> SEL KL > Siapa calon Presiden UIAM baharu?
Siapa calon Presiden UIAM baharu?
BERNAMA Khamis | 10 Januari 2019

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan telah mengemukakan cadangan beberapa nama bagi mengisi jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baharu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM dalam kenyataan berkata Dr Mahathir telah menyerahkan nama-nama itu kepada Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bagi mendapat perkenan baginda.

"Ia selaras dengan peruntukan 25 (1A) Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pindaan 2018). Pihak universiti akan membuat kenyataan rasmi mengenai pelantikan Presiden UIAM ke-8 yang baharu selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku," menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.

Pada 6 Januari lepas, Bernama melaporkan bahawa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengesahkan beliau tidak lagi memegang jawatan sebagai Presiden UIAM dengan tempoh pelantikan beliau sepatutnya berakhir pada tahun 2021. - Bernama.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menjelaskan beliau telah lama memutuskan untuk melepaskan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan...
KUALA LUMPUR - Pelantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bukanlah bersifat jawatan eksekutif, sebaliknya ia...
GOMBAK - Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang juga Timbalan Presiden 1, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 17/18 (MPP UIAM), Raudhatul Jannah Mohd Rozli...
SHAH ALAM - Seramai 40 orang warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1440...
PUTRAJAYA - Pemilihan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berdasarkan kualiti dan kelayakan yang ada pada...
Sempena lawatan kerja ke China selama empat hari, Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik yang kini berada di China mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk kumpulan...