019

UNIVERSITI Malaysia Pahang (UMP) jalin kerjasama dengan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat) dalam menyediakan program kemahiran dan latihan yang bersesuaian bagi memperkasakan pembangunan sosioekonomi veteran dan bakal pesara tentera.

Program yang bakal dijalankan UMP melalui anak syarikatnya, iaitu UMP Advanced Education (UMPA) ini tidak hanya mencakupi program pembangunan modal insan termasuk program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) malah ia melibatkan kerjasama lain seperti perundingan, kepakaran UMP dan apa jua bidang diperlukan bagi menyokong keperluan tenaga kerja terlatih diperlukan industri.

Dr. Daing Nasir bersama staf UMP dengan menunjukkan gaya tangan UMP bertaraf 5 Bintang. (FOTO UMP)
Melalui latihan peralihan ini, anggota tentera tersebut mempunyai nilai tambah untuk menyokong keperluan dalam pasaran pekerjaan di pelbagai industri atau memilih untuk bekerja sendiri sebagai kelangsungan hidup sejurus tamat perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kelak.

Berlangsung baru-baru ini, Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Sri Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Pengerusi PERHEBAT, Lt. Jen. Datuk Sri Abdul Aziz Ibrahim (B) dengan disaksikan Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu yang hadir mewakili Perdana Menteri Malaysia bersempena Majlis Konvokesyen Perhebat ke-52 yang berlangsung di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia Kuala Lumpur.

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Dr. Daing Nasir dan Abdul Aziz dengan disaksikan Mohamad Sabu. (FOTO UMP)

Menurut Dr. Daing Nasir, melalui kerjasama strategik ini, UMP juga akan mewujudkan kampus satelit Perhebat di UMP bagi tujuan penyelarasan segala aktiviti latihan bagi tujuan manfaat bakal pesara dan veteran ATM.

“Kampus ini juga bertindak sebagai Pusat Sehenti untuk pengurusan program latihan kepada veteran tentera khusus bagi mereka di negeri Pahang. UMP menawarkan kepakaran dalaman bagi melaksanakan program latihan termasuk kepakaran pensyarah berpengalaman,” katanya dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced Education, Dr. Mohamad Rozi Hassan dan pegawai universiti.

Program kerjasama ini juga menyasarkan 400 hingga 500 orang bakal pesara dan veteran ATM yang akan menjalani latihan sosioekonomi dan program PSH di UMP Advanced bagi tahun 2019 ini.

Konvokesyen Perhebat ke-52. (FOTO UMP)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
UNIVERSITI Malaysia Pahang (UMP) menjalinkan kerjasama dengan Confucius Institute Headquaters (Hanban) dalam penubuhan Institut Confucius atau Kong Zi Institute
PADA 2016, negara pernah digemparkan kejadian seorang pelajar Universiti Awam (UA) terpaksa menahan lapar sehingga menyebabkan ususnya tercedera kerana keadaan kewangan yang...
KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjadi universiti awam pertama di Malaysia menggunakan Teknologi Blockchain bagi Pengesahan Perakuan Sijil UMP Valid8 yang bakal...
SEBAGAI langkah mengurangkan kesan akibat pemanasan global dan penghijauan kampus, seramai 1,000 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menanam sebanyak 1,000 pokok...
KUANTAN - Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan Pahang Fox Hunting 2018 melibatkan 101 pelajar dari sembilan sekolah sekitar...
UNIVERSITI Malaysia Pahang (UMP) dan Mercedes-Benz (Malaysia) Sdn. Bhd. memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama industri, penyelidikan, pembangunan akademik dan...