> UTARA > Cinta kasih Rasulullah kepada umat tidak berbelah bagi- Ustaz Hanafiah
Cinta kasih Rasulullah kepada umat tidak berbelah bagi- Ustaz Hanafiah
SITI FATIMAH ABDULLAH, UUM Jumaat | 4 Januari 2019

Rasulullah sangat mencintai umat buktinya ketika berada di sisi isterinya, Khadijah seorang tokoh hebat yang berkorban seluruh kekayaannya demi agama, sedang sakit tenat diambang kewafatan.

“Melihat wajah Khadijah yang semakin lemah, Rasulullah bertanya, apa yang engkau hajatkan wahai Khadijah?

Khadijah memegang tangan nabi, wahai Rasulullah dulu pada permulaan engkau sebarkan syariat Islam ketika itu tanganku penuh dengan gelang-gelang emas maka aku berkorban semuanya sehingga hari ini tiada seurat gelang di tanganku.

Bolehkah doa istimewa yang Allah beri kepada setiap rasul kau berikan kepadaku, doa istimewa itu didoakan untukku?

“Setiap nabi Allah beri 1 peruntukan doa yang Allah kabulkan serta merta, lalu baginda menjawab, aku tangguhkan doa istimewa itu sebagai syafaat pertolongan untuk umatku di akhirat.

“Bayangkan, doa istimewa itu pun Rasulullah nak bagi kepada umatnya yang tercinta apabila dihimpun di padang mahsyar maka dialah tokoh rasul yang cintakan umat.”

Demikian bingkisan Ustaz Hanafiah Abdul Razak, Ahli Falak, Jabatan Mufti Johor Merangkap Imam Masjid Kota Iskandar, Johor dalam Ceramah Khas Maulidur Rasul 1440H yang disampaikan selesai solat Isyak pada Majlis Iftor Jama’ie dan Solat Hajat Perdana Sempena Peperiksaan Akhir Semester di Masjid Sultan Badlishah, Pusat Islam.

Ceramah Khas Maulidur Rasul 1440H yang disampaikan selepas selesai solat Isyak di Masjid Sultan Badlishah, Pusat Islam.

Ujarnya, Allah isytihar 3 keunggulan Rasulullah yang tiada tolok bandingan dalam surah Surah At-Taubah ayat 128 yang bermaksud:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

Ujarnya, Allah gambarkan baginda sebagai rasul yang berat bahunya memikul masalah umat. Rasulullah benar-benar mengambil berat tentang umatnya di dunia dan akhirat.

Baginda juga sangat berwawasan yang menginginkan umatnya sentiasa mendapat peliharaan Allah.

Buktinya, baginda selalu menjadi orang terakhir meninggalkan masjid Nabawi kerana berdoa terlalu panjang sehingga menimbulkan kehairanan kepada Abu Hurairah RA.

Lalu Abu Hurairah bertanya tentang apa yang didoakan kepada Allah, Rasulullah menyatakan tiga perkara yang selalu dipanjatkan doa agar umatnya dijauhi dari tiga perkara.

“Aku rayu pada Allah janganlah umatku yang beriman ini dibinasakan akibat banjir besar seperti yang telah melanda umat Nabi Nuh AS. Permohonanku ini dikabulkan oleh Allah.

“Aku memohon kepada Allah agar Dia tidak membinasakan umatku dengan musim kemarau yang berpanjangan. Permohonanku yang ini pun dikabulkan oleh-Nya.

“Ketiga, aku memohon kepada Allah agar umatku terbebas dari pergaduhan sesama mereka seperti peperangan, pertelingkahan sesama umat Islam tetapi permohonanku yang ini tidak dikabulkan dan ditolak oleh-Nya,” kongsinya.

Maka umat Islam tidak perlu khuatir apabila didatangkan dua bencana kerana kita telah mendapat doa Rasulullah yang menunjukkan Rasul mengambil berat soal kebajikan agar janganlah umatnya papa kedana disebabkan banjir dan kemarau.

Kenapa bumi ini Allah datangkan musibah banjir dan kemarau? Apabila banyak berlaku pencemaran air, tanah dan udara bumi dipulihkan. Bila tercemar bukan manusia sahaja yang menghadapi masalah tapi semua benda hidup.

Antara jemaah wanita yang hadir di Ceramah Khas Maulidur Rasul 1440H dan Solat Hajat Perdana Sempena Peperiksaan Akhir Semester.

Allah lantik manusia sebagai pentadbir tetapi manusia tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik akibatnya berlaku pencemaran yang mana di bumi Allah ada 17,000 jenis makhluk dan bila tercemar akan pupus.

Manusia ada 2 unsur penting iaitu akal yang melahirkan fikiran dan nafsu yang melahirkan perasaan, hebatnya manusia tetapi manusia macam-macam akal.

Oleh itu, untuk pulihkan air, tanah, udara Allah limpahkan air berlebihan dari langit (banjir) dan Allah tahan air hujan dari langit sehingga berlakulah kemarau lalu bumi dibersih dan dipulih.

“Kita amat bertuah dan lahirkan penghargaan kepada junjungan besar Rasulullah kerana Rasulullah memahami perkara ini dan mengambil berat soal kebajikan umat jadi kehidupan Rasulullah sejak lebih 1,400 tahun bermanfaat sebagai pegangan kita,” katanya.

Selain itu katanya, mahasiswa diajar mengurus dan mentadbir yang penting dalam kehidupan dan perlu bijak membuat pilihan dan keputusan agar bermanfaat.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Alhamdulillah, sesungguhnya rezeki Allah itu tidak pernah salah alamat. Ternyata segala perih jerih dan usaha yang disumbangkan selama 11 minggu hingga melayakkannya ke Pentas...
BERBAKAT dan minat dalam bidang debat, itulah yang dimiliki personaliti Ikon kali ini, Siti Aisyah Baharuddin.
Berita seseorang individu mati mengejut bukan mengejutkan lagi masyarakat moden hari ini. Pelbagai penyakit merisikokan kita semua, tanpa mengira bangsa dan agama. Penyakit jantung...
Sebelum bergelar Muslim, insan ini terlebih dahulu menganut tiga agama yang berbeza dalam hidupnya. Agama pertama anutannya ialah kepercayaan animisme yang menjadi amalan tradisi...
KISAH Mohd Alif Jasni, 30, ini boleh dikatakan satu di antara ribuan yang jarang-jarang ditemui. Menghidap penyakit Arnold Chiari Malformation iaitu kecacatan struktur di pangkal...
Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial di seluruh dunia mengenai 'Keke Challenge', iaitu sebuah tarian ringkas yang menampilkan lagu terbaru 'In My Feelings'...