> UTARA > Malam Sekalung Budi tanda penghargaan UUM kepada pesara
Malam Sekalung Budi tanda penghargaan UUM kepada pesara

Bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan 74 warga universiti yang bersara pada tahun ini, Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Majlis Malam Sekalung Budi di Dewan Sri Angsana, EDC Hotels & Resorts, baru-baru ini.

Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, majlis tersebut bertujuan meraikan staf yang telah mencurahkan khidmat bakti kepada universiti hingga ke saat persaraan mereka.

Menurutnya, majlis itu sebagai tanda penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada seluruh warga UUM atas segala khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan dengan penuh dedikasi, sekali gus banyak membantu kepada kecemerlangan sehingga berjaya menempa nama di peringkat global.

Katanya, seramai 74 staf universiti yang diraikan dan daripada jumlah tersebut 26 orang bersara wajib, 36 lagi bersara pilihan, dua orang bersara atas sebab kesihatan, 10 orang telah kembali ke rahmatullah dan dengan jumlah persaraan pada tahun ini menjadikan keseluruhan pesara UUM sejak ditubuhkan adalah seramai 427 orang.

Naib Canselor UUM (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata pada Majlis Malam Sekalung Budi.

“Alhamdulillah sebagai pesara UUM, kita amat bertuah kerana dapat menikmati pelbagai kemudahan pada peringkat prapersaraan dan pascapersaraan.

“Universiti telah menyediakan pelan persediaan persaraan kepada setiap staf, tiga tahun lebih awal dari tarikh persaraan misalnya bakal pesara disediakan Kursus Peralihan Persaraan selama tiga bulan dalam tempoh dua tahun dari tarikh persaraan,” katanya.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Faudziah Zainal Abidin berkata, apabila berurusan dengan manusia kita perlu ikut peraturan dan polisi yang ditetapkan.

“Selalu bercakap yang benar, jujur dan jangan sesekali menipu kerana akan menyusahkan kita di kemudian hari.

“Buat kerja bersungguh-sungguh jangan lepas tangan kerana kita bukan pekerja taraf C sebaliknya buat kerja taraf A+, bekerja lebih baik dari sasaran tak kiralah kerja apapun yang diamanahkan.

“Bila orang sebut kita, orang nampak kualiti dan yakin dengan kita, yang penting, komitmen, dedikasi, passionate dan kerja keras,” luahnya.

Ujarnya, semua pihak tidak kira sama ada pelajar atau staf, objektif kita satu, untuk menaikkan nama UUM.

Prof. Madya Dr. Faudziah Zainal Abidin (kiri, baju biru) bersama pesara UUM diraikan pada Majlis Malam Sekalung Budi di Dewan Sri Angsana, EDC Hotels & Resorts.

“Pelajar kita bukan sahaja duduk dalam kuliah tetapi terlibat dengan program dan pertandingan dengan bersungguh-sungguh begitu juga pensyarah bukan sahaja mengajar malah menghasilkan penyelidikan dan inovasi sehingga mendapat pengiktirafan.

“Kalau orang tak kenal UUM terutamanya pihak atasan macam mana kita nak buat kerjasama?” katanya.

Beliau bersyukur dan berasa bertuah kerana sepanjang kerjaya 30 tahun di UUM beliau dapat berinteraksi dengan pelajar, pensyarah dan staf pentadbiran serta menimba pengalaman bermakna.

Sepanjang 2018 seramai 28 staf telah menjalani kursus peralihan persaraan dengan pembiayaan penuh oleh universiti misalnya perhotelan, pertanian, kulinari, keusahawanan, pembelajaran agama dan fotografi.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Al-Madinah International University (Mediu) akan menawarkan sebanyak 500 tempat kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Pelajaran...
GOMBAK - Seramai 5,413 graduan akan diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) yang ke-34. Majlis ini dijadualkan berlangsung sebanyak tujuh...
Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan kali ke-14 bakal berlangsung pada September ini. Berikut merupakan butirannya: Tarikh: 4 - 5 September 2018 Lokasi: Pusat...
CHANGLON – Guru Jahitan di Pusat Latihan Belia Negara Peretak (PLBNP) Kuala Kubu Bharu, Selangor tahun 1969 hingga 1991 Soin Haron dikunjungi oleh Presiden Persatuan Alumni...
Majlis Konvokesyen sememangnya saat yang dinanti-nantikan oleh para graduan. Majlis penuh berprestij ini diadakan demi untuk memberi pengiktirafan dan meraikan para graduan yang...
Kunjungan semula Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali ke alma mater mereka.