> PAHANG > 23 calon pertaruh manifesto tersendiri bagi merebut kerusi JPP Kolej Komuniti Kuantan 2019
23 calon pertaruh manifesto tersendiri bagi merebut kerusi JPP Kolej Komuniti Kuantan 2019

KUANTAN - Seramai 314 orang pelajar Kolej Komuniti Kuantan telah menunaikan tanggungjawab membuang undi bagi pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Komuniti Kuantan 2019 atau turut juga dikenali sebagai Pilihan Raya Kampus (PRK), sempena Pilihan Raya Kampus Politeknik dan Kolej Komuniti yang diadakan serentak seluruh Malaysia pada 9 Januari.

Proses Pilihan Raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Komuniti Kuantan sesi 2019 telah pun bermula pada 2 Januari 2019 bagi Hari Penamaan Calon, pengumuman rasmi calon-calon bertanding pada 3 Januari 2019 dan tempoh berkempen pula pada 4-8 Januari 2019.

Pegawai Pembangunan Pelajar, Kolej Komuniti Kuantan, Nur Fatihah Che Ruzlan, berkata pelaksanaan Pilihan Raya Kampus adalah saluran terbaik bagi mencari pucuk pimpinan mahasiswa yang mampu berbakti, berjuang dan menjalankan tanggungjawab diberikan.

“Pelajar diberikan kebebasan sepenuhnya dalam menentukan acuan kepimpinan mereka sendiri. Jawatankuasa yang dibentuk daripada kuasa pemilihan pada setiap warga pelajar Kolej Komuniti Kuantan akan membuka era kepimpinan mahasiswa yang berkaliber dan berkarisma. Setiap calon yang bertanding mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri,” katanya.

Ketika proses pengundian dijalankan.

Tambah beliau lagi, diharapkan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang baharu mampu menyuarakan aspirasi mereka ke pihak pengurusan dan dapat menggalas tugas serta amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Para pelajar memilih calon dan memasukkan kertas undian ke dalam peti undi.

Proses pembuangan undi bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Proses pengiraan undi oleh Unit Sekretariat Pilihan Raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diketuai oleh Asmawi Muda pula mengambil masa selama satu jam.

Undilah saya!
Calon-calon terbaik.

Pengumuman rasmi keputusan undian yang dibuat pada jam 1.30 petang memperlihatkan manifesto yang dipertaruhkan oleh Norazlina Dzulkeefli, pelajar semester dua program Sijil Operasi Perhotelan berjaya memenangi kerusi Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Komuniti Kuantan 2019 dengan jumlah undian sebanyak 136 undi.

“Saya mempertaruhkan manifesto yang lebih memfokuskan kepada kecemerlangan pelajar. Intipati manifesto antaranya adalah untuk memperkenalkan Program 4T (Together Towards The Top) yang bertujuan untuk memperkasakan kecemerlangan akademik pelajar dengan fokus agar para pelajar dapat menamatkan pengajian sekurang-kurangnya dengan CGPA 3.0 dan ke atas,” katanya.

Selain itu, beliau juga berazam untuk mempelbagaikan aktiviti atau program yang berasaskan keusahawanan bagi menjana pendapatan atau menambah wang saku pelajar.

Menerusi keputusan rasmi undian tersebut, proses pembentukkan kabinet akan dilaksanakan pada 10 Januari 2019, manakala Majlis Penyampaian Watikah kepada semua Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang baharu bagi sesi 2019 ini akan diadakan pada 11 Januari 2019 yang akan disempurnakan oleh Pengarah Kolej Komuniti Kuantan, Rosli Zainuddin.

SENARAI PENUH JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SESI 2019

YANG DIPERTUA : NORAZLINA BT. DZULKEEFLI (SIJIL OPERASI PERNIAGAAN)

NAIB YANG DIPERTUA : MUHAMMAD DANIAL HAZIQ BIN AZMI ( SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN)

SETIAUSAHA 1 : AMYRA NABILA BT. MOHAMAD ( SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA)

SETIAUSAHA 2: NORLAILATUL NAZIHAH BT. SEMAN (SIJIL KULINARI)

BENDAHARI : TENGKU MUHAMMAD SHAHRIL BIN TENGKU SUBINI ( SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK)

KETUA EXCO HAL EHWAL DALAMAN : ALIFFARIS BIN ABDILLAH (SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK)

KETUA EXCO KEUSAHAWANAN : ALZAIRIEZA BT. ALING ( SIJIL OPERASI PERNIAGAAN)

KETUA EXCO SUKAN & KEBUDAYAAN : MOHAMMAD LUKMAN BIN MOHD AZMI (SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK)

KETUA EXCO HAL EHWAL LUARAN : SYED MUHAMMAD AIMAN BIN SYED ABDUL RAFFAR (SIJIL KULINARI)

KETUA EXCO MULTIMEDIA & PUBLISITI : MOHAMAD AIMAN HAKIM BIN MOHD SHAARI (SIJIL OPERASI PERNIAGAAN)

KETUA EXCO KEROHANIAN : ABDULLAH IHSAN BIN ZARIR (SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
GONG BADAK - Pilihan Raya Kampus (PRK) bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2018/2019 merekodkan jumlah penamaan calon tertinggi...
KUANTAN – Seramai 48 orang pelajar Kolej Komuniti Kuantan dan Polsri, Palembang, Indonesia berjaya meraih keuntungan sebanyak RM1,360 setelah mengharungi cabaran berniaga selama...
BANGI - Pada 26 September lalu, Kelab Sukarelawan Mahasiswa Perpustakaan Tun Seri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ([email protected]) telah mengadakan sebuah program yang...
Sekumpulan pensyarah dari Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM) telah bekerjasama dengan sukarelawan yang terdiri dari para pelajar tingkatan empat SMK Sultan Abdul Samad...
CYBERJAYA - Multimedia University (MMU) mencatat sejarah baru bagi Malaysia apabila mengadakan pilihan raya kampus tanpa kertas melalui platfom digital, multimedia dan online...
KUALA NERUS - Pilihan Raya Kampus (PRK) bagi pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sesi 2018/2019 telah berlangsung pada Rabu secara...