> UTARA > Perkongsian ilmu KTechno, PTSB
Perkongsian ilmu KTechno, PTSB
MOHD ASWADI MUHAMAD Jumaat | 11 Januari 2019

Seramai 219 pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah mengikuti bengkel ‘Perkongsian Ilmu Bersama Panel Industri’ yang disampaikan oleh Jurutera Rekabentuk dari Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd.

Menurut Pengarah Program, Wan Nor Shela Ezwane Wan Jusoh, “Bengkel ini bagi membimbing dan memberi panduan kepada pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), http://www2.ptsb.edu.my/akademik/program-pengajian.html. Inisiatif ini bagi membimbing pelajar dalam penghasilan data analisis seiring dengan kehendak Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), menambah minat kepada ilmu serta mendedahkan mereka mengenai kepentingan masa depan bermula dengan tindakan hari ini.

“Ia bagi memastikan mereka dapat melaksanakan projek semester akhir dengan lebih sistematik dan bergerak seiring dengan teknologi terkini,” katanya.

Penutupan dan penyampaian cenderamata kepada panel industri KTechno, Romzi Hassan Husindi (kiri) sempurnakan oleh Mohd Aswadi Muhamad, (tengah) Ketua Unit Projek dan Inovasi Pelajar.

Tambahnya lagi, penghasilan produk yang baik dan bermutu untuk dikomersialkan akan memberi impak yang besar kepada negara dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) terutamanya Politeknik.

Di samping itu juga, memastikan pelajar mahir dalam penulisan laporan rasional pada bahagian analisis. Pelajar akan mempunyai kemampuan yang lebih dan tahap keyakinan yang tinggi selepas ini.

Pemahaman masyarakat terhadap Gelombang Revolusi Industri Keempat (4.0) yang melewati dunia global kini masih di tahap sederhana malah dalam kalangan warga pelajar juga, tidak jelas mengenai Revolusi Industri 4.0 ini.

Institusi Pengajian Tinggi dan industri perlu memainkan peranan dalam usaha mendidik masyarakat untuk membudayakan pemahaman Revolusi Industri 4.0 dalam kalangan bagi memastikan mereka cukup bersedia menghadapi dunia yang semakin mencabar.

Bengkel tersebut disampaikan dua penceramah iaitu Jurutera Rekabentuk, Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd (KTechno), Romzi Hassan Husin dan Muhammad Iqbal Abdul Halim. Hadir bersama Ketua Unit Projek dan Inovasi Pelajar JKM PTSB, Mohd Aswadi Muhamad.

Panel Penilai dari KTechno menyemak idea pelajar dan membantu menambaikkan.

Muhammad Fahmi Abdul Ghani yang juga pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal berkata, bengkel hari ini memberi banyak manfaat kepada mereka dalam mencari idea, memilih bahan, menganggarkan kos serta berharap projek yang akan dihasilkan nanti akan memberi manfaat kepada industri.

Antara pengisian sepanjang itu adalah mengenai kepentingan Revolusi Industri 4.0 dalam mencorakkan agenda pendidikan negara. Selain itu juga, ia akan membantu para pelajar melahirkan idea positif kepada revolusi industri dari aspek pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan serta teknologi dan komunikasi.

Ia bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang kesan revolusi industri terhadap penggunaan sumber tenaga kerja manusia di samping memperkenalkan inisiatif-inisiatif serta idea Revolusi Industri yang memanfaatkan institusi pengajian tinggi.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SERAMAI 120 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah mengikuti ceramah ‘Antara Kerjaya Dengan Sambung Belajar, Satu...
Guru dan pensyarah merupakan antara insan yang perlu dihormati. Tanpa mereka, kita pasti tidak berjaya seperti hari ini. Disebabkan itulah pelbagai cara kita lakukan untuk...
KULIM - Kadar kebolehpasaran graduan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) mencatat peningkatan lima peratus tahun ini. Pengarahnya, Yusma Yusof berkata, graduan PTBS terbukti...
KULIM - Kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bermula daripada penyatuan hati serta minda yang hebat. Penyatuan itu akan membentuk pemikiran, pengetahuan dan tindakan yang...
KULIM - Seramai hampir 550 pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menyertai Pameran dan Pertandingan Rekacipta kali keenam (ICE V6) dengan tema Kelestarian Inovasi...
GUIYANG, CHINA – Seorang pensyarah kanan Politeknik Merlimau Alvy Bartholomeus Philip baru-baru ini telah menyertai Bengkel Pembinaan dan Teknologi Kejuruteraan selama 6 hari...