> ISU > Siapa kata lelaki tak pandai kemas, deko bilik? Kalau perempuan tengok ni, 'confirm' menangis!
Siapa kata lelaki tak pandai kemas, deko bilik? Kalau perempuan tengok ni, 'confirm' menangis!
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 11 Januari 2019

Dekorasi memainkan peranan penting untuk menjadikan sesuatu lokasi tidak kira kediaman, bilik, ruang pejabat itu indah berseri, sedap mata memandang, dan WOW! Jika secara tradisinya, masyarakat akan memandang tugas menghias adalah kerja kaum Hawa, namun keadaan berubah. Kini, tugasan tersebut tidak lagi tertakluk kepada wanita. Malah, kaum Adam semakin ramai yang menceburi bidang kreatif ini. Malah, semakin ramai yang memasuki dunia dekorasi dan menjadi pereka hiasan dalaman.

Tak percaya? Ini buktinya.

Ciapan Aush Abdul Wahid di Twitter mendapat perkongsian ramai.

"Lepas stress kerja, confirm nak lepak2, rehat dekat tempat yang kemas dan selesa. Okay ni saya nak share tip hias bilik tidur. Bara-barang semua boleh dibeli dari Ikea. Tak perlu nak beli sekaligus. Sedikit demi sedikit, inshaAllah satu bilik penuh."

Ciapan Aush Abdul Wahid @aushabdul_ di Twitternya mengenai panduan hias bilik mendapat belasan ribu tanda Suka dan komen. Menurut Aush kepada Kampus Uols ketika dihubungi, sememangnya dia mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia dekorasi dan hiasan dalaman.

Ini yang menjadikan Aush Abdul Wahid, penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini menghias kamarnya dengan begitu cantik sekali. Mungkin jika kaum Hawa yang melihatnya pun terpegun dengan keindahan dan kekemasan kamarnya. Tampil ringkas, minimalis namun tetap menampilkan efek wow, kalah bilik perempuan!

Menurut Aush, barangan yang ada diperoleh daripada Ikea. Hasil pembelian berdikit-dikit menjadikan ruang kamar itu tampil kemas dan cantik sesuai dengan gaya hidupnya sebagai seorang pelajar dan masih bujang. Rekaan garisan geometrik yang dicat pada dinding dengan warna-warna pilihan, buatkan kamar tampil ceria.

Ini panduan hias bilik tidur yang diberikan Aush untuk dijadikan inspirasi anda semua.

#1 - Pemilihan warna amat penting. Oleh itu, saya guna warna putih dan langsir yang berwarna gelap. Tetapi langsir tu jarang sikit, bagi cahaya menembusi halus-halus je.. hehe

#2 - Langsir amat penting bagi menambah warna dan memastikan tahap penembusan cahaya yang maksimum/minimum. Untuk saiz, saya akan pasang hingga ke siling bilik, agar bilik nampak tinggi.

#3 - Untuk featured wall, u guys boleh try pakai wallpaper, tapi kalau nak jimat budget, boleh buat sendiri gunakan pelbagai warna.

Bilik yang dihias indah milik seorang pelajar UiTM

#4 - Paling penting.. special thanks to @NaimHumphrey bagi merealisasi kan dekorasi bilik ini.

#5 - Untuk meja study, rona warna putih yang agak polos dengan design yang amat kemas boleh membangkitkan mood study.

#6 - For those yang nak jimat ruang atau nak letak buku/makeup/barang hiasan dekat dinding. Boleh beli shelf ni. Murah dan senang dipasang. Warna pun nampak menarik.

#7 - Untuk sejenis yang banyak kain tapi kalau beli almari x muat. Boleh try beli ni. And u guys boleh beli asing2 tau! Nanti bila nak beli minta tolong abang/kakak ikea tu guide.

#8 - Untuk katil, yang jenis jimat budget tapi nak berkualiti boleh beli yang ni. Queen size ada, single size pun ada. Tapi x best sebab ada warna hijau je. Kene pandai-pandai match dengan warna cat bilik ye .

Jangan tak percaya, susunan indah dan kemas ini hasil kerja seorang lelaki.

#9 - Untuk lantai pula, boleh try ni. Tapi kene pandai tahu nak letak kt mana, takut nanti jadi tangkap muat.

#10 - Anddd kalau ada banyak barang-barang lama yang sayang nak buang. Boleh simpan dalam box dan masukkan bawah katil.. harga bergantung kepada saiz

#11 - Untuk penambah perasa sikit, u guys boleh tambah decoration sikit.

Hiasan bunga hidup menyegarkan lagi suasana bilik.

Pelbagai komen yang ditinggalkan pada Aush di ruangan Twitternya.

Kata Muhammad Fairuz @dr_fairuz, "This is really cantik! U r so creative! Selalu cuba nak design bilik sendiri, tapi ended up failing."

SyaNabilaaa @syaanabilaa kata, " Boleh suggest x utk bilik perempuan? Nak susun barang make up, handbeg & tudung. TQ

Kata Kaa @atikayazidd, " Aku teringin nak buat bilik mcm ni. Tapi apakan daya, aku berkongsi bilik dengan kakak. Huhuhu."

Maisarah @maisarahcute21 pula kata, "Tukar bilik! Kalah bilik perempuan!"

Komen Ezirra @ezyrlove ni memang win!

Katanya, "@masyiiiii weh dahla bilik kemas rupa pun Allahu i need a man like this tho."

Aush di Instagram.

Kopiko @4tkco kata, " Lelaki tkde mslh pun guna cermin sparuh."

Muhaimin Abd @MuhaiminAbd04 pun terinspirasi. "Nice decorations room bro, inspires me a lot."

Jadi, dah dapat tips daripada Aush. Apa lagi yang anda tunggu? Jomlah mula membeli-belah. Tak perlu beli sekali gus, beli sikit-sikit, lama-lama penuh satu bilik. Itu pesan Aush.

Sumber: Twitter @aushabdul_


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Institusi Budaya seperti muzium dan galeri seni merupakan institusi budaya yang banyak menyumbang kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk khususnya dalam bidang pendidikan
KUALA LUMPUR - Institusi pengajian tinggi (IPT) perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan graduan yang memenuhi kehendak Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0), kata Naib...
ANDA seorang yang mudah marah? Anda seorang yang gemar berjenaka? Adakah anda tahu bahawa personaliti diri anda mempunyai hubungan dengan tahap stres yang anda alami? Kajian...
Salah-satu perkembangan menarik pasca PRU-14 dan era Malaysia Baharu ini ialah kembali bertaut dua buah kementerian yang memainkan peranan penting dalam hala tuju pendidikan negara...
Dr Hamidah Mat, merupakan anak kelahiran Kampung Gajah Putih, Padang Sera, Jitra, Kedah. Mendapat pendidikan peringkat sarjana muda dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh dari...
GOMBAK - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini bersama-sama menyambut World CleanUp Day 2018. Majlis sambutan ini dirasmikan oleh Rektor UIAM, Prof Tan Sri...