> ISU > Larangan merokok di kawasan IPTA jadi medan terap budaya bebas rokok
Larangan merokok di kawasan IPTA jadi medan terap budaya bebas rokok
BERNAMA 11 January 2019

KOTA KINABALU - Larangan merokok sehingga meliputi ke kawasan institusi-institusi pengajian tinggi dilihat mampu menjadi medan latihan untuk terap budaya bebas rokok.

Menurut Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Arif @ Kamisan Pusiran berkata larangan itu secara tidak langsung mewujudkan suasana kampus yang lebih kondusif dalam kalangan warga universiti.

“Selain itu dari segi kesihatan, mampu menjimatkan kos rawatan akibat daripada penyakit yang berpunca daripada tabiat merokok,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan EcoCampus UMS, Kelvin Kueh Boon Hee berkata cadangan itu amat bersesuaian khususnya UMS yang merupakan sebuah EcoCampus pertama di negara ini sejak 2013 yang mengamalkan kelestarian alam sekitar dengan menekankan persekitaran kampus yang sihat.

Pensyarah Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan itu berkata meskipun terdapat hujah dalam kalangan perokok bahawa merokok itu adalah hak perokok tetapi ia bukan hak perokok untuk mencemarkan udara di sekeliling dengan asap rokok yang merbahaya kepada kesihatan.

“Siapa pula yang akan mempertahankan hak orang-orang di sekeliling perokok yang inginkan suasana yang sihat dan selamat,” katanya.

Pengarah Politeknik Kota Kinabalu (PKK) Zainab Othman pula amat mengalu-alukan cadangan itu memandangkan PKK telah lama melaksanakan kawasan pusat pengajian itu sebagai zon larangan merokok.

“Sebagai tempat untuk menuntut ilmu serta mendapatkan pendidikan, kawasan persekitaran perlulah bersih dan sihat untuk warganya,” katanya.

Pada Selasa lepas, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kementerian sedang menimbang kemungkinan meluaskan lagi kawasan larangan merokok ke kawasan institusi-institusi pengajian tinggi seperti sekolah-sekolah swasta dan awam, serta universiti tahun ini.

Beliau berkata ia selaras dengan fokus kementerian untuk melindungi hak mereka yang tidak menghisap rokok, yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada penduduk negara.

Sebelum ini perintah larangan merokok dikuatkuasa di bangunan Parlimen, diikuti premis menjual makanan mulai tahun ini, di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, dan selepas itu pihak kementerian dikatakan turut sedang menimbang kemungkinan menguatkuasa larangan berkenaan di kedai-kedai dobi dan hotel.

Dalam tempoh enam bulan pelaksanaan larangan merokok di premis-premis menjual makanan, penguatkuasa kementerian kesihatan tidak akan mengenakan kompaun, hanya mengeluarkan surat-surat amaran, dan selepas tempoh itu sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM10,000, atau dipenjara sehingga dua tahun. - Bernama.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
MUAR - Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) di Bandar Universiti Pagoh memperkenalkan konsep Kemudahan Guna Sama Berpusat bertaraf dunia untuk warga institusi-institusi pengajian...
BATU PAHAT - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) boleh dijadikan contoh kepada institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain di negeri ini apabila aktif mengimbangi bidang...
Kemunculan drama ‘Winter Sonata’ dan ‘Autum in My Heart’ pada sekitar tahun-tahun 2002 dan 2003 telah membuka satu ruang yang besar kepada peminat-peminat drama dan filem...
PROGRAM latihan industri adalah tidak asing lagi kepada mahasiswa yang mengikuti program diploma mahupun ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi. Ia merupakan fasa yang...
Empat rakan karib yang mempunyai kelulusan dari pelbagai institusi pengajian tinggi dan institusi kemahiran tempatan nekad untuk mengusahakan sebidang tanah terbiar dengan menanam...
Memilih yang halal adalah keperluan dan kewajipan yang harus dititikberatkan oleh masyarakat Islam. Kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang konsep halal juga perlu...