> PERAK > Pusat Ulul Albab, Pinta Kebangsaan anjur kursus sijil pengurusan institusi tahfiz al-Quran
Pusat Ulul Albab, Pinta Kebangsaan anjur kursus sijil pengurusan institusi tahfiz al-Quran
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 7 Januari 2019

TANJUNG MALIM - Buat julung kalinya, Pusat Ulul Albab dengan kerjasama Gabungan Persatuan Insitusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta Kebangsaan) menganjurkan Kursus Sijil Pengurusan Institusi Tahfiz Al-Quran di Scholar’s Suites UPSI baru-baru ini.

Kursus yang disertai oleh 32 orang Ahli Jawatankuasa Pinta Kuala Lumpur ini adalah kesinambungan daripada MoU yang telah dimetrai pada 12 Oktober 2018 yang lalu.

Pengerusinya, Ustaz Mohd Zahid Mahmood, berkata, Pinta berhasrat agar seluruh pengurusan madrasah tahfiz dapat merealisasikan persijilan pengurusan tahfiz, sebagai persediaan ke arah memartabat dan memperkasakan seluruh institusi tahfiz di Malaysia.

Sebahagian peserta yang mengikuti Kursus Sijil Pengurusan Institusi Tahfiz Al-Quran di Scholar’s Suites UPSI baru-baru ini.

“Pinta Kebangsaan adalah sebuah Persatuan NGO yang telah didaftarkan dengan ROS pada 10 Februari 2016. Ahli PINTA adalah terdiri daripada gabungan 14 buah Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran peringkat negeri. Sehingga kini, terdapat 700 madrasah yang berdaftar di bawah PINTA, dengan jumlah asatizah/guru-guru seramai 2800 orang dan jumlah pelajar seramai 35,000 orang,”.

“Majoriti ahli Pinta menyediakan pendidikan Tahfiz untuk menghafal 30 juzuk Al Quran, dan terdapat sebilangan kecil Institusi Tahfiz Al Quran yang menyediakan pengajian Tahfiz Al Quran dan 'Alim (Pengajian Islam dan Bahasa Arab), terdapat juga sejumlah yang menyediakan Tahfiz dan Akademik,” katanya.

Mohd Zahid berkata, bagi merealisasikan visi Pinta ke arah memartabatkan Pendidikan Tahfiz al-Quran di Malaysia, Pusat Ulul Albab UPSI tampil kehadapan merangka kursus-kursus ini yang dilaksanakan dalam 2 bentuk pensijilan, iaitu (1) Sijil Pengurusan Institusi Tahfiz al-Quran khusus untuk pentadbir dan pengurus Tahfiz dan (2) Sijil Asas Pengajaran dan Pembelajaran Tahfiz al-Quran khusus untuk asatizah/guru-guru tahfiz.

Sebahagian peserta yang terlibat dalam Kursus Sijil Pengurusan Institusi Tahfiz Al-Quran di Scholar’s Suites UPSI baru-baru ini.

”Antara tajuk/modul yang telah dibentangkan dalam kursus yang dikendalikan oleh dua orang Pensyarah Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, iaitu Prof. Madya Dr Abd Rahman Abd Ghani dan Dr Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi, adalah Falsafah, Perkembangan dan Prospek Pendidikan Tahfiz di Malaysia, Pengurusan Institusi Tahfiz dari aspek Kurikulum dan Ko-Kurikulum, Pentadbiran dan Kewangan dalam Pengurusan Institusi Tahfiz, dan Isu-isu Kontemporari dan Pengurusan Pendidikan Tahfiz di Malaysia,” ujar beliau.

Sementara itu, Pengarah Pusat Ulul Albab, Ustaz Wan Ahmad Zakry Wan Kamaruddin berkata, semoga dengan terlaksananya program kali ini, ianya akan menjadi pencetus dan permulaan kepada program-program seterusnya yang melibatkan penyertaan keseluruhan pentadbir dan asatizah di bawah Pinta Kebangsaaan termasuk Pinta negeri melalui dua kursus pensijilan ini.

“Sebagai sebuah Universiti no.1 Pendidikan, Upsi percaya dan yakin dapat membantu pihak Pinta khasnya dalam merealiasasikan halatuju dan visinya bagi memartabat dan memperkasakan seluruh institusi tahfiz al Quran di Malaysia,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima kemasukan 2,451 pelajar baharu bagi sesi kemasukan 2018/2019 hari ini, makin memperlihatkan ia sebagai salah sebuah...
ARAU - Buat julung kalinya dalam sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya merangkul lima anugerah utama dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2017 yang...
Tidak dinafikan, menjadi kelompok intelektual bukan satu perkara mudah. Malah, kelompok ini juga menjadi pemberdaya kepada segala bentuk perubahan. Di Malaysia sendiri, tiada...
PERMATANG PAUH - Politeknik Seberang Perai (PSP) buat julung kalinya menandatangani perjanjian kolaborasi (COC) bersama sembilan agensi dan industri di sekitar Pulau Pinang sebagai...
KUALA NERUS - Menerusi tema Memartabatkan Seni Budaya Tradisional, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) buat julung kalinya diberi kepercayaan sebagai tuan rumah sempena Program...
KUALA NERUS - Berbekalkan semangat juang yang tinggi, Leftenan Madya Ahmad Irfan Afif Azman yang menganggotai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) bagi...