> PAHANG > UMP duduki tangga ke-97 terbaik dunia dalam penarafan universiti hijau
UMP duduki tangga ke-97 terbaik dunia dalam penarafan universiti hijau
BERNAMA Selasa | 8 Januari 2019

KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya memperbaiki kedudukan daripada tangga ke-107 pada 2017 kepada ke-97 terbaik dunia dalam Penarafan UI-GreenMetric World University Ranking tahun lepas.

Keputusan itu juga menjadikan UMP berada pada kedudukan keenam terbaik di Malaysia, ke-29 terbaik Asia dan kedudukan ke-16 Asia Tenggara berdasarkan usaha kelestarian kampus hijau dan pengurusan alam sekitar yang telah diumumkan baru-baru ini.

Penilaian ini dibuat berdasarkan enam kriteria utama iaitu keluasan tanah dan infrastruktur (15 peratus), tenaga dan perubahan iklim (21 peratus), sisa buangan (18 peratus), air (10 peratus), pengangkutan (18 peratus) dan Pendidikan (18 peratus).

Naib Canselor UMP Prof Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim dalam satu kenyataan berkata pencapaian itu merupakan komitmen berterusan pihak universiti terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar melalui pelbagai aktiviti pengajaran, penyelidikan, kokurikulum dan sistem pengurusan kualiti berteraskan pengurusan alam sekitar yang berkesan.

"Agenda penghijauan kampus dan penjimatan antara yang sering menjadi keutamaan universiti dalam setiap perancangan dan belanjawan tahunan.

"UMP juga mengamalkan konsep 3R (Reduce, Reuse & Recycle), dalam menguruskan pelbagai jenis bahan buangan yang dihasilkan oleh universiti.

"Malah, universiti turut memastikan satu sistem pengurusan berkesan dalam menyingkirkan bahan buangan universiti dan pelupusan sisa yang mampan serta bertanggungjawab,” katanya.

Warga UMP juga, katanya akan terus memberikan sepenuh komitmen dan sumbangan dalam mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti seharian.

Mereka juga menggunakan sumber secara optimum tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang demi memperjuangkan masa hadapan yang mapan dan kesejahteraan bumi.- Bernama.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SEBAGAI langkah mengurangkan kesan akibat pemanasan global dan penghijauan kampus, seramai 1,000 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menanam sebanyak 1,000 pokok...
Siapa kata mahasiswa kejuruteraan tak hebat di pentas seni.
KUANTAN – Proses pendaftaran mahasiswa baharu Universiti Malaysia Pahang (UMP) dipermudahkan menjadi kurang satu minit setiap orang pada kali ini bagi meringankan urusan keluarga...
Program ini merupakan penganjuran kali ke-3 ini merupakan platform terhadap penilaian dalam meningkatkan aspek kemahiran insaniah
KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) melakar sejarah membanggakan apabila mencatatkan pencapaian terbaik dalam QS University Ranking Asia: 2019 dengan memperbaiki kedudukan...
KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Hassan II Casablanca yang terkenal dengan sekolah kejuruteraannya. Kerjasama...