> SEL KL > Foresight Lab: Perpustakaan Masa Depan, PTAR UiTM Shah Alam
Foresight Lab: Perpustakaan Masa Depan, PTAR UiTM Shah Alam
UiTM SHAH ALAM Selasa | 8 Januari 2019

SHAH ALAM - Sejajar dengan pemodenan teknologi dan perubahan dalam lanskap pendidikan di negara ini, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengambil langkah awal bagi mentransformasikan dan memantapkan lagi peranannya ke arah menjadikan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran, penyelidikan dan pengajaran yang lebih dinamik.

Di samping itu, bengkel ini juga menjadi satu platform kepada pustakawan UiTM bagi membuat perancangan dan halatuju baharu perpustakaan yang lebih mampan dan kekal relevan untuk tempoh yang akan datang.

Bengkel yang diadakan di Institute of Leadership and Development (ILD), Bandar Enstek, Negeri Sembilan selama tiga hari dua malam ini dikendalikan oleh mantan Timbalan Naib Canselor UiTM Prof Sr Ir Dr Suhaimi Abdul Talib yang juga merupakan Pengerusi, UiTM Private Education Sdn. Bhd.

Antara objektifnya adalah bagi mewujudkan model penstrukturan perpustakaan yang mampan dengan output yang jelas selaras dengan perubahan landskap Pendidikan Tinggi. Selain itu, menghasilkan perancangan sistem penyampaian perkhidmatan perpustakaan berdasarkan teknologi dan inovasi yang dapat mewujudkan konsep perpustakaan yang lebih dinamik.

HANI LIZA

Menurut Timbalan Ketua Pustakawan, Hani Liza Norfin, inisiatif ini juga adalah bagi memperkasakan peranan perpustakaan dengan mengenalpasti fungsi perpustakaan yang perlu dikekalkan, ditiadakan atau dipertingkatkan agar terus berdaya saing seiring dengan trend global.

Bengkel ini juga dapat menghasilkan dan menyediakan staf perpustakaan yang berinovasi dan berdaya saing bagi mendepani cabaran dan perubahan yang akan berlaku pada masa hadapan.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SHAH ALAM - Program [email protected], telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YBhg Dr. Maszlee Malik dalam satu majlis yang telah diadakan di Dewan Agung Tun Canselor (DATC),...
PERSATUAN Autisme Kebangsaan Malaysia (Nasom) menerima sumbangan sebanyak RM12,950, daripada penganjur Kuliah Tun Abdul Razak Ke-10, iaitu Universiti Ohio, Universiti Teknologi...
Dr Maszlee Malik telah dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang baharu. Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), DYMM Sultan...
SHAH ALAM - Kira-kira 120 mahasiswa Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menyertai Edu Fair Bank Rakyat 2018 yang dijalankan di...
Program kesedaran aktiviti sukan renang telah diadakan pada 8 Disember 2018 lalu bertempat di Kolam Renang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah memperolehi 2,124 geran penyelidikan dengan jumlah keseluruhan dana hampir RM128 juta sejak penubuhannya.